Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih

Friday, May 7, 2021

Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih  |  Hari ni agak keletihan.. Balik kerja agak lambat sikit hari ini siapkan kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.. Balik dah rasa keletihan yang amat bercampur dengan letih semalam yang masih belum hilang.. Huhu.. Sampai rumah cepat-cepat mandi dan terus ke dapur untuk siapkan menu berbuka.. Rasa tumpul dah idea nak memasak hari ini.. Untuk meringkaskan menu dan masa yang ada pun sangat terhad, jadinya aku masak sayur kacang panjang masak lemak dan goreng ikan jerk.. Untuk menyedapkan lagi mulut ni masa berbuka, aku buatkan sambal tumis ketagih.. Kenapa ketagih? Haaa memang ketagih bila makan sambal ni.. Haha.. Itu aku la.. Mesti nak ada sokmo.. Hiks..

Resepi Sambal Tumis Ketagih

Jom check resepi yang teramat mudah nak buat ni.. Tu belum isi ikan bilis lagi.. Kalau isi ikan bilis lagik sedap sambal tumis ni.. Next aku akan isi ikan bilis lak.. Hehe..

Resepi Sambal Tumis Ketagih 

Bahan-bahan :-
  • 6-8 biji Cili Padi
  • 1-2 biji Lada Besar
  • 2-3 biji Tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan
Cara-cara :-

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Goreng semua bahan-bahan tadi dengan minyak yang banyak sampai layu.

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Kemudian blend bersama garam, gula dan serbuk perasa..

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Siap blend, tumis seketika hingga naik minyak

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Nak rasa lebih meletop, sebelum makan perah limau sedikit..

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa..


7 comments:

  1. Wahhhh. Sedap..

    Jemput join segmen ejulz

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...ini yang buat makan bertambah ni 😊

    ReplyDelete
  3. Sambal macam nie memang sedap dimakan semasa sahur.. membangkitkan selera makan..

    ReplyDelete
  4. Sambal ni memang ketagih. Fiza dah siap-siap buat stok dah.

    ReplyDelete
  5. nanti nak pinjam resepi..hehe

    ReplyDelete
  6. Tetiba teringin nk buat. Yg lain nye tu ada masuk tomato dan guna cili dan lada hidup. Mmg sedap ni... tkasih share resepi. nnti share lg hihi

    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete