12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Tuesday, March 24, 2020

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung  |  Holaaaa!! Hehe lama gile rasanya tak meluah rasa kat sini.. Rindu weh!! Kali ni nak membebel pasal homestay.... Hah, dah kenape pulak?

Hehe, aku plan nak bercuti kat Cameron Highland so aku riki-riki la tentang homestay terbaik kat sana yang mana best dan menarik..

12 Homestay Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Dah alang-alang aku dok survey tu, baiklah aku up terus kat sini.. Dapatlah jugak korang  buat panduan nanti.. Betul tak? Hiks.. Jadi, jom kite check 12 homestay terbaik di Cameron Highland yang menjadi pilihan para pengunjung bila bercuti di sana..

1. Cameron Muslim Apartment by Nurul

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung


Wah teruja bila membaca nama homestay yang satu ni.. Cameron Muslim Apartment by Nurul ini terletak di Tanah Rata menawarkan penginapan berkonsepkan taman dan teres.. Hiasan dalamannya yang minimal dan moden membuatkan ia kelihatan kemas dan selesa.. Aku kalau pilih homestay mesti nak yang nampak kemas dan selesa.. Satu lagi mestilah bersih.. Agak cerewet disitu.. hehe.. Yelah kita sebagai pelanggan yang membayar mestilah nak kan servis yang terbaik kan.. Tapi aku yakin sangat, Cameron Muslim Apartment by Nurul ni sangat selesa dan bersih.. Semestinya akan masuk dalam wishlist aku.. Hiks..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Ok, disekitar apartment ni terdapat pusat perniagaan, restoran dan sebagainya.. Jadi, tak susahlah kalau korang nak cari barang atau cari makanan.. Semuanya ada berhampiran.. Yang lagi best, setiap bilik mempunyai balkoni untuk membolehkan korang menikmati pemandangan gunung ganang yang indah.. Serius dapat ketenangan disitu.. hehe..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Apartment ini menawarkan 3 bilik tidur dan menyediakan ruang tamu, TV Skrin rata dengan saluran satelit, dapur dan ruang makan yang selesa.. Bilik tidur utama dah tersedia bilik mandi peribadi.. Bolehlah feeling-feeling macam dok kat umah ye.. hehe.. Ok, bagi yang ada anak, kalau rasa bosan duduk dalam bilik aje, bolehlah bawak anak berhibur di taman permainan kanak-kanak yang disediakan.. Bukan tu aje tau, korang boleh juga melakukan aktiviti berbasikal di Tanah Rata dan kawasan sekitarnya.. Memang menarik la..

Harga : Dari RM255+ Semalaman

Alamat : Cameron Muslim Apartment by Nurul, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang


2. Rata House

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Rata House ni lebih kepada apartment.. Kalau korang lebih suka homestay apartment bolehlah pilih Rata House ni sebagai tempat penginapan korang bila ke Cameron Highland.. Apartment ini mempunyai 2 bilik tidur, dan 2 bilik air dapat memberikan keselesaan kepada 6 orang tetamu.. Turut dilengkapi TV flat skrin dengan cable channels, ruang makan yang selesa, dapur yang lengkap dan korang juga boleh menikmati pemandangan yang indah di sekelilingnya..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Rata House ini terletak di Cameron Highlands, 15 km dari Boh Tea Plantation dimana mereka menawarkan penginapan dengan taman, Wifi percuma, ATM dan tour desk. Di sini korang boleh menikmati pemandangan bandar mahupun gunung ganang.. Bukan itu sahaja ye, yang mana mempunyai anak-anak bolehlah bawak anak-anak bermain di taman permainan kanak-kanak yang disediakan. Perkhidmatan sewa kereta turut disediakan..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, 90 km dari tempat penginapan.. Kot ada yang menggunakan kemudahan flight, ini sangat penting supaya semuanya berjalan lancar..

