Hak-Hak Wanita Selepas Penceraian. Isteri Wajib Tahu!

Tuesday, March 31, 2020

No comments
Hak-Hak Wanita Selepas Penceraian. Isteri Wajib Tahu!  |  Sebut tentang penceraian ni agak menggerunkan bagi aku.. Bukan mudah untuk menerima sebuah penceraian.. Nampak macam mudah tetapi ianya tidak semudah seperti menyebut perkataannya.. Siapa yang nak berceraikan.. Kalau boleh, nak hubungan perkahwinan tu bahagia hingga ke syurga.. Tapi, siapa yang tahu nasib sesebuah ikatan perkahwinan tu kan.. Kalau bernasib baik dan betul caranya, kita akan kecap bahagia itu dan jika tidak sebaliknyalah kejadiannya..

Hak-Hak Wanita Selepas Penceraian. Isteri Wajib Tahu!
Read More

Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat 5 Bilik Tidur 4 Bilik Air (5221 kps) Menjadi Idaman

No comments
Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat 5 Bilik Tidur 4 Bilik Air (5221 kps) Menjadi Idaman  |  Walaupun dah memiliki rumah sendiri, namun aku masih bercita-cita untuk membina rumah diatas tanah sendiri.. Setiap orang pun rasanya teringin nak ada rumah atas tanah sendiri.. Barulah ada privasi sikit kan.. Sekarang ni aku duduk rumah teres yang cuma ada tingkap depan dan belakang sahaja.. Kalau ada rumah sebuah atas tanah sendiri, barulah boleh bernafas dengan selesa.. Mane tak nya, tingkap disana sini.. Haha!! Dalam banyak-banyak pelan rumah aku tengok, aku suka design pelan rumah banglo ni.. Amek ko, umah banglo terus jadi idaman aku.. Haha!! Berangan dulu tak salah kan? Hiks.. Jom tengok pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air yang menjadi idaman aku.. 

Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat 5 Bilik Tidur 4 Bilik Air (5221 kps) Menjadi Idaman
Read More

Hotel Kea Garden Penginapan di Cameron Highland Yang Dikelilingi Pemandangan Ladang Yang Indah

Monday, March 30, 2020

No comments
Hotel Kea Garden Penginapan di Cameron Highland Yang Dikelilingi Pemandangan Ladang Yang Indah | Lama gile rasanya tak ke Cameron Highland.. Last pergi masa bujang dulu.. Banyak lagi tempat yang tak dilawati kat sana sebenarnya.. Time-time camni, syok gile kalau dapat pergi bercuti di Cameron Highland sambil rehatkan badan dan minda dengan menikmati suasana yang nyaman dan menyegarkan.. Lagi best, dapat release stress dengan pemandangan indah kat sana.. Serius tenang weh!! Next kalau pergi sana, aku teringin sangat nak stay kat Hotel Kea Garden sebabnya hotel ni cantik sangat dikelilingi dengan taman bunga yang indah.. Kalau bergambar gerenti chantekk ni !!

Hotel Kea Garden Penginapan di Cameron Highland Yang Dikelilingi Pemandangan Ladang Yang Indah

Read More

Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung

Friday, March 27, 2020

3 comments
Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung  |  Bulan lepas aku tersalah beli syampu.. Bukan tersalah sebenarnya tetapi lebih kepada mengada-ngada nak tukar syampu lain.. Akibatnya, rambut jadi kejung dan susah nak urus.. Amek ko gedik sangat kan.. Haha!! Dah jadi gitu, pergilah cari balik syampu asal yang biasa pakai.. Aku memang pengguna setia syampu Safi Shayla.. Lagi pula apa yang bestnya Safi Shayla ni, ia mempunyai banyak variasi.. Itu yang bestnya.. Now, aku cuba pulak keluaran terbaru dari Safi Malaysia iaitu Safi Shayla Botanical Silk syampu terbaik untuk wanita bertudung macam aku ni.. Hehe..

Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung

Read More

Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang - Achey & Fad Bocey

Thursday, March 26, 2020

3 comments
Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang - Achey & Fad Bocey  |  Assalamualaikum wbt.. Lama betul tinggalkan blog kesayangan ni.. Rindu gila nak menaip kembali disini.. Sesambil aku blogwalking, sesambil aku dengar lagu single terbaru dari Achey dan Fad Bocey iaitu 'Kita Baik Ramai Sayang'.. Sayu je bila dengar lagu ni wak.. Hurmm.. 

Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang nyanyian Achey & Fad Bocey
credit : fb @Rosyaimi Amirul

Lagu ini dicipta oleh Ippo Hafiz, Achey dan Fad sendiri.. Ia dihasilkan selepas Allahyarham Abam Bocey kembali kepada Sang Penciptanya pada 10 Februari 2020 yang lalu.. Moh le kita dengar lagu ni ye... Aku suka!



Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang
Achey & Fad Bocey

***

[Fad]
Tak pernah dibayangkan
Kau akan kembali
Saat yang ditinggalkan
Hanya bertemankan air mata

Beribu mendoakan
Bintang pun turut menyaksikan
Saat kami merindukanmu
Damailah engkau di sana

[Achey]
Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat, engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti

Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana
Wahai sahabat yang kami sayangi
Yang kami cintai buat selamanya

Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti

Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana
Wahai sahabat yang kami sayangi
Yang kami cintai buat selamanya



Al-Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Abam Bocey...



Read More

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam

Wednesday, March 25, 2020

6 comments
Produk ecostore Berasaskan Tumbuhan Mesra Alam Sekitar  |  Banyak betul jenama produk penjagaan diri kat pasaran sekarang  ni kan.. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.. Tapinya, dalam excited dok pilih tu, kena hati-hati jugak takut-takut tersalah pilih produk yang mempunyai bahan kimia yang berbahaya.. Mau sopak kulit kalau pakai.. Hehe.. Dah kebetulan mandian dan shampoo aku habis baru ni, nak lah jugak bertukar ke produk penjagaan diri yang lain.. Now, aku cuba produk ecostore iaitu Jenama eco No.1 di New Zealand.. Bagus tau produk ni.. Jom aku cerita..

Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam
Read More

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Tuesday, March 24, 2020

5 comments
12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung  |  Holaaaa!! Hehe lama gile rasanya tak meluah rasa kat sini.. Rindu weh!! Kali ni nak membebel pasal homestay.... Hah, dah kenape pulak?

Hehe, aku plan nak bercuti kat Cameron Highland so aku riki-riki la tentang homestay terbaik kat sana yang mana best dan menarik..

12 Homestay Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Dah alang-alang aku dok survey tu, baiklah aku up terus kat sini.. Dapatlah jugak korang  buat panduan nanti.. Betul tak? Hiks.. Jadi, jom kite check 12 homestay terbaik di Cameron Highland yang menjadi pilihan para pengunjung bila bercuti di sana..

1. Cameron Muslim Apartment by Nurul

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Read More

Welcome to Philippines

Sunday, March 22, 2020

11 comments
Welcome to Philippines | Melancong bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Contohnya, kalau pergi luar negara, kena fikir flight, penginapan, makanan halal dan beberapa lagi faktor penting yang kena ambik tahu. Bukan boleh main redah je ye korang.. Macam percutian aku baru-baru ni ke Filipina. Banyak bende yang aku pelajari sepanjang percutian tersebut.. Biasalah, setiap percutian tu mesti ada benda baru yang kita dapat pelajari darinya terutamanya dari segi persiapan.. Kalau nak travel ni apa yang penting kene plan betul-betul dan persiapan tu nak kene cemerlang.. Haa.. Tapi pada aku, untuk percutian aku kali ni semuanya baik-baik sahaja.. Hehe..

Welcome to Philippines
Read More

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Friday, March 20, 2020

3 comments
Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik | Bukan senang tau nak cari skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit kita kecualilah kulit kita ni jenis yang tak bermasalah dan boleh terima apa juga jenis skincare tanpa sebarang kesan.. Ada ke? Hehe.. Cam aku sendiri pun tak berani nak pakai sebarangan skincare sebabnya pernah tersalah pakai, habis berjerawat muka.. Lagi teruk muka jadi kering dan mengelupas.. Fuh, mimpi ngeri sangat!

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Read More

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer

6 comments
Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer  |  Rindunya nak ada baby kecil.. Hehe.. Tapi buat masa ni rehat dulu lah.. Haha!! Walaupun tak ada baby kecil, tapi anak-anak aku masih menyusu botol.. Jadi, aku sangat memerlukan device yang boleh panaskan susu dan sterilize feeding items... Nampak sangat aku malas nak buat secara manual kan.. Hiks.. Bukan apa, aku ni sangat sibuk.. Jadi, aku perlukan 'pembantu' untuk buat semua kerja itu dengan lebih mudah dan 'pembantu' yang aku maksudkan itu adalah Electronic Bottle & Baby Food Warmer dari Lunavie.. Serius, sangat membantu!!

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer

Read More

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health

Thursday, March 19, 2020

No comments
Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health |  Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan. 

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.  

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health

Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia  . Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif. 

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health


Mengenai Influenza

Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut.

Tanda-tanda dan Simptom Influenza

Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala . Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil. 

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health


Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim.

Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.    

Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health
Read More

3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash

Tuesday, March 10, 2020

5 comments
3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash | Sejak 1 Ogos 2017, terdapat kemaskini dari Bitcoin atau lebih dikenali sebagai hard fork. Perubahan ini membuat sesuatu yang radikal dengan memecahkan Bitcoin menjadi dua. Yang pertama ialah Bitcoin (BTC), sama seperti sebelumnya, dan yang kedua ialah Bitcoin Cash (BCH) yang merupakan pemisahan dari Bitcoin asal.

3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash

Walaupun Bitcoin Cash bukan satu-satunya hasil daripada perpecahan Bitcoin sebelumnya, kali ini ia mempunyai paling banyak kesan, dimana dengan cepat menjadi salah satu aset crypto terbaik dari segi permodalan pasaran.

