Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam

Wednesday, March 25, 2020

Produk ecostore Berasaskan Tumbuhan Mesra Alam Sekitar  |  Banyak betul jenama produk penjagaan diri kat pasaran sekarang  ni kan.. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.. Tapinya, dalam excited dok pilih tu, kena hati-hati jugak takut-takut tersalah pilih produk yang mempunyai bahan kimia yang berbahaya.. Mau sopak kulit kalau pakai.. Hehe.. Dah kebetulan mandian dan shampoo aku habis baru ni, nak lah jugak bertukar ke produk penjagaan diri yang lain.. Now, aku cuba produk ecostore iaitu Jenama eco No.1 di New Zealand.. Bagus tau produk ni.. Jom aku cerita..

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam

Firstime sebenarnya dengar jenama ni.. Bila ada yang kenalkan kat aku dan cerita tentang kebaikan produk ni, aku pun jadi tertarik la nak cuba jugak.. Apa yang menariknya, produk ecostore ini berasaskan tumbuhan tanpa bahan kimia dan semestinya mesra alam sekitar.. Ok, ada 4 produk yang aku cuba iaitu :-
  • ecostore Rose & Geranium Body Wash
  • ecostore Normal Shampoo
  • ecostore Lemongrass Soap
  • ecostore Manuka Honey & Kelp Soap
Apa yang best dengan produk-produk ni? Moh le aku cite satu persatu ye..!!

ecostore Rose & Geranium Body Wash

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam

Aku suka bau mandian ni.. Bau yang menyenangkan.. Apa yang bagusnya mandian body wash dari ecostore ni, ia diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan tanpa bahan kimia berbahaya..  Bukan makanan jerk nak yang selamat kan, produk untuk diri pun kena jugak guna yang selamat.. tak gitu? Hehe.. Lagipun kulitkan organ terbesar kita.. So, kena jaga dengan sebaiknya.. Masa guna body wash ni, memang rasa bersih sangat dan kulit pun rasa segar.. Semestinya ia dihasilkan untuk membersihkan kulit daripada kekotoran dan minyak serta melindungi kulit secara semulajadi..


ecostore Normal Shampoo

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam

Untuk syampu ni pulak aku suka sebabnya ia secara perlahan-lahan membersih, menghidrat dan mengembalikan sinar pada rambut aku sekaligus membuatkan rambut aku lembut dan sihat.. Sebelum ni, rambut aku agak kejung.. Haha.. Pas guna syampu ni, ok sikit rambut.. Ini bermakna ia sesuai dengan rambut aku.. Hiks.. Nak tunjuk rambut tak boleh la ye.. Aku wanita berhijab.. Hehe..

Korang yang normal sehinggalah rambut kering, bolehlah cuba syampu ecostore ni ye.. Rambut ni memang tak buat rambut kita jadi kering sebaliknya ia menghidrat rambut kita.. Lepas ni cantek laaaa rambut aku wei!! Hehe..


ecostore Lemongrass Soap

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam

Apa yang bagus dengan sabun Lemongrass dari ecostore ni adalah ia tanpa pewangi.. Ini bermakna ia adalah produk yang selamat digunakan.. Sabun ni mampu membersihkan dan menyuburkan kulit tanpa menyingkirkan minyak semulajadi pelindung kulit.. Kalau korang nak tahu, sabun ni diperbuat daripada minyak sayuran bukan lemak haiwan yang biasa digunakan dalam menghasilkan sabun.. So, tak perlu risau ye..


ecostore Manuka Honey & Kelp Soap

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam

Sabun Manuka Honey & Kelp ni pulak dihasilkan daripada campuran madu dan rumpai laut.. Fungsinya sama jugak dengan Lemongrass soap tadi dapat membersih dan menyuburkan kulit tanpa menyingkirkan minyak semulajadi pelindung kulit.. Juga bukan dihasilkan dari lemak haiwan ye.. Selamat digunakan tidak mengandungi bahan nasty seperti pewarna sintetik, paraben, minyak mineral dan minyak sintetik..

Kedua-dua jenis sabun ni pun aku suka.. Biasa juga sabun untuk kulit akan mengeringkan kulit aku tetapi tidak bagi sabun dari ecostore ni.. Sebab itu aku recommend sangat korang guna produk keluaran ecostore ni.. Ia selamat digunakan dan sangat sesuai untuk kulit aku.. Korang nak tahu sesuai ke idok, kene la cuba dulu ye..

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam


Keistimewaan ecostore Radiant
  • Winner NZ Best in Beauty 2018
  • Tiada paraben, steroid, pewarna dan wangian
  • Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan berasaskan tumbuhan
  • Mesra alam sekitar
  • Packaging diperbuat daripada bahan yang boleh mampan
Tahukah korang? Kalau korang guna produk ecostore ni, korang telah memainkan peranan korang dalam menyelamatkan bumi.. 

Berita baik untuk korang! Korang boleh gunakan kod diskaun kat bawah ni untuk dapatkan 20% diskaun dari No.1 Eco Brand.. Banyak tu weh! Sah sehingga akhir bulan April ini dan hanya terpakai untuk produk ecostore radiant sahaja ye.. Boleh klik di sini → https://bit.ly/35jDM1A

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam






6 comments:

  1. menarik produk ni tapi tak pernah jumpa pula

    ReplyDelete
  2. assalam sis leeya..
    wahh mcm best ni..tq share ^,^

    ReplyDelete
  3. produk yg bagus. dah join giveaway mama tak? jom join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. RM 1000 utk dimenangi

    ReplyDelete
  4. tak pernah dengar dan jumpa pun produk ni... thanks for this review, atleast lepas ni boleh usaha gunakan produk eco friendly

    ReplyDelete
  5. suka nak cuba sabun lemongrass tu.. mesti menyegarkan..

    ReplyDelete