Harga : Dari RM350+ semalaman

Alamat : Rata House, A-3A-23A, Cameron Fair, 39000 Tanah Rata, Pahang


3. Teaz Apartment @ Iris House Resort

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Teaz Apartment @ Iris House Resort ini merupakan apartment 3 bilik tidur yang boleh memberikan keselesaan kepada 6 orang tetamu.. Memiliki ruang balkoni yang berhadapan dengan pemandangan padang golf yang menghijau.. Ruang tamunya dilengkapi dengan sofa dan TV satelit berskrin rata serta ruang makan dan ruang dapur yang dilengkapi dengan kemudahan serba lengkap..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Kalau dah ke Cameron Highland tak sah kalau tak melawat tempat menarik yang ada di sana.. Haa kalau korang nak ke ladang strawbeery dan sayur-sayuran, dari Teaz Apartment ni cuma memakan masa hanya 5 minit sahaja.. Kalau nak ke bandar Brinchang, pasar malam dan ladang kaktus pun hanya memakan masa 5 minit sahaja dari tempat menginap ini.. Manakala ke Bandar Tanah Rata dan Ladang Teh Boh pula memakan masa 10 minit pemanduan dari resort..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Yang mana datang dengan kenderaan sendiri, tak payah risau tentang parking kerana mereka menyediakan tempat letak kereta peribadi percuma.. Kalau rasa malas nak memasak, disekitar resort juga banyak kedai makan yang boleh korang pilih seperti The Ferns Restaurant dan Brinchang Food Court dimana korang hanya perlu memandu ke sana dalam masa 5 minit sahaja.. Semuanya dekat saja kan.. Memang ini adalah pilihan terbaik untuk dijadikan tempat menginap..

Harga : Dari RM315+ semalaman

Alamat : Teaz Apartment @ Iris House Resort, Unit L5-32, Pekeliling Padang Golf, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang


4. Sekata Apartment

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Sekata Apartment.. Nama pun dah ringkas jadi mudahlah nak ingat kan.. Nak sebut pun senang.. Hehe... Ok, Sekata Apartment ni terletak di Orchid Deluxe Park, Ringlet, Cameron Highlands.. Kalau korang sedang mencari tempat berehat yang santai-santai dan jauh dari hiruk pikuk kehidupan seharian ataupun sedang mencari destinasi berbulan madu yang indah, cewahh! Haaa bolehlah cuba di Sekata Apartment ni..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Sekata Apartment ni menawarkan 3 bilik tidur premium dan standart apartment dengan penginapan yang berkonsepkan moden dan selesa.. Kalau korang bercuti di Sekata Apartment ni korang dah tak perlu risau tentang kelengkapan percutian korang sebabnya apartment ni dilengkapi dengan semua yang korang perlukan ketika bercuti.. Tapi kain baju dan seangkatan dengannya korang kenalah bawak sendiri ye.. Tak beragak dorang jugak nak sediakan.. Haha!!

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Kalau rasa nak melawat ladang strawberi dan ladang teh, korang hanya perlu memandu selama 19 minit sahaja untuk sampai ke destinasi.. Pasar malam hujung minggu yang terkenal di Brinchang juga jangan lupa ye untuk singgah.. Manalah tahu nak beli makanan.. Penginapan ini juga menyediakan WiFi percuma dan parking peribadi percuma.. Tak payah dah nak berebut parking bagai.. Lapangan terbang pun dekat jer tau, hanya 96km sahaja untuk ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah..

Harga : Dari RM296+ Semalaman

Alamat : Sekata Apartment @ The Camelia Orchid Deluxe Park, Jalan ODP 2, 39200 Ringlet, Cameron Highlands, Pahang



5. The Woodz X Bola Bola

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung



Bagi korang yang mana gila bola tu, aku recommend sangat korang menginap di The Woodz X Bola Bola ni.. Korang pasti sukakannya.. The Woodz X Bola Bola ni mengetengahkan rekaan dalaman bertemakan bola.. Hah, tak kiralah korang penyokong club bola sepak yang mana sekalipun, homestay ini pasti akan menaikkan mood cuti korang sekeluarga mahupun bersama rakan-rakan.. 

