Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan

Monday, December 2, 2019

Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan  |  Setiap tahun bila akhir tahun mesti dok sibuk mencari planner untuk tahun baru.. Tahun ni, awal lagi dah cari sebabnya tahun lepas agak terlewat mencari planner.. Rasanya awal tahun baru cari.. Sampaikan yang cantik-cantik semuanya dah sold out... Menangis bucu katil.. Huhu.. Bila dah lambat beli, nak start tulis pun dah malas.. So, planner tahun lepas aku buat hadiah sahaja untuk besday sorang kakak tu.. Huhu..

Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan


Tahun ni kembali bersemangat untuk beli lebih awal supaya mood menulis tu ada diawal tahun baru nanti dan paling best, dapat beli planner cantik yang aku minat.. Yeah!! Untuk tahun depan, aku pilih planner 2020 Ana bercode Beauty untuk dijadikan teman aku sepanjang tahun depan.. Berwarna hitam menawan dihiasi dengan seorang wanita anggun didepannya.. Beauty and confidence!!

Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan


Untuk planner 2020 Ana Beauty ni aku beli kat shopee jerk dengan harga RM25 dengan 5 free gift.. Alhamdulillah penghantaran tiada sebarang masalah.. Antara free gift yang aku dapat adalah pen comel, journey to jannah note book, bookmark, mini calender 2020 dan wish card... Kalau sebelum ni aku memilih dori sebagai diary hidup aku.. Now, aku dah malas nak deco-deco sendiri planner aku.. Jadi aku beli je la yang dah siap terdeco dengan cantik ni.. Hiks..

Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan

Kenapa Planner 2020 Ana Menjadi Pilihan?


1.  Cover planner cantik


Rasanya setiap tahun pun cover planner Ana ni cantik-cantik.. Tak pernah tak cantik.. Itu salah satu daya tarikan orang memilih Planner Ana ni termasuklah aku.. Design yang ditonjolkan memang superb.. Walaupun simple tetapi menarik..

Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan

2. Content cantik dan lengkap


Apa yang lagi menarik tentang Planner 2020 Ana ni adalah content nya.. Isi dalamnya berwarna warni yang sangat menarik.. Contentnya juga lengkap.. Segalanya ada untuk perjalanan hidup kita seharian.. Kita cuma perlu catat sahaja diruang yang disediakan mengikut kesesuaian.. Tapi yang paling aku suka adalah design dalamannya yang berwarna warni dan super cute design!! Tak jemu memandang bak kata orang.. Haha!!

Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan

Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan

3. Harga mampu milik


Harga planner ni RM25 sahaja.. Aku beli di shopee tanpa cas penghantaran.. Bagi aku harganya berbaloi-baloi setanding dengan kualiti yang ada pada planner ni.. Bukan hitam putih tau tetapi full colour dengan design yang sangat menarik dan cantik.. kerlasss kau maria.. ahakz..!!

Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan

Bagi korang yang masih belum ada planner dan nak miliki planner yang cantik dan lengkap, bolehlah pilih Planner 2020 Ana ni.. Memang sangat puashati uollssss!! Semangat nak menulis tu pun datang tanpa dipaksa.. Haha!!



3 comments:

  1. cantik...sempat lagi ni kalau nak cari....

    ReplyDelete
  2. Cantiknya planner Lea.. bersemnagat nak menulis bila planner cantik macam nie..

    ReplyDelete
  3. saya tak de planner pun. kalau ada pun tak guna.

    ReplyDelete