Joielle Baby VCO Set Untuk Penjagaan Bayi Berkulit Sensitif

Sunday, June 16, 2019

Joielle Baby VCO Set Untuk Penjagaan Bayi Berkulit Sensitif  |  Holaa!! Im back setelah bercuti raya sakan.. Hehe.. Rindu gila nak berblogging.. Kali ni nak story tentang produk baby.. Kalau korang perasan, entry yang lepas aku ada cerita tentang satu jenama produk baby yang berasaskan bahan semula jadi iaitu Baby Skincare Essentials Dari Joielle Baby Set Lengkap Untuk Penjagaan Kulit Bayi.. Bagus sangat tau produk keluaran Joielle Baby ni.. Memang sesuai sangat dengan kulit anak-anak aku.. Now, sekali lagi aku nak story tentang jenama yang sama tetapi produk yang berbeza iaitu Joielle Baby VCO Set sesuai untuk baby berkulit sensitif.. Jom aku story!


Kalau yang sebelum ni, rangkaian produknya terdiri daripada 7 jenis.. Untuk set VCO ni pula hanya terdapat 3 produk sahaja iaitu :-
  • Joielle Baby VCO Bath
  • Joielle Baby VCO Lotion
  • Joielle Baby VCO Cream
Didatangkan dalam saiz yang agak comel sebabnya ia merupakan set untuk travel.. Nahh bagi yang kaki travel tu dan mempunyai anak kecil, mudah sangat kalau guna produk ni.. Senang  nak bawak kemana-mana.. Sumbat aje dalam bag dan tak memerlukan ruang yang banyak... Cam aku la balik beraya baru ni, tak payah susah-susah dah nak pack barang mandian anak-anak.. Ambil jerk set Joielle Baby VCO set ni sumbat dalam bag.. Mudah uolls!! Lengkap untuk anak..

Seperti produk Joielle Baby Skincare Essentials, VCO set ni juga baunya wangi dan menyenangkan.. Itu salah satu faktor kenapa aku suka sangat jenama ni.. Yelah, kalau produk yang kita guna tu baunya semacam dan tak menyenangkan, mana mahunya kita nak guna kan.. So, ofkoslah kite nak guna yang berbau harummm barulah dapat feel yang best.. hehe.. Bukan mak aje yang suka bau produk ni tau, si Qhaliff tu pun kemain lagi puji baunya.. Paling penting produk ni adalah HALAL dan boleh digunakan tanpa was-was..

Joielle Baby VCO Bath


Apa yang bestnya dengan Joielle Baby VCO Bath ni adalah ia dirumus dengan Minyak Kelapa Dara dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, Halal dan selamat seperti ekstrak Aloe Vera dan juga Vitamin E membantu untuk membersihkan dan melembapkan kulit sensitif baby... Paling penting, produk ni selamat digunakan kerana ia bebas dari bahan kimia yang berbahaya.. Yelah, nak pilih produk untuk anak-anak ni, kenalah yang selamat supaya tidak memudaratkan..

Antara kelebihan Joielle Baby VCO Bath ini adalah :-
  • Menjaga kelembapan semulajadi kulit
  • Merawat jangkitan kulit dan kemerahan
  • Bau yang menenangkan untuk melegakan bayi serta keselesaan bayi untuk tidur
Cara Guna :-
  • Macam biasa, basahkan badan baby dengan air bersih
  • Letakkan Joielle Baby VCO Bath ke tapak tangan
  • Sapu keseluruh badan bayi
  • Bilas dengan air bersih

Joielle Baby VCO Lotion


Selepas mandi, cam biasa aku akan sapu lotion pada kulit anak-anak aku.. Kali ni memang excited untuk guna Joielle Baby VCO Lotion ni sebabnya baunya sangat wangi.. Baunya sangat menyenangkan dan menenangkan.. Dengan bau yang camni, anak pun jadi selesa dan tenang.. Aku sendiri pun boleh hilang stress tau.. haha..

Ok untuk lotion ni pula, ia dirumuskan dengan khasiat Minyak Kelapa Dara, ekstrak Aloe Vera dan Vitamin E sesuai digunakan pada kulit baby setiap hari.. Losyen VCO ni sangat bagus untuk melembutkan kulit baby yang kering dan kasar jika disapu secara berterusan.

Antara kebaikannya adalah :-
  • Melindungi kelembapan kulit
  • Sesuai digunakan untuk kulit yang kering
Cara guna :-
  • Guna losyen dalam kuantiti yang diperlukan
  • Sapu ke kulit baby selepas mandi terutamanya bahagian yang kering dan bermasalah.
  • Boleh digunakan setiap hari untuk kesan yang lebih ohsem!

