Impian Menunaikan Umrah Dengan Pakej Umrah Terbaik Di Malaysia Dari Tabung Haji Travel | Assalamualaikum wbt.. Hi korang! Hurmm semalam dok sembang dengan kengkawan pasal umrah.. Ada antara kami dah pernah pergi umrah.. Seronok je dengar cerita dorang sal pengalaman dorang dalam mengerjakan umrah.. Bilalah agaknye peluang untuk aku pula ye.. Sebagai umat Islam, aku pun teringin sangat sangat sangat menunaikan ibadah umrah ni.. Haji apatah lagi.. Andailah aku berpeluang untuk mencapai impian aku menunaikan umrah, aku pilih pakej umrah Tabung Haji plan pergi bulan Ramadhan 2020.. Hah gittew!! Impian tu tau..
Bila dengan cerita kengkawan tentang menunaikan ibadat umrah ni, rasa tak sabar-sabar nak pergi.. Rasa hari ni jugak nak terbang ke sana.. Serius memang mengujakan tambahan pula dorang dapat melakukan ibadat umrah dengan tenang dan selesa.. Macam-macam pengalaman dorang lalui.. Bila ditanya pakej umrah apa yang dorang paling suka, ramai yang memilih Tabung Haji Travel.. Pada fikiran aku yang tak pernah pergi ni pun terdetik, kalau aku pergi nanti memang aku akan pergi melalui Tabung Haji Travel.. So, bila dorang cerita pengalaman dorang aku jadi lebih yakin.. Penting sangat tau dalam memilih pakej umrah yang betul-betul bagus dan diyakini sebabnya sekarang memang banyak sangat berlaku kes penipuan pakej umrah ni.. Jadi, berhati-hati la ye..
Kenapa Perlu Pilih Pakej Umrah Tabung Haji Travel?
Kenapa aku pilih pakej umrah dari Tabung Haji Travel? Haaa banyak sebab sebenarnya.. Tambahan pula sekarang ni makin banyak kes penipuan pakej umrah.. Jadi, sebelum kena tipu, baik aku pilih yang betul-betul boleh dipercayai dan terjamin selamat.. Seperti yang ramai pun tahu, Lembaga Tabung Haji merupakan sebuah syarikat yang sentiasa menjadi pilihan untuk perjalanan menunaikan haji dan umrah serta melancong bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.. Sebab itulah aku yakin dengan Tabung Haji Travel ni..
Tabung Haji Travel & Services adalah Ahli Kumpulan Syarikat - Syarikat TH yang diperbadankan pada 9 September 1972 untuk mengendali dan mengurus perkhidmatan Haji dan Umrah bagi jemaah Malaysia.. Lebih meyakinkan bukan sahaja aku malah ramai umat Islam di Malaysia untuk memilih Pakej Umrah dari Tabung Haji Travel ni adalah kerana mereka mempunyai pengalaman lebih 47 tahun dalam menguruskan perjalanan Haji dan Umrah.. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang ini, mereka sangat memahami kehendak para jemaah jadi mereka menyediakan pakej-pakej yang memenuhi keperluan dan kemampuan pelbagai golongan..
Satu lagi yang aku suka dengan Tabung Haji Travel ni adalah mereka menawarkan pakej umrah pada harga yang sangat berpatutan dan mengikut kemampuan.. Jadinya, kita boleh pilih pakej mana yang sesuai dengan bajet yang kita ada.. Pakej umrah mereka bermula dari RM5,190 dengan 8 jenis pakej umrah yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing... So, dah boleh rasanya nak timbang tara pakej yang mana menjadi pilihan nanti.. Boleh la plan simpan duit siap-siap kan.. Hiks..
Kawan-kawan aku sendiri dah pernah guna pakej dari Tabung Haji Travel dan sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang mereka sediakan.. So, dorang sendiri rekemen aku menggunakan perkhidmatan dari Tabung Haji ni untuk menunaikan umrah nanti.. Dari pengalaman dorang semasa menunaikan umrah menggunakan pakej tabung haji ni, perjalanan pergi dan balik mereka sangat selesa dan tenang dengan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.. Bagi aku sendiri pun walaupun tak pernah lagi pergi umrah, aku yakin sangat pakej umrah dari Tabung Haji Travel ni adalah pakej umrah terbaik di Malaysia..
