Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer

Friday, March 20, 2020

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer  |  Rindunya nak ada baby kecil.. Hehe.. Tapi buat masa ni rehat dulu lah.. Haha!! Walaupun tak ada baby kecil, tapi anak-anak aku masih menyusu botol.. Jadi, aku sangat memerlukan device yang boleh panaskan susu dan sterilize feeding items... Nampak sangat aku malas nak buat secara manual kan.. Hiks.. Bukan apa, aku ni sangat sibuk.. Jadi, aku perlukan 'pembantu' untuk buat semua kerja itu dengan lebih mudah dan 'pembantu' yang aku maksudkan itu adalah Electronic Bottle & Baby Food Warmer dari Lunavie.. Serius, sangat membantu!!

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer


Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer

Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, aku sangat memerlukan Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer ni bagi memudahkan lagi urusan aku di rumah dimana device ini boleh membantu aku dalam 3 fungsi iaitu :-
  • To warm milk
  • To Heat Baby Foods
  • To Sterilize
Macam aku, kebiasaannya menggunakan device ni untuk panaskan susu dan juga steril feeding items.. Untuk fungsi panaskan makanan baby tu, kebiasaannya bila anak aku tak sihat aje aku guna untuk panaskan bubur dorang.. Dengan adanya Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer ni, aku dah tak perlu risau lagi dan tak perlu nak bersusah payah lagi panaskan air atas dapur untuk urusan tersebut.. Lagi pun device ni boleh dibawa kemana sahaja untuk digunakan.. Dalam kereta pun boleh uolls... hehe.. 

Keistimewaan Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer


Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer

Kenapa aku suka sangat dengan Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer ni? haa, banyak tau keistimewaan device ni yang perlu korang tahu dan disebabkan keistimewaan ini jugalah aku memilih jenama Lunavie ini.... Antaranya keistimewaan yang ada pada Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer adalah :-
  • Mudah digunakan
  • Satu mangkuk untuk panaskan makanan, plug dan car converter disediakan
  • Boleh digunakan di rumah mahupun di dalam kereta
  • Panas secara perlahan-lahan dan gradually hence it is safe
  • Jimat tenaga jadi korang boleh jimat duit untuk bayar bil
  • Arahan penggunaan yang mudah.. Hanya tambah air dan press the key!
  • Sesuai untuk semua jenis botol bayi dan jar..
  • Indicator light berubah merah dan berhant berkelip, menandakan bahawa ia mencapai suhu yang dimaksudkan..
  • Ia secara automatik akan tetap pada suhu malar apabila ai mencapai suhu yang diperlukan

3 Fungsi Dengan 3 Suhu Berbeza

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer

Seperti yang aku katakan diawal tadi, Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer ni ada 3 fungsi iaitu untuk hangatkan susu, steril feeding items dan juga hangatkan makanan baby... Kalau korang nak tahu, setiap fungsi ini menggunakan suhu yang berbeza iaitu :-
  • "Warm Milk" key (40C) - Warming & Keeping warm milk
  • "Heating Food" key (70C) - Heat food like porridge and egg
  • "Sterilize" key (100C) - It can sterilize the teats, spoons and other items.
Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer
components of bottle warmer

Untuk penggunaan di rumah

Keep warm : Keep food/drinks constantly warm. Masukkan Insulation frame ke dalam warmer dan tuangkan 100ml pure water ke dalamnya.. Masukkan bottle dan tutup dengan dust cover. Kemudian press "warm milk" key. Lampu akan menyala dan berkelip kemudian berubah menjadi merah selepas suhu mencapai 40C.  Ia secara automatik akan memastikan suhu tetap berterusan.

Heat up : Tuangkan 230ml pure water ke dalam warmer.. Masukkan mangkuk yang berisi makanan ke dalam warmer dan tutup dengan bowl cover. Kemudian press "Heat Food" key. Lampu akan menyala dan berkelip kemudaian berubah menjadi merah selepas suhu mencapai 70C.

