Hotel Kea Garden Penginapan di Cameron Highland Yang Dikelilingi Pemandangan Ladang Yang Indah | Lama gile rasanya tak ke Cameron Highland.. Last pergi masa bujang dulu.. Banyak lagi tempat yang tak dilawati kat sana sebenarnya.. Time-time camni, syok gile kalau dapat pergi bercuti di Cameron Highland sambil rehatkan badan dan minda dengan menikmati suasana yang nyaman dan menyegarkan.. Lagi best, dapat release stress dengan pemandangan indah kat sana.. Serius tenang weh!! Next kalau pergi sana, aku teringin sangat nak stay kat Hotel Kea Garden sebabnya hotel ni cantik sangat dikelilingi dengan taman bunga yang indah.. Kalau bergambar gerenti chantekk ni !!
Ada yang dah plan ke nak bercuti ke Cameron highland di musim akan datang ni? Haa kalau ada, apa kata korang cuba menginap di Hotel Kae Garden ni.. Mesti korang dapat pengalaman yang berbeza kat sini memandangkan tempat penginapannya sangat menarik dan lokasinya pun stategik..
Serius weh cantik gile hotel ni.. Tengok gambar sahaja pun dah mengujakan hati aku ni... Penuh dengan bunga-bungaan di sana sini. Pelbagai warna dan pelbagai jenis pulak tu. Reka bentuk bangunan pun cantik sangat. Macam dalam filem pun ada.. Hehe..
Bukan tu aje, siap ada air terjun warna warni lagi tu!! Confirm lawa gile time malam ni kan... Nak selfie pun bersemangat jadinya.. hehe.. Bangku-bangku untuk berehat pun disediakan... Bolehlah lepak-lepak menikmati keindahan tempat kejadian sambil perhatikan anak-anak bermain dalam taman.. Teruja sangat!!
Kat sini ada 2 jenis penginapan yang ditawarkan iaitu bilik jenis deluxe twin, deluxe king, deluxe queen, family room, suite junior dan suite deluxe. Ikut keselesaan dan kesesuaian pengunjung.. Kalau datang dengan family bolehlah ambil family room dan kalau ada yang datang secara solo, ambillah bilik yang lebih sesuai.. Eh, tapi kalau yang secara solo nak dok bilik besar pun tak salah.. Ikut bajet masing-masing.. Hehe.. Kalau aku datang nanti, ofkos la dengan family kan.. So, amek la bilik yang selesa sikit untuk family.. Tazabarrrr!! Hiks..
Dengar kata lokasi hotel ni pun sangat best dan stategik tau. Terletak di hujung pasar Kea Farm yang popular tu. So tak perlu nak pening kepala pikir tentang parking. Keluar dari kawasan hotel dah boleh shopping sayur, buah, sourvenir semua tu. Ladang strawberry pula hanya bersebelahan hotel. Perghhh memang terbahekk la!!
Semakin tak sabar rasanya nak bercuti di Hotel Kea Garden ni.. Tengok gambar sahaja dah rasa teruja sangat.. Dah masuk list untuk percutian akan datang.. Korang yang nak bercuti di Cameron Highland nanti, bolehlah cuti menginap di sini.. Sama-sama mencipta pengalaman yang indah disana.. Cewaahh!!
Kea Farm,
39100 Cameron Highlands, Pahang
Harga : RM 140 - RM197
No comments
Post a Comment