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Apa yang menariknya di The Woodz X Bola Bola ni, mereka menawarkan penginapan dan padang golf untuk kemudahan tetamu di Brinchang.. Rumah percutiannya pula mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air yang selesa dimana boleh menempatkan sehingga 10 orang tetamu. Lokasinya terletak hanya 1 batu dari Raju Hill Strawberry Farm manakala Mossy Forest pula berada dalam jarak 1 km dari hotel yang cantik ini.. Nak tahu lagi, villa ni terletak hanya beberapa langkah sahaja dari Gunung Brinchang dan tempat ini berjarak 22 km dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Bila semua lengkap, tidak hairannya ia menjadi pilihan ramai.. Kalau aku sendiri pun, mesti nak tempat menginap yang lengkap supaya keselesaan tu terjamin.. Bukan tu aje tau, kalau menginap kat The Woodz X Bola Bola ni, setiap bilik mempunyai akses ke balkoni.. Best gila!! Nak masak sendiri pun boleh sebabnya kemudahan dapur yang lengkap disediakan.. Kalau ramai-ramai lebih baiklah masak sendiri kan.. Leh la save bajet... Haaa satu lagi, nak buat barbeku pun boleh uollss kerana dihalamannya tersedia dengan kemudahan ini.. Wifi dan parking ofkos percuma.. Bestnya kalau aku dan family dapat menginap kat sini.. Masuk wishlist dulu,.. hehe..

Harga : Dari RM568+ semalaman

Alamat : The Woodz X Bola Bola, No. 4, Jalan Golden Hills 6, 39000 Brinchang, Pahang

6. Arundina Cameron Highlands

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Kalau korang nak bercuti dalam suasana kehijauan dan rasa tinggal di rumah sendiri, bolehlah menginap di Arundina Cameron Highlands ni kerana di sini dikelilingi dengan kehijauan yang subur dan menyegarkan..

Ok, Arundina Cameron Highland ni berjarak 3 minit sahaja berjalan kaki untuk ke pusat bandar Tanah Rata.. Memang dekat sangat.. Kalau nak melawat ladang-ladang strawberi pula korang hanya perlu memandu hanya 5 minit dari tempat penginapan manakala untuk ke ladang teh dan pasar malam di Brinchang pula hanya memakan masa 6 minit.. So, aku rasa tempat ni sangat strategik untuk korang jadikan tempat penginapan korang semasa bercuti di Cameron Highlands..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Apa yang menarik lagi tentang Arundina ni, bilik-bilik yang ada adalah berkonsepkan moden dan serba lengkap serta terang.. Setiap bilik dilengkapi dengan lantai kayu keras, almari pakaian dan meja kerja.. Terdapat juga sebuah bilik mandi en suite dengan pancuran mandian air panas.. Lagi menyeronokkan kawasan rumah tamu ni terdapat taman buatan dimana tetamu boleh menikmati secawan teh di atas teres atau berjalan-jalan di taman.. Rasa la seperti duduk di rumah sendiri kan..

Disini juga terdapat kawasan pantry umum yang dilengkapi dengan peralatan yang lengkap.. Bolehlah kot nak santai-santai sambil minum teh atau kopi kan.. Kalau runsing pasal parking, kat sini memang tersedia tempat letak kenderaan secara percuma kepada korang yang memandu dan ofkoslah akses wifi juga percuma di dalam semua bilik hotel..

Aku dah terbayang-bayang keseronokan dan ketenangan kalau dapat bercuti disini.. Memang kene masuk wishlist.. Hehe..