Dengan nama yang sama, terdapat banyak kekeliruan dari aktivis Bitcoin sendiri untuk memahami perbezaan antara kedua-duanya. Berikut adalah perbandingan 3 perbezaan antara Bitcoin dan Bitcoin Cash dari kesan perubahan dalam sistem operasi.

Bayaran Transaksi

3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash

Terdapat banyak kritikan Bitcoin kerana kurang berjaya dalam memenuhi keperluan pasaran yang semakin meningkat, dengan meningkatkan kos setiap transaksi Bitcoin. Pada masa ini, BCH menawarkan kos transaksi purata yang lebih rendah berbanding dengan BTC. BCH mempunyai purata USD 0,0019 manakala BTC dengan USD 0,39. Baca artikel ini dari tradingindo mengenai pilihan binari.

Walaupun ini belum menjadi tanda aras, kerana BCH belum sepenuhnya diserap oleh pasaran dan tidak memiliki kandungan rangkaian yang sama seperti BTC. Mungkin pada masa hadapan, BCH akan meningkatkan kos transaksi, tetapi pada masa ini, BCH lebih tinggi daripada BTC berdasarkan kos per transaksi.

Kelajuan Transaksi

BCH boleh menampung lebih banyak urusniaga sekaligus, yang bermaksud bahawa setiap urusniaga dapat dilaksanakan secara langsung dalam satu blok tanpa menunggu beratur satu persatu. Walaupun kita perlu mempertimbangkan bahawa BCH tidak digunakan seperti BTC dan oleh itu, ia belum lagi mengalami ujian BTC yang tepat dari segi rangkaian yang lebih padat.

Walau bagaimanapun, kita masih boleh menyimpulkan bahawa BCH kini lebih awal dari segi kapasiti tinggi setiap blok berbanding dengan BTC. Penunjuk jelas bahawa urusniaga di BCH adalah lebih cepat sekarang.

Kuasa Komputasi

Jika kita bercakap mengenai kuasa hashrate atau pengkomputeran Bitcoin dan rangkaian Tunai Bitcoin, BTC lebih tinggi kali ini. Bitcoin Cash hashrate total, yang mewakili berapa banyak pelombong kuasa pengkomputeran digunakan untuk mengesahkan transaksi dan rangkaian selamat, hanya dalam bahagian kecil jika dibandingkan dengan Bitcoin. Hari ini, keseluruhan BTC mempunyai 100 exahash sementara BCH hanya mempunyai 2 exahash, atau hanya satu perlima daripada BTC.

Ini bermakna bahawa Bitcoin Cash lebih terdedah kepada "serangan 51%", jika sekiranya kumpulan mengawal 51% atau lebih daripada hashrate rangkaian, ada kemungkinan mereka boleh membalikkan transaksi atau tindakan lain yang boleh menjejaskan rangkaian dan membahayakan pemegang BCH.

Kesimpulannya

3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash

Buat masa ini, BCH telah berjaya mengalahkan BTC dari segi kecekapan blok transaksi, yang bermaksud kos transaksi yang lebih rendah dan juga lebih murah. Walaupun BTC mempunyai lebih banyak adopsi yang boleh digunakan. Kemudian rangkaian Bitcoin jauh lebih selamat kerana hasrat yang ada pada pelombong. Belum lagi Bitcoin ketika dilihat sekarang lebih tinggi dalam nilai dan termasuk dalam aset terbaik dalam dekad ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan perbandingan dari kedua-dua mata wang kripto ini boleh dipantau 
seiring perkembangan dan berapa lama mereka berada di pasaran. Sangat mungkin jika BCH menjadi lebih popular, ia akan menghadapi masalah seperti BTC yang kini mempunyai biaya transaksi yang lebih tinggi. Ataupun pelombong yang akan berpindah ke BCH jika harganya dapat naik seiring dengan peningkatan popularitinya.

Jadi buat masa sekarang, tidak ada kesimpulan tentang siapa yang lebih baik. Di masa depan, sangat mungkin jika kedua-dua Bitcoin dan Bitcoin Cash memainkan peranan masing-masing, dengan Bitcoin lebih sebagai emas digital, sementara Bitcoin Cash sebagai wang tunai digital, atau sebagai cara pembayaran yang lebih praktikal.

Kita harus menunggu bagaimana kedua-dua mata wang digital ini dapat menyelesaikan masalah masyarakat dalam sistem pembayaran antarabangsa digital secara praktikal. Jika kita bandingkan, kedua-duanya mempunyai kelebihan berbanding kaedah pembayaran konvensional seperti pemindahan bank atau kad kredit. Bitcoin yang semakin popular dan diterima oleh kedai dalam talian seperti Amazon, menandakan kebangkitan Bitcoin dan Bitcoin Cash untuk digunakan secara global di seluruh dunia.




Read More

Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru

Thursday, March 5, 2020

2 comments
Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru  |  Hari rabu yang lalu aku berkesempatan singgah Big Bad Wolf Book Sale kat Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang.. Serius tahun ni meriah gile.. Lebih banyak buku berbanding tahun lepas sampaikan aku rambang mata nak grab yang mane.. Sangatlah rugi kalau tak pergi jualan buku Big Bad Wolf tahun ni.. 

Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru

Read More