Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang | Assalamualaikum.. Hi korang... Jumaat baru ni aku dah start kerja macam biasa balik.. Nak ambil mood kerja balik tu makan masa sikit sebabnya sekarang ni dah kena ubah norma kebiasaan kepada norma baru kehidupan.. Moga segalanya dipermudahkan.. Insyaallah.. Semalam adalah hari paling kritikal bagi aku sampaikan balik kerja tu dah tak larat nak masak.. Haha.. So, hari ini adalah hari cuti, bolehlah kembali memasak seperti biasa.. Hari ni menu berbuka agak simple dengan dua menu sahaja iaitu Masak Lemak Pucuk Paku Udang dan aku goreng ikan Aya..
Al-kisahnya, tengahari semalam aku ada la pergi ke Jaya Gading untuk beli sedikit barang keperluan.. Kebetulan ada adik tu bukak meja jual pucuk paku kat tepi jalan tu.. Lama dah teringinnya nak makan pucuk paku ni.. Cuma agak susah nak jumpa orang jual.. Takan nak pergi pasar semata-mata cari pucuk paku.. Tak berbaloi pulak.. Dah kebetulan ada depan mata, terus je berhenti dan beli 2 ikat..
Nak dijadikan cerita, selepas je aku beli pucuk paku dengan adik tu dan ke kereta aku lihat semua pucuk paku yang banyak bertimbun tadi dah licin atas meja.. Eh! cepatnya habis.. Ajaib.. Pastu aku tengok ada kenderaan Penguatkuasa depan meja dorang.. Oh! patutla.. Dorang bergegas-gegas simpan dan angkat meja.. Takut disaman.. Alahai, kesiannya.. Nasib baiklah aku sempat beli.. Dapatlah merasa Masak Lemak Pucuk Paku Udang ni.. Hehe.. Moga urusan adik tadi dipermudahkan.. Moh le aku share resepi Masak Lemak Pucuk Paku bersama Udang...
Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang
Bahan-bahan :-
- 1/2 kilo udang (kalau ada udang galah lagi best.. hehe)
- 1 ikat pucuk paku (kalau sikit guna 2 ikat)
- 1 susu kecil garam
- Sedikit serbuk perasa
- Sedikit serbuk kunyit (untuk tambah warna sahaja)
- 1 kotak santan (campur dengan air)
Bahan kisar :-
- 2 biji lada merah (aku guna satu je sebab lada besar gedabak)
- 6 biji cili padi (5 biji hijau dan sebiji merah) - ikut kepedasan masing-masing
- 3 ulas bawang merah
- 2 inci kunyit hidup
- Masukkan minyak ke dalam periuk.. Tumis bahan kisar dan sedikit serbuk kunyit sehingga masak..
- Next, masukkan santan, air secukupnya dan udang.. Sentiasa kacau supaya santan tidak naik minyak.
- Setelah mendidih, masukkan pucuk paku, garam dan serbuk perasa..
- Masak seketika dan bolehlah ditutup api..
Memang mudah gile masak resepi ni.. Rasa pun sedap.. Tapinya masak pucuk paku tu jangan terlebih sangat ye.. Kalau lembik sangat dah tak sedap.. Selamat mencuba Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang yang mudah lagi sedap ni....!
Sedapnya.. Kalau buat ini memang makan bertambah..
ReplyDeleteCantiknya blog lea.. baru tukar ye..
Sedapnya menu ni lea. lamanya tak makan pucuk paku. susahnya nak dapat pucuk paku.
ReplyDeleteyeaa baru makan beberapa hari yang lalu. udang memang ngam masak lemak cili api dengan pucuk paku =)
ReplyDeletewah sedapnya siap letak udang
ReplyDelete