Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Sedap. Mesti Cuba!!

Sunday, September 15, 2019

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Sedap. Mesti Cuba!!  |  Kalau datang angin rajin, habis semua menu nak dimasaknya. Tak kiralah kari daging atapun nasi lemak.. Itulah aku.. Hehe.. Biasanya kalau masak pun time hari cuti.. Itu pun kalau tak keluar kemana-mana.. Hari kerja bukanlah tak masak langsung tetapi jarang-jarang.. Biasalah, dah balik kerja tu bila dah rasa letih, tak kuasa dah nak bermesra-mesra dengan dapur.. Mesra dengan sofa lagi syok.. Haha!!

Minggu ni kerajinan tu lebih sikit berbanding sebelum ni.. Hari sabtu aku masak Tomyam Putih dan hari ini hajat hati nak masak gulai ayam tapinya bahan pulak tak cukup.. Nak keluar beli, memang malas la.. Encik suami pulak kerja.. Hurmm.. Lastnya masak ajelah Ayam Masak Kicap Berkuah.. Biasa masak simple jerk.. Kali ni kita masak lain sikit dari biasa.. Kali ni aku skodeng resepi dari blog Dari Dapur.. Jom aku turunkan resepinya disini.. 

ayam masak kicap

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Sedap

Bahan-bahan
  • 8 ketul ayam (diperap dengan serbuk kunyit dan garam selama 15 minit)
  • 4 biji bawang merah**
  • 4 ulas bawang putih**
  • 1 cm halia**
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar asam jawa (ramas dan ambil airnya) - aku guna asam keping jerk sebab asam jawa tak de.. hehe
  • Kicap manis Kipas Udang
  • Minyak untuk menumis
  • 1 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Bahan-bahan tambahan
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 biji cili merah/hijau - aku guna lada besar merah sebab tak nak pedas, anak nak makan oh!
  • 10 helai daun kari
Cara-Cara

  • Tumbuk bahan bertanda **.. Jangan blend tau nanti tak sedap.. Tapi aku blend jerk sebab malas.,. Haha!!
  • Goreng ayam yang diperap tadi separuh masak..
  • Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api yang kecil
  • Masukkan air asam jawa/asam keping dan air. Biarkan mendidih hingga pecah minyak
  • Tambah garam, gula, serbuk perasa dan kicap secukup rasa. 
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
  • Masukkan potongan bawang besar, lada dan daun kari.. Masak hingga bawang layu..
  • Siap untuk dihidangkan..

Ayam Masak Kicap Berkuah ni sedap dimakan bersama nasik yang panas.. Boleh bertambah-tambah tau.. Next, aku akan kongsi resepi Tomyam Ayam Putih lak ye.. Tengok kelapangan masa.. Hehe.. Ok, pada yang nak masak simple-simple bolehlah cuba resepi ni.. Memang sedap sehingga menjilat jari.. haha!! Selamat mencuba uolls..!!



3 comments:

  1. Ayam masak kicap ni masakan paling perfect kalau dah taktau nak masak apa dah hehe semua org suka

    ReplyDelete
  2. Sedap tengok ayam masak kicap kak lea buat nanti boleh cuba ni

    ReplyDelete