Resepi Onde-Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

Saturday, April 25, 2020

Resepi Onde-Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa |  Hari ni terlebih rajin jadi terjadilah kejadian onde-onde versi Lea Azleeya.. Ahakz.. Dah lama nak buat tapi tertangguh-tangguh.. Hari ni baru hati terbuka seluasnya untuk melunaskan niat yang tertunda itu..Cewahh.. Haha.. Ini cubaan yang pertama aku sebenarnya.. Alhamdulillah kejadiannya ternyata menjadi walaupun menggunakan nisan kerek yang keras dok dalam peti ais.. Haha!! Jom lah check resipinya.. 

Resepi Onde-Onde Sedap


Resepi Onde-Onde Sedap

Bahan-Bahan :- 
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air suam (Ikut keperluan)
  • 1 keping gula nisan/gula melaka (potong kecil)
  • 2 cawan kelapa parut
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
  • Pewarna kegemaran

Cara-Cara :-
  • Satukan tepung pulut dan tepung gandum. 
  • Masukkan air sedikit demi sedikit. (air dicampur dengan sedikit garam)
  • Masukkan sedikit pewarna dan uli hingga licin dan tak melekat kat tangan
  • Cubit doh sebesar guli, leperkan masukkan potongan gula melaka tadi.. Tutup kemas dengan doh, gentel bulat.
  • Didihkan air masukkan daun pandan.
  • Rebus bebola doh hingga masak, guna api sederhana sahaja.
  • Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Biarkan sejuk seketika. Kemudian toskan. 
  • Salut dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.

Selamat berbuka puasa..!!



2 comments:

  1. Mudahnya nk buat onde-onde niii rupernyaa

    ReplyDelete
  2. nak buat lah ptg ni tapi nak dptkan kelapa parut lak susah

    ReplyDelete