Mee Goreng Basah Sedap | Nampak tajuk! Hehe lama dah tak up entry pasal makanan.. Yang hado semua tentang beauty.. Eh! Dah nama lagi niche pun Lifestyle and Beauty kan... Hiks.. Hari ni aku lari tajuk sikit... Aku nak kongsi resepi Mee Goreng Basah Sedap.. Memang sodap weh.. Biasa buat mee goreng biasa jerk.. Baru ni teringin nak makan mee goreng basah.. So, kita buat sampai jadi.. Moh tengok resepinya.. Simple tapi sedap meletop.. Hehe..
Oh ya, resepi ni aku cuba dari resepi kak Azie Kitchen, blogger masakan yang aku selalu kagumi.. Boleh dikatakan semua resepi yang beliau kongsi, semuanya menjadi dan sedap.. Termasuklah resepi kari daging.
Resepi Mee Goreng Basah Sedap
Bahan-Bahan
1 bungkus kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 tangkai sawi
2 biji tomato
1 biji lada besar
Ayam
1/2 gelas air
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Selamat mencuba!
1 bungkus kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 tangkai sawi
2 biji tomato
1 biji lada besar
Ayam
1/2 gelas air
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Cara-Cara menyediakan mee goreng basah yang sedap!
- Panaskan minyak.. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing
- Setelah itu, masukkan sos cili, sos tiram, kicap, dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan pecah minyak. (1/2 gelas air dimasukkan sedikit-sedikit supaya mee tidak terlalu lembik)
- Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan batang sawi.. Kacau rata
- Kemudian masukkan mee dan daun sawi.. Kacau rata..
- Seterusnya, bolehlah masukkan tomato, hirisan lada besar, garam dan serbuk perasa.. Kacau rata..
- Siap! Kalau nak best lagi, boleh perah limau nipis time nak makan tu.. Perghh memang meletop toq!!
Ni dah kering sikit.. hehe |
Selamat mencuba!
my all time favourite ni, mee goreng.. tak pernah cuba buat lagi.. tapi nanti boleh lah pinjam resepi ni, hihiii
ReplyDeleteDiah pulak tak serasi ikut resepi dia.asyik failed je ahhaha..
ReplyDeleteSiap masak je terus makan...fuhh pecah peluh.
ReplyDeleteTajuk entry pun, hehe dah terliur.
ReplyDeletePeberet kita juga mkn mee grg basah.
Makan dengan kepok goreng pulak. Walah.
Done follow sini ya
Sedap tu.. Kinah pun kekadang tengok resepi kak azie kitchen hiiihi
ReplyDeleteSedapppnyaaa. tengok pun dah terliur.
ReplyDeletemeh hantar dekat sha sikit.. hehehe
ReplyDeletesedap resepi kak nanti boleh try buat ni
ReplyDeleteAlaaaaa...terus lapar....
ReplyDeleteSuka jugak yang basah.. kalau kering kering tu cam lain sikit feel makan mee goreng.. huhu..
ReplyDelete