Harga : Dari RM197+ Semalaman

Alamat : Arundina Cameron Highlands, No. 17, Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata, Pahang


7. Cameron DreamWorld Apartment @ Golden Hill

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Aku memang pantang kalau sesuatu yang cute ni.. Mula la teruja lain macam.. Bagitulah Cameron DreamWorld Apartment @ Golden Hill ni superb cute sebabnya berkonsepkan hello kitty.. Kalau ada anak perempuan, rasanya inilah tempat yang paling tepat untuk menginap.. Mereka pasti sukakannya.. Mak budak pun suka, inikan pulak anak-anak.. Haha!!

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Cameron DreamWorld Apartment @ Golden Hill ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi.. Apartment ini dilengkapi dengan TV skrin rata dengan saluran satelit.. Mempunyai ruang dapur yang dilengkapi dengan peralatan yang cukup bagi memudahkan penginapnya memasak.. Kot la malas nak makan dekat luar dan nak save bajet, bolehlah memasak aje.. Balkoni juga ada tau.. Bolehlah nak cuci mata dengan pemandangan di sekelilingnya.. Manalah tahu dapat ketenangan.. Hehe..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Ok, kalau korang nak ke Ladang Teh Boh, korang boleh memandu dalam jarak 19km dari tempat menginap dan lapangan terbang yang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang berjarak 87km dari apartment ini.. Nak bersosial media, jangan risau wifi percuma di sini.. Bolehlah layari internet sampai lebam.. hehe

Harga : Dari RM180+ Semalaman

Alamat : Cameron DreamWorld Apartment @ Golden Hill, Barrington Square, Block B, Golden Hill, 39000 Brinchang, Pahang


8. Zetter Suites

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Dalam banyak-banyak homestay, rasanya Zetter Suites ni paling mewah sekali hiasan dalamannya.. Bak berada di istana gayanya.. Bolehlah berangan jadi puteri raja sekejap kalau menginap kat sini.. Tengok gambar sahaja pun dah rasa teruja lain macam.. Serius rasa kaya.. Haha..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Zetter Suites ni terletak 19km dari Ladang Teh Boh.. Ia menawarkan penginapan dengan wifi percuma dan kemudakan parking peribadi percuma.. Setiap unit disini dilengkapi dengan sofa, ruang tamu, TV skrin rata dengan saluran satelit dan dapur yang dilengkapi dengan ruang makan.. Terdapat juga bilik mandi peribadi dengan kelengkapan mandian percuma..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Nampak mewah dan eksklusif tapi ratenya bermula dari RM170++ sahaja tau.. Jadi, bolehlah dijadikan pilihan tempat menginap bila ke Cameron Highlands nanti.. Oh ya, pilihan sarapan ala carte dan Asia juga disediakan setiap pagi di apartment ini.. Nak memasak sendiri pun boleh, nak order dari cafe mereka pun boleh.. Atas pilihan masing-masing..

Kalau ada yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang, lapangan terbang terhampir adalah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ye yang berjarak 87 km sahaja dari Zetter Suites ni..

Harga : Dari RM170+ Semalaman

Alamat : Zetter Suites, C-G-31, Barrington Square Apartment, Jalan Golden Hill 1, Cameron Golden Hill, 39000 Tanah Rata, Pahang


9. Cameron Prima Apartment @ Cameron Jaya

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Cameron Prima Apartment @ Cameron Jaya ini adalah sebuah apartment yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur yang boleh menampung 8 orang dewasa dalam satu-satu masa.. Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen manakala diruang tamu pula disediakan 2 buah katil sofa yang selesa.. Hiasan dalamannya yang minimal membuatkan ia lebih menarik.. Aku lebih suka hiasan yang minimal berbanding terlalu sarat.. Susah nak jaga kalau ada anak kecik ni.. Silap-silap habis semua lintang pukang.. hiks..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Ruang dapur juga disediakan dengan kelengkapan yang cukup untuk korang memasak.. Kalau bercuti beramai-ramai ni, seronok kalau pakat rewang memasak dan makan beramai-ramai.. Bolehlah rapatkan silaturahim lagi kan.. Selain tu, bolehlah cut bajet.. Kalau makan dekat luar ni banyak jugak belanjanya.. Lagi pula kebersihannya belum tentu lagi terjamin..

