Review Novel | Kakak Kemboja by Naim Tamdjis

Tuesday, September 24, 2019

Kakak Kemboja by Naim Tamdjis  |  Ingat senang ke nak habiskan satu novel dalam masa yang singkat? Huh memang tak mudah bagi aku buat masa ini dek kekangan masa yang sangat kronik.. Otak aku ni kalau lakar carta organisasi, dah bercabang-cabang pembahagiannya.. Sungguhpun begitu, aku tetap jugak curi-curi masa untuk membaca walaupun aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk habiskan satu novel.. Baru ni habislah sudah aku baca novel berjudul Kakak Kemboja tulisan Naim Tamdjis.. Biasanya kalau penulis Naim Tamdjis ni, novelnya tak akan mengecewakan para pembaca.. Betul ke? Moh baca review aku.. hehe

Review Novel Kakak Kemboja by Naim Tamdjis


Eceli, novel Kakak Kemboja ni dah lama aku beli.. Dulu memang gila beli novel tapi bacanye belum tentu bila.. Hehe.. Now, aku dah selamat menghabiskan jalan ceritanya dengan aman sekali.. Ahakz.. Best ke idok jalan ceritanya? 

Tajuk : Kakak Kemboja
Penulis : Naim Tamdjis
Muka Surat : 377
Penerbit : Buku Prima
Tahun Diterbitkan : 2017


Sinopsis Kakak Kemboja

Review Novel Kakak Kemboja by Naim Tamdjis

Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana.

Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seroang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau di luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kakak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak dari hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari.

Adik.. Tolong abang.. Abang ada hutang dengan adik.. Tolang abang dik.. - HANTU SALLEH
Aku selalu tengok dia cakap seorang diri.. Kadang-kadang macam berbisik.. - KHAMIS AL JAFRI 
 Akak kan dah janji nak jaga adik.. - KAKAK KEMBOJA


Review Kakak Kemboja

Review Novel Kakak Kemboja by Naim Tamdjis

Wahh baca novel Kakak Kemboja ni agak santai starting ceritanya.. Permulaannya seolah-olah baca novel kekeluargaan yang bukan dari genre seram.. Aku suka sebab tak terlalu berat nak terima permulaannya.. Bolehlah santai-santai dulu sebelum rasa seram tu datang.. Haha!!

Pembukaan jalan cerita dengan konflik kekeluargaan yang kebiasaannya terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini bagi yang gila harta dan sanggup memakan harta anak yatim.. Sakit ati jugak la baca sebabnya si mak mertua ni dok termakan hasutan anak lelakinya soh dihalaunya menantu pompuannya ni selepas kematian si suami.. Siap nak ambil rumah peninggalan arwah lagi buat homestay.. Bagi masa dua minggu aje pulak tu untuk pindah.. Huhu.. Duit KWSP si arwah pun dibedalnya oleh mak mentuanya beratus ribu.. 

Itu kisah konflik keluarga.. Lepas berpindah, barulah Siti dan Johari diuji dengan kisah seram.. Dorang pindah dekat rumah flat yang bakal dirobohkan.. Apa jadahnya dok tempat gitu kan.. Adeh.. Walaupun sewa murah, tak beragak nak dok rumah yang memang orang tak duduk.. Tapi yelah, kalau keadaan mendesak, main rembat jerk la kan walaupun keadaan flat tu tak selamat sekalipun.. Dari luar pun dah nampak menyeramkan.. Tambah lagi, keadaan bangunan yang agak usang.. Bila-bila masa boleh tumbang.. Dek kerana susah nak dapatkan rumah sewa yang harga tidak melampau, Siti terima jugak la dok kat umah flat berhantu tu.. Kalau aku memang tak la weh!! Huhu

Review Novel Kakak Kemboja by Naim Tamdjis

Kalau dah tempat yang sebegitu, memang banyaklah penunggunya.. Tak mustahil si anak 'berkawan' dengan bende alam ghaib ni.. Lagi menarik bila Johari duduk keseorangan tiada teman maka adalah pendampingnya tolong temankan.. Dari situlah munculnya Kakak Kemboja sebagai teman Johari.. Dia berjanji untuk melindungi Johari.. 

Pada awalnya aku tertanya jugak.. Siapa Kakak Kemboja ni..? Roh tak  tenang ke.. Orang bunian ke? Sebabnya jalan ceritanya memberikan gambaran yang sebegitu pada awalnya.. Aku paling kuat menyatakan orang bunian.. Haha.. Di akhir cerita barulah dapat gambaran yang jelas.. Ternyatalah Kakak Kemboja tu jin kafir yang mahu menyesatkan anak adam.. Cuma bezanya, dia melindungi Johari tanpa menyakitinya kerana johari berjanji untuk menjadi kawannya dan menyayanginya.. Time tu Johari tataw lagi sapa Kakak Kemboja ni.. Lepas tau, memang tak de maknenye la nak kawan bagai.. Huh..!!

Cam biasa, nak pelepas semuanya mestilah ada watak ustaz.. Lepas semuanya selesai, mak mertua dan abang iparnya kembali baik dengan Siti dan memulangkan semua hak mereka kembali..

Peratus keseraman novel ini adalah :-
  • 20% Kelucuan
  • 30% Kekeluargaan
  • 30% Persahabatan
  • 40% Ketakutan

Rating & Cadangan

Review Novel Kakak Kemboja by Naim Tamdjis

Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟

Yeah aku suka novel ni.. Walaupun plot ceritanya tak terlalu menyeramkan tapi masih sempatlah nak rasa takut tu.. Macam-macam rasa sebenarnya bila baca novel ni.. Ada rasa takut, seram sikit-sikit, marah, benci, menyampah, sakit hati, sweet, bahagia, happy dan banyak lagi la.. Novel ini lebih kepada kekeluargaan dan persahabatan.. Itu yang menarik.. Sebab aku suka novel yang macam ni.. Rasa seronok baca dari mula sampai habis tanpa rasa bosan..

Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel yang sebegini.. Walaupun tak seram mana tetapi masih seronok dibaca.. Moga penulis terus berjaya menghasilkan novel yang lebih seram dan menarik selepas ini.. 




3 comments:

  1. Uishh. tengok cover buku pun dah macam seram je Lea

    ReplyDelete
  2. Bestkan novel dari penulis ini.. Jangan lupa baca novel beliau yang terbaru tau..

    ReplyDelete