Sensenique Natural Shampoo Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut dan Kulit Kepala Yang Sihat

Saturday, June 20, 2020

Sensenique Natural Shampoo Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut dan Kulit Kepala Yang Sihat | Holaaaa... Eh, dah lama tak bersiaran yek.. Hehe.. Kesibukan melanda sejak akhir-akhir ini.. Ini baru ada masa nak update blog dengan story panas yang tak sabar-sabar rasanya aku nak kongsikan dengan korang.. Hiks.. Apa agaknya story tu ye... Ok, kali ni aku nak share dengan korang syampu dan perapi yang baru saja aku guna iaitu Sensenique Natural yang bebas Betaine, Sulfate dan Silicone... Syampu ni memang diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat digunakan disamping dapat merawat rambut kita.. Itu yang best!

Sensenique Natural Shampoo Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut dan Kulit Kepala Yang Sihat

Set penjagaan rambut Sensenique Natural ni terdiri daripada syampu dan perapi.. Ianya 98% dihasilkan daripada bahan organik dan selamat digunakan.. Sensenique Natural ini TIADA betaine, sulfat, silikon, paraben, phthalates, warna sintetik, wangian sintetik, hars preservatives, lemak haiwan, SLS, SLES dan ALS... Produk ini juga tidak diuji keatas haiwan ye.. Itu yang bagusnya.. 

Sensenique Natural Shampoo


Syampu Sensenique Natural ni diperbuat daripada Jus Aloe Vera dan ekstrak tumbuhan semulajadi Minyak Argan.. Bau syampu ni best sangat sebabnya wangiannya terhasil dari minyak pati tulen, limau nipis dan daun pudina.. Sangat mengegarkan baunya.. Aku suka.. 

Siapa yang boleh guna syampu Sensenique Natural ni? Ok, sebenarnya syampu ni sesuai untuk semua jenis rambut terutamanya korang yang mengalami masalah rambut dan kulit kepala berminyak.. Syampu ni sangat sesuai untuk korang.. Lagi satu, yang suka sangat warna rambut, sangat recommend guna syampu ni sebabnya ia membantu melegakan keguguran rambut yang luar biasa.. Bagi peringkat umur pula, suitable for seisi keluarga, kanak-kanak 1 tahun ke atas dan juga warga tua..


Ok, syampu ni boleh digunakan setiap hari.. Jangan risau sebabnya ia sebatian premium, lembut dan tiada toksin.. So, selamat digunakan setiap hari.. Hehe..

Sensenique Natural Conditioner


Kalau dah ada syampu, kenalah ada perapi pulak kan.. Ok, perapi Sensenique Natural ni juga dihasilkan daripada bahan organik seperti ekstrak tumbuhan semulajadi minyak zaitun, minyak argan, minyak biji jojoba dan minyak biji macadamia.. Harumannya pula dari minyak pati tulen, halia, kulit oren, daun pudina dan daun limau nipis yang memberikan bau yang menyegarkan selepas penggunaannya..

Antara manfaat yang korang akan dapat daripada penggunaan perapi ini adalah perapinya ringan dan dapat melembutkan rambut serta merta.. Bukan itu saja tau, rambut pun jadi licin dan mudah diurus.. Serius best!! Perapi ini sangat disyorkan buat korang yang rambut berwarna dan sesuai untuk semua jenis rambut.. Seperti syampunya juga, perapi rambut ini boleh digunakan seisi keluarga, kanak-kanak 1 tahun ke atas dan warga tua..


Boleh digunakan setiap hari juga tau!

Jom bertukar kepada penjagaan rambut yang tidak mengandungi Betaina, Sulfat dan Silikon.


Apa yang uniknya dengan Sensenique Natural Shampoo ni, ia tidak mengeluarkan buih yang banyak seperti syampu yang biasa korang guna.. Sungguhpun begitu, tidak bermakna syampu ni tidak dapat membersihkan rambut korang dengan sempurna ye atau korang beranggapan perlu menggunakan lebih banyak syampu daripada biasa untuk mencuci rambut korang.. Tak perlu semua tu.. Apa yang perlu korang lakukan bila guna syampu ni adalah kena pastikan rambut benar-benar basah sebelum menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural ini..

Untuk menikmati pembersihan rambut yang berkesan, korang hanya perlu menambah air sahaja bukan menambahkan lebih banyak syampu seperti yang biasa korang lakukan.. Konsepnye disini adalah menggunakan kuantiti produk yang sedikit untuk memperoleh kesan pembersihan yang lebih baik.. Hah gittchewww!! Jimat uollsss...

Cara menggunakan set penjagaan rambut Sensenique Natural 


  • Pastikan rambut korang betul-betul basah sebelum menggunakan syampu ini.. Kalau rambut tak betul-betul basah, agak susah untuk menggunakan produk ni dan meratakannya pada rambut..
  • Gunakan lebih banyak air, bukan lebih banyak produk. Guna syampu dalam kuantiti sedikit sahaja. Kalau nak buih yang banyak, sila gunakan lebih banyak air, bukan produk.. Air akan membantu untuk mengaktifkan syampu dan memudahkannya diratakan ke seluruh rambut.. Itu uniknya syampu ni..
  • Kalau rambut jenis tebal dan kasar, syampu sebanyak 2 kali.. Untuk kali ke-2 tu, syampu akan lebih mudah berbuih dan rambut yang tebal atau kasar dapat dibersihkan dengan lebih mudah dan berkesan.
  • Bilas rambut dengan sempurna. Sebarang sisa syampu akan menjadikan rambut terasa berat.
  • Siap syampu, pakai perapi pula.. Guna jari jemari untuk meratakan perapi daripada bahagian tengah panjang rambut hingga ke hujungnya.. Kulit kepala tidak perlu disapu dengan perapi terutamanya jika rambut korang jenis halus dan berminyak. Dah rata, bilas dengan sempurna..




Syampu dan perapi Sensenique Natural ni didatangkan dalam pek pam dispenser yang terkunci.. Kalau nak buka, just pusingkan pam mengikut lawan arah jam.. Untuk menutup dan mengunci pam pula, hanya tekan pam sehingga ke bawah dan pusing mengikut arah jam sepenuhnya.. Ini bertujuan mengelakkan kebocoran dan amat sesuai untuk dibawa semasa travel..

Keadaan rambut selepas menggunakan Syampu Penjagaan Sensenique Natural



Ada lagi yang aku nak share dengan korang tentang syampu unik ni.. Banyak betul rahsia syampu ni kan.. Ok apa yang perlu korang tahu, syampu ni mengambil sedikit masa untuk mendapat keserasian dengannya.. Macam mana tu? Camni ye, kulit kepala korang mungkin akan mengambil masa seawal 2-3 minggu atau selewatnya 1-2 bulan untuk serasi dengan produk ini apabila korang bertukar kepada cara penjagaan rambut yang benar-benar semulajadi seperti Sensenique Natural ni..

Untuk permulaan penggunaannya, rambut mungkin terasa sedikit kering dan kasar.. Ini merupakan tempoh penyesuaian untuk syampu ini membantu rambut dinyahtoksik daripada semua saki-baki lapisan kimia.. Selepas tempoh penyesuaian ini, korang boleh lihat rambut korang lebih lebat dan teksturnya lebih seimbang.. Hasilnya, korang akan mendapat rambut dan kulit kepala yang lebih sihat..

Pengalaman Menggunakan Sensenique Natural Shampoo & Conditioner



Ok, aku baru je seminggu menggunakan syampu dan perapi Sensenique Natural ni.. Firstime pakai, memang rasa tak selesa gile sebab rambut jadi kering dan sedikit kasar.. Disebabkan telah dinyatakan ia adalah proses penyesuaian dengan produk dan untuk membuang segala bahan kimia yang ada pada rambut, jadi aku teruskan juga.. Almaklumlah, rambut aku ni memang dah rosak disebabkan kuat mewarna rambut satu ketika dulu.. Huhu..

Lepas seminggu ni, ok sikit rambut.. Tak de la rasa kering sangat lepas guna syampu ni.. Tambahan pula bila dah pakai perapi, rambut kembali lembut serta merta.. Haha.. Best gile.. Aku suka bau syampu dan perapi ni sebabnya harumannya sangat menyegarkan.. Lepas cuci rambut memang terasa kulit kepala sejuk dan segar... Best jerk bau rambut lepas cuci.. Hehe..

So, aku sangat recommended korang guna Sensenique Natural Shampoo ni.. Formulanya sangatlah lembut pada kulit kepala.. Nak guna setiap hari pun boleh takde masalah.. Untuk kesan yang lebih baik, sila guna secara konsisten ye.. Hiks..

Untuk info lanjut, korang boleh layari :-

💕 Website : https://senseniquenatural.com/
💕 Instagram : https://www.instagram.com/sensenique


1 comment:

  1. Bagus guna shampoo tak ada bahan kimia nie..
    sihat rambut..

    ReplyDelete