Untuk bersiar-siar di ladang teh, korang hanya perlu memandu dalam jarak 18km sahaja dari tempat menginap dan untuk ke perkampungan orang asli pula hanya berjara 0.3km dari apartment..

Harga : Dari RM150+ Semalaman

Alamat : Cameron Prima Apartment @ Cameron Jaya, PMCJ, 39000 Tanah Rata, Pahang


10. Kae Garden

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

OMG!! Cantik gile weh tempat ni... Serius cantik.. Rasa tak boleh nak move on bila tengok gambar-gambar tempat ni.. Rasa nak pergi sangat kat sini.. Bermalam di sini.. Nak selfie atau bergambar pun cantik sangat. Semua sudut pun cantik.. Rasanya inilah tempat menginap yang paling cantik, indah, unik dan mendamaikan..

Kae Garden ni terletak kat Brinchang di Wilayah Pahang dalam jarak 1.2km dari Cactus Valley... Ia dikelilingi oleh taman yang cantik.. Paling tepat, homestay di dalam taman.. Kae Garden ini menawarkan taman permainan kanak-kanak dan pemandangan gunung ganang yang indah.. Keindahan landskap kat sini cukup menarik hati dan merupakan salah satu daya tarikan di sini.. Sesiapa sahaja yang datang kesini pasti terpegun dengan keindahan tempat ini terutamanya pada waktu malam.. Boleh menghidupkan suasana romantik..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Bukan luaran sahaja indah dan unik tetapi hiasan dalamannya juga sangat unik dan menarik.. Katilnya diperbuat daripada pallet kayu sahaja menjadikan ia sangat unik dan menarik.. Dengan susun atur yang kemas nampak biliknya lebih luas dan selesa.. Bukan itu sahaja tau, hiasan dalam bilik air juga menarik.. Dengan keluasan bilik airnya membuatkan kita selesa berada didalamnya.. Serius aku suka susun atur dan wallpapernya.. Nampak unit, kemas dan menarik.. Rasa nak tidur pun ada dalam bilik air ni.. Haha.. Paling best, setiap bilik menyediakan bilik mandi peribadi sendiri...

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Disini juga disediakan wifi dan parking peribadi percuma.. Ok, kalau dari sini koran nak ke Cameron Highlands Butterfly Farm, ia terletak hanya 1.2km dari Kae Garden ni manakala Kok LIm Strawberry Farm pula berjarak sejauh 1.2km sahaja..

Harga : Dari RM130+ Semalaman

Alamat : Kae Farm, 39100 Brinchang, Pahang


11. Woodz Golden Hill

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Woodz Golden Hill terletak di antara bandar Brinchang dan Tanah Rata. Ia menyediakan tempat penginapan berkonsepkan kontemporari di Cameron Highlands.. Apartment ini juga dilengkapi dengan kipas dan mempunyai balkoni peribadi yang membolehkan korang menikmati pemandangan panoramik bukit bukau di sekelilingnya.. Kalau korang ada plan nak melawat perkampungan orang asli, ia terletak 1.6km dari tempat menginap..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Apartment ini mempunyai ruang makan dan ruang tamu yang berasingan dilengkapi dengan TV skrin rata.. Semua unit dilengkapi dengan bar mini dan peralatan elektrik yang lain.. Kalau nak request peralatan dapur yang lain pun boleh contohnya periuk nasi.. Apartment Woodz Golden Hill ni ada yang 1 bilik dan ada yang 3 bilik.. Jadi, korang boleh booking yang mana sesuai untuk percutian korang dengan harga bermula dari RM110+ sahaja.. Berbaloi-baloi..

Kalau nak berjalan-jalan bolehlah singgah di Ee Feng Gu Honey Bee Farm, Time Tunnel Museum, Cactus Valley, Ladang Teh Boh, Mrs Robertson's Rose Garden dan banyak lagi yang terletak kurang 4km dari apartment ini..

