Review Novel | Salafi by Shaz Johar

Monday, June 29, 2020

Salafi by Shaz Johar  |  Hidup ni kalau terlalu dikongkong dan mengongkong tak boleh jugak.. Akibatnya binasa badan andai perbuatan tu tak mampu diterima dan menerima.. Nak menjaga ada caranya.. Bukan sesedap rasa jerk.. Huh bebel ape la gamaknya aku ni kan.. Keadaan ini ada hubung kaitnya dengan novel Salafi tulisan Shaz Johar ni.. Best ke novel ni?


Salafi merupakan novel ke-6 yang aku baca hasil karya dari novelis Shaz Johar.. Bermula dengan novel Nota, aku terus terpaut dengan hasil tulisannya.. Lepas satu, satu aku cari novel penulis ini.. Now, aku hadam pulak kisah Salafi.. Kisah yang mungkin boleh dijadikan teladan buat kita walaupun ini adalah cerita rekaan semata namun terdapat banyak pengajaran didalamnya.. Jom ikut aku kupas.. Cewahhh!!



Tajuk : Salafi
Penulis : Shaz Johar
Muka Surat : 318
Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : Mac 2018



Sinopsis Salafi


Sewaktu aku memulas tombol pintu untuk keluar, suara abang terdengar lagi.

"Abang sanggup bunuh kau kalau kau conteng arang dalam keluarga kita. Simpan kata-kata aku ni dalam otak tu elok-elok."

Jantung berdegup kencang. Separuh otakku berkata yang aku tak perlu khuatir kerana abang takkan sanggup membunuh adiknya sendiri. Dia tidaklah sebodoh atau sekejam itu. Tapi separuh lagi meminta aku terus berfikir dan berwaspada. Melihat karekter abang, tak mustahil dia mampu lakukan semua itu.

Review Salafi


Salafi.. Apa itu Salafi?.. Korang mesti nak tahukan maksudnya.. Tapinya aku tak nak ulas tentang tu takut tersalah ulasan.. Hehe.. So, nak tahu carilah sendiri.. Haha!! Apa yang aku nak ulas adalah tentang  buku Salafi.. Jalan ceritanya sahaja.. Hiks.. 

Sebenarnya aku tak terduga langsung novel ni agak berat jalan ceritanya.. Kisah penderaan dan pembunuhan.. Aku ingat jalan ceritanya hanya biasa-biasa saja memandangkan startingnya agak ringan sahaja flow ceritanya.. 

Salafi mengisahkan seorang gadis kampung bernama Fatihah atau Farah yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.. Aku tak pasti sama ada gadis ini seorang yang cantik atau tidak sebabnya pada permulaan kisah menggambarkan dia seorang gadis yang biasa-biasa sahaja.. Tidak tahu berfesyen dan muslimah sejati bertudung labuh.. Bila dah dipertengahan sikit, lain pulak gambarannya yang seolah-olah dia seorang yang cantik.. Camno tu...? Eh, kesah pulak aku!! Haha..

Starting dia datang ke bandar untuk tolong jagakan kakak iparnya yang sakit.. Dah setel masalah kakak iparnya, dia terus je bekerja di bandar tu dengan keizinan abang dia.. Apa yang buat dia tertekan adalah sikap abang dia yang terlalu mengongkong.. Hidup dia ditentukan oleh abangnya tanpa boleh dibantah setiap keputusan yang dibuat..

Kisah semakin berat bila dapat tahu abang dia sebenarnya seorang yang baran dan kaki pukul.. Mangsanya adalah Fatihah dan isterinya sendiri.. Gile betul la.. Lagi menyiksakan bila Fatihah kenal dengan Brian dan bercinta.. Dapat tentangan oleh abangnya.. Dikatakannya pula Fatihah nak masuk kristian bila jumpa bible dalam bilik.. Padahal ada kisah disebaliknya.. Brian serius dengan Fatihah.. Ikhlas mendalami Islam.. 

Apa yang aku terkilan, abang dia ni bertopengkan agama.. Dilihat alim tetapi sebenarnya alim tu hanya untuk mengaburi mata orang sekeliling dengan sikap sebenarnya.. Siot jerk! Watak yang menghiburkan dalam novel ni adalah Kimk atau Qayyum.. Dia pondan yang sentiasa menghiburkan hati Fatihah dan sentiasa mendengar keluh kesah Fatihah.. Memahami Fatihah dan sentiasa ada bila Fatihah memerlukan bantuan...

Sampai satu tahap, kata-kata abangnya yang ingin membunuh Fatihah menjadi kenyataan.. Fatihah dibunuh tanpa belas kasihan dan dibakar.. Allahuakbar.. Korang nak tahu cerita detail, kenalah baca sendiri ye.. Takan aku nak cite semua sekali.. haha!! Tapi cite dia menarik la.. Tak mustahil dalam dunia ni ada yang bersikap seperti ini.. Mintak dijauhkan aku dari sikap seperti ini.. Amiin YRA..

Rating & Cadangan


Rating : ðŸŒŸ 🌟 🌟 ðŸŒŸ

Aku suka dengan kata-kata ni dalam novel Salafi...

"Orang memang selalu pelik dengan sesuatu yang mereka tak biasa lihat. Dia orang takut nak bertanya, tapi lebih senang mengata."

4 bintang untuk novel Salafi kerana berjaya membawa aku mengembara dalam dunia Fatihah yang sangat rumit untuk dilalui kerana hidup ditentukan oleh orang lain.. Bak kata kimk, kalau aku duduk di tempat Fatihah dah lama aku bunuh diri kerana tak sanggup hadapi tekanan demi tekanan yang dicipta oleh abangnya sendiri.. Seperti Fatihah yang beberapa kali cuba membunuh diri tetapi tidak berjaya..

Dah habis pun aku hadam novel ni.. Aku suka jalan ceritanya.. Tahniah buat penulis, Shaz Johar.. Moga akan datang dapat menghasilkan novel yang lebih owsem dan jalan cerita yang lain pula.. Sentiasa berbeza.. Itu yang best.. Next nak rembat Sumpah.. Novel Shaz Johar tahun 2020.. Insyaallah..



2 comments:

  1. Hello Kak Lea Azleeya :) awesome review! saya takut nak baca karya daripada shaz johar lagi sejak tak suka baca sanctuaria haha. tapi mungkin saya boleh cuba. saya baru berjinak dengan blog huhu. saya ada tulis review untuk fixi videotape, kalau sudi boleh lah baca ya. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Dah ada dalam senarai ebook.. tak sempat nak baca je.. hehehe..
    Best pula baca review Lea nie..

    ReplyDelete