Rendang Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah! | 1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.
Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang
Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang.
Rendang Bagi Yang Baru Mencuba
Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan?
Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim.
Bagi membantu anda menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skill anda membuat rendang. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik.
Bagi kami, sudah pastilah kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020.
Rendang Daging
Tempoh memasak : 2 jam
Hidangan : 8
Bahan-bahan :-
Rempah
- 3 bunga cengkih
- 3 bunga lawang
- 3 buah pelaga
- 2 asam jawa
- 5 daun limau purut dihiris halus
- 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
- 1 batang kayu manis
- 1 sudu besar gula melaka secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 2.5cm lengkuas, dihiris
- 3 batang serai, akar sahaja, dihiris
- 7 ulas bawang putih, dihiris
- 6 bawang merah, dihiris
- 2.5cm halia, dihiris
- 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris
- 1kg daging lembu, dipotong kiub
- 1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
- Minyak untuk menggoreng
- 1 cawan air
Pes (kisar halus)
- Kisar bahan pes menggunakan blender.
- Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
- Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
- Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
- Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.
- Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
- Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
- Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.
Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!
Sedap nengok rendang tu kann...Sis dah pun mencubanya, nanti nak masuk contest tu...so apa rahsia rendang anda?
ReplyDeletetgh PKP ni x tahu laa boleh beraya kat kampong ke x... 😅 Nampak sedap rendang tu...
ReplyDeleteSenang resepi yang Lea kongsikan.. Cukup bahan, boleh cuba nie..
ReplyDeleteTeringat Raya bila nampak rendang.
ReplyDeleteFiza masak rendang guna santan kotak ayam brand ni. tak cari brand lain. Aduhaii sedapnya rendang. Mujur baru masak 2 hari lepas
ReplyDeletetahun ni mcm banyak pula contest masak2... dah 3 saya jumpa..hehe..rasa macam nak join je
ReplyDelete