ORGGA Natural Skincare Selesaikan Masalah Kulit Kusam dan Tona Tidak Sekata Dalam Masa 2 Minggu | Assalamualaikum.. Hi guys! Aduiila, kulit muka aku sedikit kusam lately dek kerana tak de masa nak menjaga dan memanjakannya.. Nak pakai mask pun malas gile sekarang ni.. Ni disebabkan aku mengalami kekangan masa yang agak serius.. Bila dah perasan muka agak kusam, barulah gelabah mencari skincare yang sesuai untuk kembalikan sinar pada wajah.. Cewah..!! Hehe
Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan produk ORGGA.. Katanya bagus sangat produk ORGGA ni sebabnya dapat menyelesaikan masalah kulit kusam dan tona tidak sekata hanya dalam masa 2 minggu sahaja.. Gile tak teruja? Ofkos aku sangat teruja badak hokeh nak cuba natural skincare ni..
ORGGA Produk Semulajadi Selamat Digunakan
Produk ORGGA ni Halal tau.. Kata foundernya, Puan Zaza, misi beliau dengan ORGGA ni adalah untuk membantu wanita Malaysia untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan glowing dengan menggunakan produk yang selamat dan natural ini.. Produk ORGGA ni diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan organik yang berkualiti bagi mencipta sentuhan ajaib untuk kulit supaya sentiasa sihat, cantik dan berseri secara semulajadi..
Sekarang ni kat pasaran terdapat pelbagai produk skincare.. Jadi, pilihlah yang betul-betul selamat dan sesuai untuk kulit kita.. Jangan sembarangan guna tau, akibatnya tak tertanggung nanti.. Aku kalau pilih skincare memang akan pastikan betul-betul apakah bahan yang digunakan dalam penghasilan produk.. Muka aku pernah rosak satu ketika dulu dek kerana dok pakai produk yang mengandungi bahan kimia.. Serius dah serik weh!! Now, kena lebih berhati-hati dalam memilih produk..
ORGGA Natural Skincare Selesaikan Masalah Kulit Kusam dan Tona Tidak Sekata Dalam Masa 2 Minggu
Disebabkan kulit muka aku mengalami masalah kulit kusam dan tona sedikit tak sekata, jadinya aku cabarlah diri aku untuk cuba produk ORGGA ni.. Ramai yang kata bagus produk ni.. Lagi pun diperbuat daripada bahan semulajadi kan.. So, aku berani la mencubanya.. Katanya boleh selesaikan masalah dalam masa 2 minggu sahaja tau.. Wow!! Memang best gile..
Apa yang bagusnya dengan produk ORGGA ni? Haaa antaranya adalah :-
- Natural & organik
- Safe & Effective
- Vegan & Cruelty Free
- FREE Alcohol, Hydroquinone, Mercury, SLS, Paraben, Synthetic Preservative, Sulfates, Pewarna & Pewangi Sintetik
- Made in Malaysia
Ok, produk ORGGA ni banyak jenis tau antaranya Bacca Bliss, French Rose, Le Neroli, Rose Otto, Libra, Olivia, Lindo, Rose Quartz dan Jade Stone.. Kulit aku jenis kulit kombinasi.. So, aku kena pilih yang bersesuaian dengan kulit aku.. Antaranya :-
- French Rose Daily Cleansing Powder
- Rose Otto Nourishing Face Mist
- Libra Luxe Beauty Oil
- Jade Stone Detox
Rutin Harian ORGGA Natural Skincare
Step 1 : Cleanser
💙 French Rose Daily Cleansing Powder
Firstime tengok 3 in 1 Daily Cleansing Powder ni aku agak jakun sedikit sebab tak pernah tengok pencuci muka seperti ini yang didatangkan dalam bentuk powder berserbuk kasar.. Apa yang bestnya, cleanser ni 3 in 1 tau.. Ia berfungsi sebagai pencuci muka, skrub yang sangat lembut dan mask.. Lengkap fungsinya.. French Rose Daily Cleansing Powder ini sesuai untuk kulit normal, kombinasi, kering dan matang..
