Face Mask 3 Ply Yang Paling Bagus

Monday, April 20, 2020

Face Mask 3 Ply Yang Paling Bagus  |  Musim-musim covid ni, memang ramai yang mencari Face Mask untuk bantu protect diri dari dijangkiti walaupun taklah 100% terhindar tetapi sekurang-kurangnya ia membantu dan yang paling penting kena jaga kebersihan diri dan amalkan langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya.. Face Mask ni memang Jualannya laku keras sekarang ni terutamanya Face Mask 3 Ply.. Yang jenis ni memang bagus.. Protection pun lebih tinggi.. Ada masa-masa, memang susah sangat nak dapat disebabkan kehabisan stok.. Begitulah juga dengan hand sanitizer... Alhamdulillah setakat ni aku belum putus lagi bekalannya.. Ramai yang membantu.. Syukur ya Allah.. Terima kasih pada yang membantu juga..

Face Mask 3 Ply Yang Paling Bagus


Face Mask 3 Ply Yang Paling Bagus Untuk Aku

Tajuk kena power.. Haha.. Sebenarnya aku cuma nak bercerita face mask yang aku suka guna.. Pada awal kemunculan covid dulu, firstime guna face mask ni memang tak selesa gila.. Lemas sangat-sangat rasa.. Dengan rimas lagi.. Nak bernafas pun rasa susah.. Huhu.. Cuba bayangkan mereka yang bekerja di hospital pendek kata frontliners lah yang terpaksa memakai Personal Protective Equipment (PPE) selama berjam-jam atau sehari suntuk.. Macam mana keadaan mereka.. Rimas, lemas, panas semua ada... Kesiannya mereka.. Moga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi situasi sebegini dan dilindungi olehNya juga.. 

Face Mask 3 Ply Yang Paling Bagus

Ok, Face Mask 3 Ply ni ada 2 jenis.. Satu bertali ikat dan satu lagi bertali sangkut kat telinga.. Mula-mula dulu kemain aku merungut bila kena pakai yang bertali ikat... Rasa susah la kene ikat bagai.. Aku rasa cam lagi best pakai mask yang sangkut kat telinga tu.. Itu pun tengok orang pakai la.. Macam lebih selesa.. hehe.. Bila dah cuba yang jenis sangkut kat telinga, hah amek ko.. Longgar.. Kepala/muka aku kecik kah? atau ukut lilit tali tu terlalu besar? Haha... Lastnya aku lebih prefer untuk guna yang bertali ikat... Lebih bagus untuk aku.. Boleh laras sendiri nak kemas atau longgar.. 

Face Mask 3 Ply Yang Paling Bagus
Add caption

Now, amat susah nak cari face mask yang bertali ikat.. Kebanyakannya yang dijual di farmasi atau online, semuanya yang jenis sangkut kat telinga... Kualiti pun tak sama dengan yang keluaran mula-mula covid dulu.. Kalau yang mula-mula covid dulu, aku dapat face mask yang besinya membentuk pada hidung.. Sekarang ni, agak longgar dan besinya tak membentuk hidung.. So, bila pakai dia terangkat.. Tak selesa sangat.. Tapi lebih better yang bertali ikat.. Menten boleh ikut keselesaan sendiri.. 

Tentang kualiti ni, mungkin dikurangkan kos pembuatannya untuk pengeluaran yang banyak dan boleh dijual pada harga yang berpatutan tak seperti awal dulu harga memang tahap meninggal.. Ada yang mencecah seratus lebih sekotak.. Now, harga lebih terkawal.. Alhamdulillah.. Cumanya yang bertali ikat rasanya memang dah tak de dijual.. Atau ada, tapi tak banyak.. Setakat ni aku tak jumpa lagi kat mana ada jual yang bertali ikat.. Harapnya, bekalan aku mencukupi.. Huhu..

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersambung Lagi?

Face Mask 3 Ply Yang Paling Bagus

Seperti yang kita tahu, PKP telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita bersambung lagi pada 15hb hingga 28hb April 2020.. Adakah ianya akan bersambung sekali lagi? Moga kita istiqamah dengan apa yang seharusnya kita buat.. Duduk Rumah... Stay At Home...!! Itu yang Perdana Menteri kita harapkan dari rakyatnya malah mereka di barisan hadapan juga mengharapkan bende yang sama dari kita.. So, janganlah kita pentingkan diri sendiri.. Fikirlah keselamatan orang lain juga ya.. Just Stay At Home!!

Face Mask 3 Ply Yang Paling Bagus

Macam aku perlu keluar bekerja juga.. Mengikut jadual yang ditetapkan.. Ada masa bekerja dari rumah dan ada masa perlu ke pejabat... Moga aku dan keluarga dilindungi olehNya dan terhindar dari virus Covid ni.. Korang juga aku doakan selamat semuanya.. Moga Covid-19 ni serta merta berakhir dan PKP tak perlu disambung lagi.. Insyaallah Amin YRA...


4 comments:

  1. Yang ikat belakang tu mudah untuk wanita bertudung kat Lea..senang nak guna..yang sangkut ditelinga tu ok juga.

    ReplyDelete
  2. nasib baik dah simpan buat stok awal2 even sblm start these corona virus spread lg since im very allergic to dust and mmg selalu pakai mask.

    ReplyDelete
  3. senang pakai yang ikat dari sangkut.. hehehe..
    Stay safe Lea..

    ReplyDelete
  4. Akak selesa pakai yang ikat/bertali. Senang nak adjust dengan muka dan tudung.

    ReplyDelete