Sterilizing : Masukkan Insulation frame ke dalam warmer dan tuang 60ml pure water... Masukkan botol susu, puting atau feeding items yang lain ke dalam warmer dan tutup dengan bowl cover. Press "Sterilize" key..

Untuk penggunaan dalam kereta

Keep Warm : Sambungkan plug dan DC-DC converter sebelum masukkan converter bila guna dalam kereta.. Masukkan botol ke dalam warmer dan press "warm milk" key untuk keep it warm.. Ia secara automatik akan memastikan suhu tetap berterusan..


Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer BPA-Free

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer

Hah, apa itu BPA-Free? Kot ada yang tak tahu kan.. BPA ni selalunya tercatat pada botol susu bayi.. BPA ni adalah singkatan nama bagi Bisphenol A sejenis bahan kimia yang lazimnya ditemui pada botol susu bayi.. Kalau tengok kat botol susu anak kita tu mesti ada tercatat BPA Free atau mungkin ada yang tak tercatat langsung.. Kalau korang nak tahu, BPA ni dapat menyebabkan gangguan pada sistem hormon badan bayi dan boleh menjejaskan sistem tubuh badan bayi.. So, kalau nak beli botol susu bayi tu kena pastikan ada tercatat BPA Free ye..

Begitulah juga dengan Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer ni.. Selamat digunakan kerana ia BPA-Free kerana semua aksesorinya diperbuat daripada bahan PP... Bukan tu saja tau, device ni juga dapat membunuh 99.9% kuman dan mempunyai 2 tahun warranty..

Cara Penjagaan & Penyelenggaraan

  • Sentiasa cabut plug selepas menggunakannya
  • Pastikan ia sejuk sebelum dibersihkan
  • Buang air yang ada di dalamnya jika tidak digunakan
  • Lap bersih dengan kain lembap atau span menggunakan mild soap
  • Jangan tenggelamkan unit ke dalam air atau cecair
  • Pastikan ia diisi dengan air sebelum dihidupkan
  • Turn off power selepas selesai digunakan untuk mengelakkan air kering

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer Pilihan Tepat Ibu Bekerjaya

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer


Sebagai ibu yang bekerjaya, menjadi satu keperluan Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer ni bagi aku.. Time menguruskan anak-anak jadi lebih mudah.. Semuanya hanya dengan menekan key yang tersedia untuk panaskan susu, panaskan makanan baby dan juga nak streril botol susu.. Sangat berbaloi-baloi dengan fungsinya..

Jadi, aku sangat recommend korang yang mana mempunyai anak kecil mendapatkan Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer ni.. Tak kira la korang bekerjaya atau suri rumah sahaja. Sebenarnya, suri rumah ni lagi sibuk dan letih tau daripada wanita bekerjaya.. Sebabnya aku sendiri pun dulu pernah menjadi suri rumah.. Letihnya yakmat.. Ingat jadi suri rumah ni boleh goyang kaki je ke kat umah.. Hehe..

Ok lah.. Malas dah nak berceloteh banyak-banyak.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk ni, bolehlah layari laman web kat bawah ni ye.. Oh ya, harga device ni hanya RM109.00 sahaja...

💢 Website : https://www.lunavie.com/
💢 Link Produk : Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer
💢 Facebook : https://www.facebook.com/mylunavie/
💢 Instagram : https://www.instagram.com/mylunavie/


6 comments:

  1. this is so cool. mudah nak guna

    ReplyDelete
  2. wah !! semakin banyak gadget / peralatan yang boleh memudahkan kerja ibu ibu.. kan ?

    ReplyDelete
  3. Makin banyak benda canggih sekarang.

    ReplyDelete
  4. good sharing Lea untuk mak2 yang ada anak2 kecik..

    ReplyDelete
  5. thanks lea! nanti nak sharing kat family!

    ReplyDelete