Mannequin by Illya Abdullah | Dah agak lama tak review novel.. Dunia pembacaan agak lama aku tinggalkan semenjak komitmen aku bertambah.. Rasanya tak cukup masa untuk aku atur semua sekali perjalanan harian aku.. Kekangan masa yang serius membuatkan aku akur dengan ketidakbolehan aku melakukan hobi aku yang satu ini.. Kerinduan untuk membaca tu tetap ada dan kelmarin aku cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk melepaskan rindu aku nan satu itu dengan menghadam cerita Mannequin dari Illya Abdullah ini..
Mannequin Ia Bernyawa! Yess buku ini dah lama sebenarnya aku beli.. Tersimpan kemas dalam kabinet buku dan masih berbalut plastik.. Memandangkan dua tiga hari lepas banyak kejadian dah berlaku dalam hidup aku, jadi untuk membuang semua rasa yang tak ingin aku rasa tu, aku amek feel seram untuk lupakan kejadian yang dah berlaku tu.. Tak de la semak otak aku ni.. Hehe..
Tajuk : Mannequin
Penulis : Illya Abdullah
Muka Surat : 348
Penerbit : Buku Prima
Tahun Diterbitkan : 2017
Sinopsis Mannequin
MANNEQUIN sebuah patung perhiasan yang menjadi model peragaan di butik-butik pakaian. Ada cerita di sebalik patung itu. Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar Zaiton. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada wataknya itu.
Seorang kru dirasuk dan seorang lagi kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Benarkah Zaitun sudah mati atau masih bernyawa? Siapa dalang di sebalik angkara ini? Mannequin dijadikan sebagai teman hidup mereka yang kesunyian dan mereka yang kehilangan orang tersayang. Namun, ada 'bayaran' yang cukup mahal perlu dilunaskan.
Dalam al-Quran sudah dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Nak tahu siapa? - ADAM
Sekali pun jasad aku sudah mati, tetapi aku masih hidup bersama patung-patung ini. Aku bersumpah yang aku akan tamatkan riwayat keturunan kamu, Yusoff!! - ZAITON
Mannequin bernyawa? Maksud kau mannequin itu dipuja. Kau buat aku rasa seram. Tetapi perempuan tua yang dikatakan mengamalkan ilmu sihir itu dah mati lama dulu. - INSPEKTOR IZWAN
Review Mannequin
Kadang aku baca sesetengah buku tu, starting dia meleret-leret dan membosankan.. Untuk Mannequin ni, bermula dengan baik sekali tanpa ada rasa bosan ketika aku menelusuri jalan ceritanya.. Perjalanan ceritanya berjalan lancar dan agak pantas tanpa tersekat-sekat.. Cerita yang tersusun dari awal hingga akhir.. Aku pun cepat la sikit faham jalan ceritanya.. Tak de la bengkang bengkok.. hiks..
Mannequin ni sepertimana yang semua dah tahu adalah sebuah patung.. Cerita patung aje aku baca ye.. Ceritanya agak seram tentan perempuan tuan mengamalkan ilmu hitam untuk menghidupkan patung-patung rekaannya.. Perghhh seram dowh.. Siap guna kulit, daging dan darah manusia lagi tu buat patung.. Pastu nak yang anak dara dan cantik sebagai daya tarikan pada patung tersebut.. huhu..
Tak dapat aku bayangkan jika bende ni benar-benar wujud dalam alam nyata sekarang ni.. Maka banyaklah mangsa yang akan menjadi korban dengan kerakusan manusia yang bertuankan Iblis.. Mintak dijauhkan diri kita dan keturunan kita dari perkara syirik seperti ini.. Moga tuhan melindungi kita semua..
Aku tak pasti sama ada novel ini ada sambungan atau tidak sebabnya, diakhir cerita masih ada yang menyambung legasi perempuan tua bernama Zaiton itu.. Kalau ini sebuah movie, pastinya akan ada sambungan Mannequin 2.. Hehe..
Peratus keseraman novel ini adalah :-
Rating & Cadangan
Mannequin ni sepertimana yang semua dah tahu adalah sebuah patung.. Cerita patung aje aku baca ye.. Ceritanya agak seram tentan perempuan tuan mengamalkan ilmu hitam untuk menghidupkan patung-patung rekaannya.. Perghhh seram dowh.. Siap guna kulit, daging dan darah manusia lagi tu buat patung.. Pastu nak yang anak dara dan cantik sebagai daya tarikan pada patung tersebut.. huhu..
Tak dapat aku bayangkan jika bende ni benar-benar wujud dalam alam nyata sekarang ni.. Maka banyaklah mangsa yang akan menjadi korban dengan kerakusan manusia yang bertuankan Iblis.. Mintak dijauhkan diri kita dan keturunan kita dari perkara syirik seperti ini.. Moga tuhan melindungi kita semua..
Aku tak pasti sama ada novel ini ada sambungan atau tidak sebabnya, diakhir cerita masih ada yang menyambung legasi perempuan tua bernama Zaiton itu.. Kalau ini sebuah movie, pastinya akan ada sambungan Mannequin 2.. Hehe..
Peratus keseraman novel ini adalah :-
- 60% Kesedihan
- 50% Kekeluargaan
- 80% Ketakutan/Seram
- 70% Mistik
Rating & Cadangan
Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟
Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel yang membangkitkan keseraman dan juga ketakutan pada aku.. Rasa nak muntah pun ada bila baca plot yang menjijikkan.. Siat kulit manusia hidup-hidup weh.. Cuba bayangkan.. hehe.. Aku dapat habiskan novel ni sehari setengah aje.. Betapa syoknye jalan cerita novel ni sampai aku tak mahu lepaskan..
Bagi korang yang suka novel genre seram, bolehlah cuba baca novel ni ye.. Korang mesti merasainya.. Buat penulis, semoga terus success dalam menghasilkan novel seram yang lebih mencabar keberanian pembaca..
Hmm..nak try carilah
ReplyDeletehobi saya makan, saya pon stress tak tenang nak makna sekarang
ReplyDeletedah bertahun rasanya kak ana tinggalkan novel ni lea dulu rajin juga layan :)
ReplyDeleteHope everything will be okay for you dear friends..
ReplyDelete*Kalau ikut penulis, akan ada sambungan buku ini bertajuk Boneka cuma tak pasti tahun ini atau tahun depan akan keluar..
Lama juga tak baca novel hahaha lagi pulak dah lama x shopping novel aduhaiii
ReplyDelete