Bukanlah bermakna tiada lagi syarikat yang terbaik dalam menguruskan perjalanan Haji dan Umrah ni.. Cumanya untuk firstime, aku pasti akan memilih yang terbaik dari yang terbaik iaitu Tabung Haji Travel.. Maybe, nextime aku akan pilih pula syarikat lain yang dipercayai untuk trip umrah aku seterusnya.. Wahhh angan-angan tu perlu tinggi uolls.. Tak kene bayar pun kan kalau nak berangan ni.. Manalah tahu ianya menjadi kenyataan.. Insyaallah kalau ada rezeki.. Inilah impian aku, menunaikan umrah dengan pakej umrah terbaik di Malaysia dari Tabung Haji Travel.. Doakan aku ye kawan-kawan.. Hehe..
Tips Memilih Pakej Umrah Yang Paling Bagus
Dalam memilih pakej umrah ni, jangan kita memandang remah dan mengambil ringan tentang hal ni.. Sangat penting untuk kita memilih pakej umrah yang betul-betul bagus supaya kita tak membazir masa dan wang ringgit.. Paling penting kena pilih syarikat yang betul-betul sah menawarkan pakej umrah. Jangan sampai tertipu.. Antara tips memilih pakej umrah yang perlu korang titikberatkan adalah :-
- Buat perbandingan harga pakej yang ditawarkan agensi berbeza dengan perkhidmatan yang disediakan.. Adakah lengkap?
- Perlu dilihat juga tempoh umrah yang disediakan dalam pakej yang ada.. Semakin panjang tempohnya maka harga pakejnya juga akan menjadi lebih mahal.. So, tentukannya mengikut kesesuaian!
- Kedudukan dan jarak hotel dengan destinasi yang dituju juga perlu dilihat supaya keselesaan untuk beribadah itu terjamin.. Jangan tak tahu ye, harga pakej umrah akan memberi kesan kepada jarak hotel dengan masjid.. Jadi, pilihlah yang terbaik..
- Pastikan memilih agensi yang betul-betul sah.. Kaji terlebih dahulu latar belakang syarikat mereka.. Jangan sampai tertipu dengan pakej palsu..
- Untuk menyempurnakan lagi ibadat umrah, penting sekiranya dapat memilih agensi yang menawarkan kelas umrah dan kursus haji bagi menambah ilmu umrah dan haji...
- Cara pembayaran pakej juga harus dititikberatkan supaya kita tak tertipu sebabnya ia melibatkan duit yang bukan sedikit.. Jadi, pastikan transaksi dimasukkan terus ke dalam akaun syarikat sekiranya berurusan secara online bukan akaun persendirian atau orang ketika.. Ingat ye!!
- Nak selesa kenalah ambil pakej yang menawarkan tempat penginapan terbaik.. Bila dah terbaik ni sudah pastinya harganya juga terbaik.. Hehe.. Kalau pergi bersama keluarga, lebih baik ambil pakej keluarga kerana harganya lebih murah dan berpatutan..
- Syarikat penerbangan yang digunakan juga perlu dilihat.. Kebiasaannya Malaysia Airline (MAS) dan Saudi Airlines menjadi pilihan kerena mereka menawarkan penerbangan yang selesa dimana pesawat akan terus menuju ke destinasi tanpa berhenti dimana-mana check point..
Gapai Impian Menunaikan Umrah Dengan Pakej Umrah Terbaik
Macam aku yang bukan dari golongan 'ada-ada' ni, dapat menunaikan umrah sekali dalam seumur hidup pun dah rasa bersyukur sangat.. Sebab itulah perlunya memilih pakej umrah yang betul-betul bagus supaya ibadat yang dilakukan dapat disempurnakan dengan baik.. Nak buat ibadat umrah ni memang memerlukan persiapan bukan sahaja dari segi mental dan fizikal tetapi perlu rapi dari segi duit, tenaga dan masa..Jadi, perancangan yang teliti sangat penting terutama dalam mengkaji pakej umrah dan agensi yang menawarkan perkhidmatan tersebut..
Dalam menunaikan ibadat umrah, sudah pasti kita sasarkan ibadat kita diterima olehNYA.. Insyaallah.. Moga impian aku yang satu ni tercapai satu hari nanti.. Amin YRA..
perkongsian yang bagus Lea.. kena bijak memilih supaya tak tertipu..
ReplyDeletealhamdulillah saya dah pernah sampai sana dengan family, guna pakej Andalusia kira ok juga..
ReplyDeleteya Allah. doakan kaella dapat pergi juga.
ReplyDeleteSemoga hajat Lea utk menunaikan umrah termakbul, siapa yg tak nk ke sana kan..
ReplyDeleteI was surfing net and fortunately came across this site and found very interesting stuff here. Its really fun to read. I enjoyed a lot. Thanks for sharing this wonderful information. Umrah Package
ReplyDelete