Harga : Dari RM110+ Semalaman

Alamat : Woodz Golden Hill, S2-G-4A, Jalan Golden Hill 9, Taman Golden Hill Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang



12. Cameronian Inn

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Kalau korang nak tahu, Cameronian Inn ni terletak pada ketinggian 1,400 meter dari aras laut. Jadi, kalau korang berkunjung dan menginap di sini korang boleh menikmati iklim dingin di Cameron Highlands.. Jangan lupa bawak baju sejuk ye.. Korang mesti akan merasai kesejukkannya.. Di sekitar kawasan tempat ini mempunyai taman-taman dan korang bolehlah bersantai duduk-duduk sambil berborak di taman luaran yang ada ataupun menikmati akses wifi percuma di kawasan awam di tempat penginapan ini..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Rumah tamu ini dilengkapi dengan lantai berjubin, bilik-bilik terpilih menyediakan sebuah TV dan almari pakaian.. Beberapa bilik mempunyai bilik mandi bersambung sementara bilik-bilik lain dilengkapi dengan bilik mandi berkongsi.. Kat sini juga ada kafe yang menyajikan pilihan hidangan tempatan.. So, kalau malas nak keluar boleh aje makan di kafe mereka..

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Kalau dah sampai di Cameron Highlands tak sah kalau tak pergi berjalan-jalan mengisi masa.. Dari tempat penginapan ini, korang boleh ke Strawberry Farm dengan pemanduan hanya 10 minit sahaja manakala 25  minit ke Ladang Teh Boh.. Kalau nak ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur, ia berjarak cuma 3 Jam sahaja pemanduan..

Sebarang urusan perjalanan boleh dibuat di meja tempahan lawatan dan perkhidmatan simpanan bagasi disediakan di kaunter penyambut tetamu..

Harga : Dari RM70+ Semalaman

Alamat : Cameronian Inn, No. 16, Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata, Pahang


12 homestay terbaik di Cameron Highlands telah menjadi pilihan aku dan dah aku masukkan dalam wishlist aku.. Tinggal nak bincang dengan adik beradik sahaja lagi yang mana satu menjadi pilihan.. Dalam fikiran aku ni sebenarnya dah ada pilihannya cumanya tak boleh pentingkan diri kene ambil pendapat dari adik beradik yang lain juga sebelum buat keputusan..

Sebenarnya banyak lagi homestay di Cameron Highlands yang boleh dijadikan pilihan.. Cumanya untuk kali ni aku senaraikan 12 homestay sahaja dulu.. Next, mungkin aku akan survey hotel di Cameron Highlands pulak.. Manalah tahu lebih berbaloi-baloikan.. Apa-apa pun kata sepakat tu penting.. Untuk dapatkan kata sepakat kenalah berbincang dahulu.. Tak sabar rasanya nak bercuti di Cameron Highlands bersama family.. Keseronokkannya tu dah dapat aku bayangkan tambahan pula stay di tempat penginapan yang selesa dan mendamaikan..

Korang yang mana tengah survey tempat penginapan di Cameron Highlands bolehlah riki homestay yang dah aku senaraikan ni.. Ini adalah homestay yang terbaik ada di Cameron Highlands.. Selamat bercuti ke Cameron Highlands uolls..!!



5 comments:

  1. NO 9 yg kt cameron jaya tu CR baru stay tp owner lain..
    selesa tapi parking payah sikit.

    Lea, ejaan Kea tu Kea ke Kae? :)

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar Kea Garden Guest House tu lawa sangattt..harga pun tak mahal mana.

    ReplyDelete
  3. Okay.. bookmark dulu.. Nanti nak menyinggah ke CH boleh usha balik entry Lea nie.. tq lea share..

    ReplyDelete
  4. Lama tak pergi Cameron.. Rasanya last dulu 5 tahun lalu kot.. Entah bila dpt berkunjung lagi

    ReplyDelete