Inilah Antara 5 Kedai Bubble Tea Yang Popular di Malaysia - Jom Try!

Wednesday, August 5, 2020

Siapa sangka minuman teh dengan buh susu manis boleh menjadi satu fenomena di Malaysia. Masing-masing teringin nak mencuba dan sering juga menjadi rebutan penggemar teh manis di Malaysia. Akibatnya di sana sini sudah ada banyak pihak yang muncul dengan menu bubble tea masing-masing. Setiap bubble tea ini hadir dengan kelebihan masing-masing hinggakan para penggemar teh buih boleh membuat pilihan yang pelbagai untuk menikmatinya.

Kedai bubble tea ini, walaupun boleh dikatakan masih baru dengan Malaysia tetapi minuman ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran antarabangsa dunia. Sebelum hadir ke Malaysia, antara negara yang banyak memiliki menu bubble tea ini adalah seperti Taiwan dan juga Korea.

 Inilah Antara 5 Kedai Bubble Tea Yang Popular di Malaysia

Sebelum ini rakyat Malaysia memang sudah biasa dengan minuman teh tarik dan disebabkan itu, minuman Bubble Tea ini dengan mudah dapat melekat di hati para peminatnya. Ditambah pula dengan dekorasinya yang tampak menarik, membuatkan para penggemar suka untuk membeli dan bergambar dengannya. Hinggakan semuanya terjadi seperti sebuah trend yang sangat popular.

Sektor pelancongan yang semakin berkembang pesat di Asia Tenggara, turut menambahkan kegilaan ramai terhadap minuman teh buih ini. Pengaruh dari drama tontonan Asia membuatkan para penggemar drama tersebut ikut teruja untuk mencuba dan menikmati minuman bubble tea. Ia tidaklah suatu perkara yang buruk kerana secara tidak langsung sudah wujud sebuah komuniti peminat bubble tea yang tersendiri.

Dengan banyaknya kedai bubble tea yang sudah dibuka dan beroperasi di Malaysia. Di sini suka untuk dikongsikan antara lima kedia Bubble Tea yang agak popular di Malaysia ini. Antara lima kedai tersebut adalah :-
  • KOI The’ 
  • Tealive 
  • Cojiitii @ The Starling Mall 
  • Lohass 
  • Shake Shake


#5 - Shake Shake 

 Inilah Antara 5 Kedai Bubble Tea Yang Popular di Malaysia

Dengan logo seekor beruang yang menyerupai gerakan shaking seperti logo mereka, Shake Shake adalah kedai bubble tea yang sering dikunjungi pelanggan untuk selalu menggoyangkan teh bubble mereka! Bukan itu sahaja, rangkaian menu berwarna-warni mereka menggunakan bahan-bahan yang diimport secara langsung dari Taiwan untuk memastikan pengalaman menikmati teh buih yang terbaik untuk para pelanggan setia mereka.

#4 - Lohass

 Inilah Antara 5 Kedai Bubble Tea Yang Popular di Malaysia

Bermula dengan syarikat negara asal, LOHASS mengkhususkan menu minuman teh buah. Dengan hanya menggunakan buah-buahan segar dan susu dalam semua minumannya, LOHASS menawarkan pelbagai pilihan dan penyesuaian yang lebih sihat untuk memenuhi keperluan pelanggan.   Antara minuman popular mereka adalah Teh Hijau Bubble Passionfruit Strawberry. Jangan lupa untuk mengambil beberapa gambar semasa berada di premis mereka yang dihiasi indah!

#3 - Cojiitii @ The Starling Mall

 Inilah Antara 5 Kedai Bubble Tea Yang Popular di Malaysia

Cojiitii adalah nama yang cukup khas dalam adegan teh boba / bubble, di mana perniagaan mereka bukan saja dalam teh susu tradisional dengan mutiara ubi kayu hitam, sebaliknya Cojiitii paling terkenal dengan minuman berasaskan coklat dan buah yang disajikan dengan pelbagai jenis mutiara. Yang lebih menariknya lagi, semuanya dibuat handmade dengan menggunakan bahan terbaik bagi setiap potongan!

#2 - Tealive

 Inilah Antara 5 Kedai Bubble Tea Yang Popular di Malaysia


Tealive mempunyai lebih daripada 50 gerai di seluruh Malaysia. Banyak kan? Kerana itu anda pasti akan menjumpainya dengan mudah terutama di pusat membeli-belah utama! Dengan menu yang sentiasa berubah dalam perisa segar setiap hari, tidak hairanlah mengapa Tealive boleh menjadi salah satu barisan kedai teh bubble teratas di seluruh Malaysia!

#1 - Koi The’

 Inilah Antara 5 Kedai Bubble Tea Yang Popular di Malaysia

Bermula pada tahun 2006 di mana ia pertama kali membuka pintu di Taiwan, Koi The’ telah berjaya menubuhkan empayarnya dengan berkembang ke Singapura pada tahun 2011 sebagai kedai pertama mereka di luar negara. Sehingga kini, Malaysia telah menjadi salah satu negara terbaru dalam senarai cawangan luar negara mereka setelah Myanmar.

Perbezaan utama antara Koi The’ dan teh bubble yang lain adalah pada mutiara ubi kayunya. Mutiara mereka yang kenyal berasal dari gula merah dan ukurannya kelihatan lebih kecil supaya lebih menyenangkan, mudah dinikmati dan seronok untuk dikunyah.

Bagi yang rasa malas untuk ke mana-mana cawangan kedai bubble tea, boleh je duduk kat rumah dan buat tempahan secara online. Nak lebih senang, boleh guna servis dari Foodpanda.

 Inilah Antara 5 Kedai Bubble Tea Yang Popular di Malaysia

Sebagai contoh, kalau tekak terasa nak minuman koi, tak payah nak tekan pedal minyak kereta sendiri… masuk je ke lamanweb Foodpanda, buat tempahan pembelian dan kemudian pihak delivery akan hantar sehingga ke depan pintu rumah atau office. Jom minum!



6 comments:

  1. Reading this makes me craving for bubble tea right now...hahah

    https://luminaryskylar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Urgh,, tea live je selalu cuba. Haha Yang lain unknown to me. ^^

    ReplyDelete
  3. Waa. Banyak juga rupanya yang belum pernah try tu.. Nice sharing

    ReplyDelete
  4. dalam banyak2 tu ray pernah minum tealive jee haha.

    ReplyDelete
  5. Selalu beli Tealive je. Yang lain jarang jumpa. huhu

    ReplyDelete
  6. Tealive je pernah minum.. Yang lain tak pernah lagi jumpa..

    ReplyDelete