Nota by Shaz Johar | Lama gila rasanya tak review novel di platform aku ni.. Itu bermakna lama dah aku tinggalkan dunia membaca aku dek kerana kekangan masa yang kronik.. Now, time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni di mana kena bekerja dari rumah, membolehkan aku meluangkan masa untuk membaca buku setelah kerja yang diarahkan selesai.. Sungguhpun begitu, bukanlah sepanjang PKP aku bekerja dari rumah sebaliknya bila tiba giliran aku bekerja, aku tetap kena bertugas di pejabat.. Mengikut jadual yang dikeluarkan.. Aku baru sahaja selesai habiskan sebuah novel yang berjudul Nota hasil tangan novelis Shaz Johar ni..
Sebenarnya baru beberapa hari aje novel ni sampai.. Baru beli ceritanya.. Haha.. Dok rumah kebosanan, jadi aku mula balik hobi membaca aku.. Novel pilihan aku haruslah keluaran Fixi.. Kenapa aku pilih cerita Nota ni? Sebelum beli selidik dulu best ke tak kat Goodreads.. Bila tengok review banyak yang bagi 4 bintang dengan komen yang menarik, baru lulus untuk aku beli dan baca.. Baru rasa berbaloi beli.. Hiks..
Tengok cover dia pun dah rasa teruja nak tau ceritanya.. Apatah lagi baca review pembaca lain kan.. Ini adalah novel pertama aku baca dari penulis Shah Johar ni.. Nota ni adalah buku Shaz Johar yang keenam sebenarnya selepas Kougar, Tabu, Mental, Cerpen Shaz Johar dan Sanctuaria.. Semua bukunya adalah keluaran Fixi..
Tajuk : Nota
Penulis : Shaz Johar
Muka Surat : 299
Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd
Tahun Terbitan : Jun 2015
Sinopsis Nota
"OK, Siapa dalam dunia ni yang percaya cakap orang gila?" - Rekha
Dalam menghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup seorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba di tempat kejadian, wanita itu didapati sedang memegang tukul besi manakala baju dan mukanya berlumuran darah. Darah terpercik hingga ke siling. DNA mangsa ada di mana-mana tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca nota itu hingga sampai ke penghujung.
Review Nota
Wahh fikiran kene kuat, otak kene ligat, mental kene ketat baca buku Nota ni.. Mulanya agak biasa-biasa untuk aku faham jalan ceritanya.. Lama kelamaan makin complicated ceritanya.. Plot dia melompat-lompat.. Kejap kisah penulis, sekejap kisah kakak yang dikatakan gila tu..
Owh ya, novel ni mengisahkan seorang penulis novel yang tak berapa nak berjaya mencuba nasib untuk mencari cerita yang lebih mindfuck katanya untuk dibukukan.. Kisah benar yang di fiksyen kan.. Haa gitu la lebih kurang.. Dia tak nak menulis cerita atas rekaan semata sebabnya dia dah ada pengalaman untuk novel pertamanya yang tak laku.. So dia cari kisah benar yang boleh memberi kejayaan dalam dunia penulisannya.. Kisah yang menarik minatnya adalah kisah seorang perempuan yang dipercayai telah membunuh penculik anaknya dimana kesnya ditutup begitu sahaja.. Dia jejak seorang demi seorang yang terlibat dengan kes ini untuk mendapatkan cerita sebenar.. Sehinggalah dia dapat bersua dengan kakak yang dikatakan membunuh penculik anaknya.. Bermula dari situlah setiap kali berjumpa kakak tu, dia akan mendapat satu nota untuk kisah kakak tu.. Gitulah lebih kurang.. Tapi asalnya dia nak tulis kisah pedo yang berkait jugak dengan kes ni iaitu kisah penculik anaknya itu.. hehe
Novel Nota ni kalau tak dibaca dengan teliti, agak mengelirukan sebabnya sekejap dia cite kisah hidup penulis dan sekejap dia tulis kisah kakak tu.. Novel ni dah betul, cuma yang membaca tu kena faham konsep yang nak disampaikan oleh penulis novel ni.. Faham ke idok aku cakap? Hehe.. Kang korang gile sebelum baca novel nota ni disebabkan baca tulisan aku ni.. Haha!!
Perlu dingat, kat cover novel ni dah tertulis "Untuk Permbaca Matang".. Maksudnya untuk bacaan orang dewasa sahaja.. So, korang yang rasa umur tu belum cukup dewasa, tolong jangan gedik abadi nak baca ye.. Tak sesuai untuk pembacaan korang..
Serius aku cakap, novel ni mampu buat aku jadi gila.. Haha.. Cerita dia memang best.. Setiap plot ada je bende menarik yang nak disampaikan.. Bercampur jugak dengan hubungan cinta, bukan sekadar cerita pembunuhan semata... Jalan cerita yang menarik bagi aku.. Namun, diakhir cerita, nampaknya ada sambungannya.. Itu bermakna, novel ni tergantung ending dia.. Apapun Nota ni, best! Tak sia-sia aku beli..
Rating & Cadangan
Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟
4 bintang aku bagi untuk novel Nota ni.. Aku suka jalan cerita dia.. Penceritaannya walaupun melompat-lompat dari satu plot ke satu plot yang lain, tapi aku faham konsep yang penulis terapkan dalam Nota ni.... Cuma masa baca kene fokus dan tau cerita tu mula dari mana dan kemana arah tujunya.. Haaa.. Jangan sampai jadi gila sama cam jalan cerita tu udah la ye.. Haha..
Aku cuma ambil masa 2 hari je nak habiskan novel ni.. Serius aku teruja nak tau jalan cerita seterusnya dan sampai habis.. Dah start baca memang dah tak boleh lepas.. Nak jugak baca sampai habis sampai tahu kesudahannya...
Apa-apa pun, tahniah buat penulis kerana menghasilkan karya yang agak berbeza dari yang pernah aku baca sebelum ni.. Walaupun aku hampir gila untuk menghabiskannya.. Haha.. Next, harap penulis dapat hasilkan lagi novel yang bagus dari Nota ini.. Baru extra 'mindfuck' kan.. Haha.. Aku dah gila!! Haha.. Tak sabar nak habiskan Nota 2 pulak ni.. Nanti aku review lagi.. Hiks..
saffaa pernah baca juga novel nota ni, haah cerita dia memang pusing-pusing..dah la awal2 tu saffaa just baca nota tu je, sebab tak sabar sangat nak tahu apa jadi sebenarnya last2 hmm sendiri pening hahahah
ReplyDelete