Kelebihan French Rose Daily Cleansing Powder
ORGGA Cleansing powder ni bukan sahaja boleh mencuci muka je tau tetapi ia juga boleh menanggalkan sel-sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit.. Pada masa yang sama juga ia juga dapat merawat kulit dengan kandungan bahan-bahan semulajadi terpilih seperti tanah liat, bijirin. bunga-bungaan dan ekstrak buah-buahan.. Memang selamat uolls!! Antara kelebihan lain adalah :-
- Diperbuat daripada bahan asli semulajadi
- Mengandungi vitamins, anti-oksida dan anti-penuaan
- Mencuci, merawat dan melembapkan kulit
- Menghilang dan mencegah jerawat dan bintik-bintik hitam
- Merawat kulit muka tidak sekata dan kusam
- Menganjalkan kulit
- Melambatkan kesan-kesan penuaan
- Menyihatkan dan melembutkan kulit
- Mencerah dan menaikkan seri wajah semulajadi
- Membantu aplikasi makeup nampak natural dan sekata
Tips : Urut muka secara membulat. Enjoy the scent dan the texture. Biarkan selama 2-3 minit. Nak gosok gigi dulu pun boleh.. Haha.. Then boleh la bilas..
Mula-mula nak guna cleanser ni, aku agak cuak juga tengok teksturnya agak kasar.. Adakah akan pedih muka bila diguna pada muka? Lepas guna, rupanya lembut aje.. Tak menyakitkan kulit muka.. Serius aku suka sebabnya muka jadi lembut dan bersih sangat lepas guna.. Lagi pun pencuci muka ni agak unik didatangkan dalam bentuk powder yang menarik.. Hah gitcheww!! Pengalaman pertama guna French Rose Daily Cleansing Powder ni sangat mengujakan..
Saiz : 50gm (100% Natural, 56% Organik, No preservative)
Harga : RM80
Step 2 : Face Mist / Toner
💙 Rose Otto Nourishing Face Mist
Biasa lepas cuci muka aku akan pakai toner yang didapkan dengan kapas muka.. Dengan ORGGA face mist ni hanya perlu spray jerk terus kat muka.. Mudah gile.. Tak payah dah nak guna kapas muka bagai.. Tapi kalau korang selesa guna kapas muka boleh je, semburkan pada kapas dulu then dapkan ke muka.. Hehe.. Rose Otto Nourishing Face Mist ni sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kombinasi, berminyak dan matang..
Kelebihan Rose Otto Nourishing Face Mist
Rose Otto Nourishing Face Mist ni diperbuat daripada bahan-bahan asli dan semulajadi yang berkualiti dan terpilih. Kombinasi Hydrosols, ekstrak buah-buahan, essential oils yang mewah, vegetable glycerin dan juga aloe vera yang bukan sahaja akan menyegar dan melembapkan kulit tetapi juga merawat kulit muka dengan membekalkan nutrisi dan anti-oksida. Ada lagi tau kebaikan Rose Otto Nourishing Face Mist ni.. Antaranya :-
- Menyegarkan dan menghidrat kulit
- Menjadikan kulit berseri secara semulajadi
- Menghidrat kulit kering dan kulit kasar
- Mengurangkan masalah kulit berminyak
- Anti-penuaan, anti-radang, antiseptik dan anti-banteria
- Melembutkan dan mencerahkan kulit yang kusam
- Menjadikan hasil makeup yang tampak lebih natural, sekata dan tidak mengelupas
Tips : Spray facial mist untuk lembapkan kulit, diikuti dengan luxe beauty oil untuk mengunci kelembapan kulit.
Senang betul ada ORGGA face mist ni.. Senang nak guna dan bawak kemana sahaja.. Segar jerk muka.. Kulit pun jadi lembut dan lembap.. Best sangat..
Saiz : 60ml (100% Natural, No synthetic preservative)
Harga : RM60
Step 3 : Treat & Moisturize
💙 Libra Luxe Beauty Oil
Lepas dah segarkan wajah dengan face mist, kita lembapkan dan rawat kulit dengan Libra Luxe Beauty Oil pulak... Bau libra oil ni sangat menyenangkan.. Jadi, nak sapu kat muka pun rasa semangat jerk.. hehe.. Libra Luxe Beauty Oil ni sesuai untuk kulit normal dan kombinasi macam kulit aku ni.. hehe..