Joielle Baby VCO Cream


Last produk yang aku nak kenalkan pada mommies seantero iaitu Joielle Baby VCO Cream.. Ok, baby cream ni biasanya aku guna bila perlu sahaja.. Contohnya bila anak aku terkena ruam, aku akan sapu cream ni kat area ruam tu.. Sangat mujarab untuk anak aku.. Baunya pun sangat-sangat best tak seperti krim ruam yang lain.. Bukan takat ruam aje tau, kalau kulit anak kering dan menggelupas pun, aku akan sapu cream ni.. Selesa jerk baby tau..

Tekstur Joielle Baby VCO Cream ni pekat ye mommies.. Apa yang bestnya, ia tidak melekit sama sekali dan penuh dengan kebaikan bahan semulajadi yang mampu menguatkan dan melembapkan kulit bayi sepanjang gari. Ia juga boleh digunakan oleh ibu mengandung untuk mengelakkan rekahan pada perut..

Joielle Baby VCO Cream membantu merawat kulit seperti :-
  • Ekzema
  • Ruam
  • Sinaran Matahari
  • Kulit kering dan bersisik
  • Rekahan kulit perut
  • Kulit gatal
Cara guna :-
  • Sapukan Joielle Baby VCO Cream pada kawasan kulit yang bermasalah dalam kuantiti yang diperlukan.

Joielle Baby VCO Set Untuk Penjagaan Bayi Berkulit Sensitif


Nampaknya bertambahlah koleksi penjagaan diri anak-anak aku.. Set Joielle Baby VCO ni memang wajib ada untuk anak-anak aku bagi membantu mengatasi masalah kulit.. Apa yang membuatkan aku suka sangat dengan produk ini adalah ia selamat digunakan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi yang mampu menjaga dan merawat kulit anak-anak aku tanpa kesan sampingan.. Korang yang mempunyai anak yang berkulit sensitif, aku recommend sangat guna produk ni.. Untuk kulit anak aku memang serasi dan sesuai.. Nak tahu sesuai ke idok dengan kulit anak korang, kenalah cuba sendiri dulu ye.. Tak cuba tak tahu kan..

Selain ia didatangkan dalam travel pack yang mudah dibawa kemana-mana, banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang ada pada produk Joielle Baby VCO Set ni.. Antaranya :-
  • Memberi kelembapan pada kulit bayi
  • Membantu mengurangkan masalah kulit ekzema
  • Membantu melegakan ruam lampin bayi
  • Membantu mengurangkan kemerahan atau keradangan kulit bayi
  • Mengurangkan kegatalan kulit
  • Memberikan keselesaan dan ketenangan pada bayi
  • Mengurangkan rekahan pada kulit bayi dan juga ibu mengandung
  • Bebas dari bahan kimia berbahaya



Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram



12 comments:

  1. rangkain produk baru yang menarik..
    Makin banyak pilihan sekarang nie..

    ReplyDelete
  2. Semakin banyak produk untuk bayi berasaskan minyak kelapa dara kan Lea..best sangat.

    ReplyDelete
  3. I love this type of baby products because my boys' skin is really sensitive

    ReplyDelete
  4. Oh joielle ni berasaskan coconut la..patut nama vco ek... Bagusla sbb bhn2 gunakan natural ingredient je..

    ReplyDelete
  5. Bagus guna produk yang bebas bahan kimia ni utk bayi. Rasa selamat kan. Mesti wangi bau dia.

    ReplyDelete
  6. Byk juga kelebihan skincare baby ni..bolehlah standby kalau bby ada mslh ruam gatal2..lgpun bahan2 kandungam semula jadi bagus utk bb

    ReplyDelete
  7. Produk baby yang berasakan bahan natural memnag jadi pilihan sebab seshai dengan kulit bayi kan

    ReplyDelete
  8. Menarik produk baru nie Lea.. lagi pun tak risau kan sebab gunakan bahan bebas kimia..

    ReplyDelete
  9. mana yang ada bbay yang ekzema boleh try guna produk ni ye..bgus ni..nanti kalau barang diaornag dah habis, nad nk cuba pakai ni

    ReplyDelete
  10. waaa guna minyak kepala daraaa👍

    ReplyDelete
  11. VCO memang baik for kesihatan untuk baday and kulit also. Nanti sis check out the produk ya.

    ReplyDelete
  12. Best kan? Bau pun wangi je

    ReplyDelete