Hari Pertama Qhaliff Di Alam Persekolahan | Ya ampun!! Anak aku dah besar rupanya.. Dah masuk 5 tahun menjelangnya tahun 2020.. Pejam celik-pejam celik dah pun menempuh alam persekolahan.. 02hb Januari 2020 aritu, Qhaliff mula bersekolah di Pasti Al-Aman 2.. Pada awalnya aku sendiri konfius nak memilih sekolah untuk Qhaliff.. Bila tanya kawan-kawan opiz, dorang suggest supaya hantar ke Pasti Al-Aman 2 kerana pembelajarannya bagus dan merupakan Pasti terbaik di Pahang..
Sebelum pergi sekolah muka ada sinyum |
Aku memang tiada pengalaman lagi dalam hal persekolahan anak ni.. Jadi, pada awalnya agak kabur jugak apa yang harus dilakukan.. Nasiblah ada kawan-kawan yang berpengalaman.. So, dioranglah menjadi rujukan aku.. Pada Oktober tahun lepas, aku mendaftar Qhaliff di Pasti tersebut.. Nasib baik masih ada kekosongan dan pada 30 Disember yang lalu, yuran telah aku jelaskan.. Alhamdulillah, segala proses berjalan lancar atas bantuan encik suami.. Semua dia yang uruskan..
Yuran persekolahan Pasti Al-Aman 2 |
Ada penambahan yuran sebabnya aku ambil baju uniform 2 pasang.. Mana mahunya sepasang.. Tak sempat nak rolling.. Oh ya, aku juga ambil untuk jagaan petang agar aku tak terkejar-kejar nak ambil dia hantar ke pengasuh pula.. So, biar terus sampai ke petang.. Bolehlah dia sesuaikan diri lebih lama disitu..
Hari Pertama Persekolahan
02 Januari 2020 (Khamis)
Seperti mana yang biasa kita dengar dari ibubapa yang menghantar anak ke sekolah pada hari pertama persekolahan.. Ada yang menangis, berlari nak ikut balik dan bermacam-macam ragam lagi.. Begitu jugalah dengan si Qhaliff ni.. Hari pertama, bangun pagi untuk mandi memang stedi.. Tiada masalah langsung.. Tak meragam.. Bangun terus aje pergi bilik air mandi.. Memang boleh puji bab ni.. Masa pakai baju pun ok di hari pertama ittew.. Mungkin masih belum faham alam persekolahan bagaimana..
Urusan menghantar anak ke sekolah memang urusan encik suami.. Aku pula akan mengambil Qhaliff balik sekolah.. Hari pertama hantar Qhaliff ke sekolah memang satu cabaran bagi kami.. Walaupun aku tak menghantarnya, tetapi aku turut merasai debaran untuk menghadapi situasi yang tidak diingini.. Hehe.. Ternyata Qhaliff meragam.. Teresak-esak menangis sambil peluk kaki abi dia.. Hadoii.. Seperti yang dijangkakan.. Merayu-rayu nak balik... Andailah aku yang hantar, rasanya aku tak sanggup nak hadapi situasi macam ni.. Haha.. Silap-silap aku nangis masa.. Haha.. Hadoilaa..
Agak lama jugak encik suami ambil masa nak loloskan diri.. Muallimah tolong pujuk pun tak jalan jugak.. Akhirnya, Muallimah dukung dan encik suami terus keluar dari situ.. Itulah sahaja jalan terbaik untuk menyelamatkan keadaan dan membiarkan Qhaliff membiasakan diri disitu.. Tengok video dia menangis rasa tak sampai hati je.. Masa tu macam-macam la aku fikir sampai tak fokus nak buat kerja..
Belah petang habis waktu kerja, aku pergi ambil Qhaliff.. Risau juga dalam hati apa agaknya keadaan dia.. Alhamdulillah semuanya ok kata Muallimah dia.. Pagi je menangis sekejap.. Lepas tu dah ok.. Lega rasanya..
Tak habis disitu kerana hari ke-2, dia masih meragam cumanya tak seteruk hari pertama.. Kebetulan pula hari ke-3 dan ke-4 adalah hari cuti minggu.. Jadi, hari isnin menjadikan hari pertama kembali pada Qhaliff selepas bercuti 2 hari.. Sehinggalah ke hari ini, dia masih meragam.. Pagi tadi nak dijadikan cerita, dia bersalaman dengan aku sebelum pergi sekolah.. Aku pulak gatal-gatal pergi peluk cium dia.. Sekali dia touching, kembali meragam.. Haha.. Dah macam hari pertama persekolahan pulak gaya meragamnya.. Hehe.. Lepas ni memang kene salam je.. Tak boleh dah peluk cium.. Nanti dia touching, susah pulak.. Hiks..
Semoga hari-hari yang mendatang menjadi lebih baik dari hari sebelumnya dan Qhaliff dapat terima pembelajaran dengan cepat dan menjadi anak yang pintar.. Amiin YRA...

Tetiba rindu sekolah PASTI ku ..berpuluh tahun dah tinggalkan sekolah PASTI tapi setiap kali lalu area PASTI pastilaaaa teringat segala memori, fresh fresh macam baru je tinggalkan PASTI
ReplyDelete