Kelebihan Libra Luxe Beauty Oil
ORGGA Luxe Beauty Oil diperbuat 100% dari bahan aktif asli semulajadi. Bahan-bahan yang digunakan diimport dari UK, US, Eropah, Timur Tengah dan China bagi memastikan kualiti yang terjamin. Luxe Beauty Oil diformulasi menggunakan 10 jenis botanical oils dan 6 jenis essential oils terpilih dan berkualiti, kaya dengan mineral dan nutrisi seperti Essential Fatty Acid (Omega 3,6,7 & 9), Vitamin A,C,D,E dan K...
- Tidak berminyak dan tidak melekit serta mudah menyerap.
- Melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran (skin barrier)
- Membekalkan nutrisi untuk membantu regenerasi sel kulit baru
- Mengurangkan tanda-tanda penuaan
- Memelihara, melembapkan dan mengunci kelembapan kulit
- Merawat kulit secara intensif
- Tidak menyumbatkan pori-pori - Non comedogenic
- Boleh dijadikan primer untuk hasil yang natural dan glowing
Aku suka Libra Luxe Beauty Oil ni sebabnya tak melekit dan mudah sangat menyerap.. Lepas guna rasa sangat selesa dan nak apply makeup pun mudah jerk..
Saiz : 20ml (100% Natural & Pure cold-pressed oil)
Harga : RM110
Step 4 : Face Roller
💙 Jade Stone Detox
Jade Stone Detox Face Roller ni diperbuat daripada Batu Jade..Jade adalah kuarza yang berharga dan dianggap sebagai simbol keamanan, kebijaksanaan, keseimbangan, keindahan, rahmat dan panjang umur dalam masyarakat Cina.. Ianya digunakan oleh wanita kaya di China pada waktu purba untuk membersihkan kesan cecair dan meratakan kedutan di muka. Jade face roller ni juga terbukti membantu :-
- Merangsang penghasilan kolagen
- Mengurangkan kedutan dan garis halus akibat penuaan
- Membantu mengecilkan liang pori
- Meningkatkan keanjalan kulit dengan meningkatkan elastin
- Meningkatkan tahap oksigen ke aliran darah
- Detox : menggalakkan saliran limfa dan meningkatan peredaran darah
- Membersihkan toksin dari kulit dan mengurangkan keradangan
- Mengurangkan pembengkakan dan kedutan di sekeliling mata
- Mengurangkan bintik-bintik di sekitar dagu dan rahang yang disebabkan oleh pembentukan toksin
- Membantu penyerapan minyak pada kulit
- Mencerahkan kulit dan memberikan seri semulajadi pada wajah
Setiap roller memiliki corak dan warna yang unik kerana pembentukan semulajadi batu yang digunakan. Kemain seronok lagi aku dok golek roller ni kat muka.. Banyak betul kelebihan roller jade ni..
Harga : RM90
ORGGA Natural Skincare
Nak kulit yang sihat kenalah guna skincare yang selamat untuk jaga kulit muka tanpa kesan sampingan.. Seperti ORGGA ni memang selamat digunakan sebabnya produk ni tidak mengandungi Alcohol, Hydroquinone, Mercury, SLS, Paraben, Synthetic Preservative, Sulfates, Pewarna & Pewangi Sintetik.. Jadi, dah tak perlu nak risau dah.. Boleh digunakan tanpa was-was gitu.. hiks..
Ada year end sale uolls! Jangan lepaskan peluang ni tau...
Ada year end sale uolls! Jangan lepaskan peluang ni tau...
Untuk info lanjut, leh la layari :-
👉 Website : https://www.orgga.my/
👉 Facebook : https://www.facebook.com/orggamalaysia
👉 Instagram : https://www.instagram.com/orggamalaysia/
👉 Whatsapp : https://wasap.my/60182827793
bestnya produk orrga
ReplyDeletenampak best je produk orgga. boleh masuk list skincare ni!
ReplyDeleteMakin sekata dan cantiklah kulit Lea lepas nie..
ReplyDelete