Ramadhan 2 - Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Meletop!

Saturday, April 25, 2020

Ramadhan 2 - Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Meletop!  |  Puasa ke-2 adalah hari sabtu.. Hari sabtu adalah hari aku bercuti.. Jadi, bolehlah plan menu untuk berbuka tu lebih teratur berbanding hari bekerja.. Dari pagi dah plan nak masak ape dan buat ape.. Sebenarnya kan, jadi suri rumah ni lebih penat berbanding kerja di pejabat.. Siapa setuju? hehe.. Apa-apa pun, tugas sebagai suri rumah tu tetap kena buat walaupun tak sepenuhnya.. Menu apa pula untuk hari ini? 

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Meletop!

Ok, untuk hari kedua berpuasa ni, aku teringin nak makan udang.. So, fikir punya fikir, aku decide buat Udang Masak Lemak Cili Api tarok kacang panjang.. Biasa kalau udang ni aku buat masak sambal jerk.. Malas nak menggulai bagai.. Tapi kali ni datang angin rajin sikit kan so boleh la masak lemak.. Musim PKP ni memang banyak bawak perubahan pada aku yang agak malas nak masak sebelum ni, jadi terlebih rajin pulak.. Walaupun kadang tu penat sangat rasa.. Haha..

Bila dah terlebih rajin ni, kueh pun aku buat.. Untuk hari ini, encik suami request nak makan kueh kegemaran dia.. Kueh onde-onde.. Kite layan jerk la.. huhu.. Tak nak bebel panjang lebar.. Jom aku share resepi Udang Masak Lemak Cili Api Meletop aku ni.. Hehe.. Untuk resepi onde-onde, aku share next entry yah..!!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Meletop!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Meletop!

Bahan-bahan :-
  • 1/2 kilo udang 
  • 5 batang kacang panjang - potong sepanjang 3cm
  • 2 helai daun kunyit - carikkan 
  • 2 batang serai - dititik 
  • 1 kotak santan 
  • 1-2 keping asam gelugor
  • Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus :- 
  • 8-10 biji cili padi
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 6-8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (optional)

Cara Masak :-
  • Bersihkan udang dan potong janggutnya.
  • Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, udang dan serai yang dititik tadi.
  • Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan kacang panjang. 
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula secukup rasa.
  • Apabila kuah mendidih dan kacang panjang tadi masak lembut, terus tutup apinya.

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. sluprr...nk masak udang masak lemak jgklah ptg ni...letak kacang panajg ek..

    ReplyDelete