Lebih Selesa Bernafas Dengan Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Monday, August 10, 2020

Lebih Selesa Bernafas Dengan Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable  |  Kalau dulu pemakaian face mask ni selalunya berlaku atau dapat dilihat hanya di hospital sahaja.. Tetapi sekarang, pemakaian mask telah menjadi satu kemestian bagi kita terutamanya di tempat-tempat awam.. Ianya dah pun menjadi norma baru dalam kehidupan kita seharian.. Ini adalah disebabkan virus Covid-19 yang melanda dunia dimana sehingga kini masih belum menemui titik akhir.. Insyaallah moga ianya cepat berakhir.. Oh ya, bukan sahaja pemakaian mask diharuskan ye, penjarakan sosial juga jangan dilupakan.. Hehe..

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Di pasaran sekarang pelbagai jenis face mask ada dijual.. Ada yang jenis disposable dan ada juga yang jenis washable.. Selamat ke? Mungkin ada dikalangan kita menjadikan pemakaian mask ini sebagai salah satu trend.. Tidak salah, tetapi pastikan mask yang kita pakai itu selamat untuk kita pakai.. Bukan hanya untuk bergaya sahaja.. Tak nak cakap banyak, aku nak kenalkan kat korang face mask yang lebih selesa bernafas dengan Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable.. Hah tu dia! Hehe..

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Kalau sebelum ni aku pakai mask yang jenis pakai buang, sekarang aku lebih selesa dengan Lunavie face mask ni... Bukan untuk aku sahaja malah untuk anak-anak aku juga.. Apa yang bagusnya dengan Lunavie mask ni, ianya 3 layer tau.. Biasanya kite dengar yang 3 layer nilah mask yang terbaik untuk digunakan.. Ya betul tu.. Tetapi kita kena ambil tahu juga, apakah jenis lapisan untuk 3 layer tersebut...

Untuk Lunavie Air Face Mask ni, untuk lapisan pertama merupakan 100% Polyester dengan kalis air, lapisan kedua pula adalah lapisan non woven fabric manakala lapisan ketiga pula merupakan cotton dengan anti-bakteria..

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Apa yang istimewanya lagi dengan topeng muka Lunavie ni adalah ia mempunyai sistem injap yang membolehkan kita bernafas dengan lebih mudah.. So, tak de la korang rasa lemas sangat bila guna Lunavie face mask ni sebabnya pengudaraannya sangat baik dengan adanya sistem injap ni untuk mengeluarkan karbon dioksida dan kelembapan dari kita bernafas.. Serius terbaik wei!

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Bagi aku dengan memakai mask yang macam ni yang boleh dicuci dan dipakai semula lebih menjimatkan.. Sungguhpun begitu kenalah cari yang betul-betul selamat untuk digunakan.. Jangan asal nampak cantik je, korang terpengaruh dan terus beli seterusnya pakai.. Sedangkan, mask yang dibeli tu tahap selamatnya belum tentu lagi.. Bahaya oiii..

Aku suka dengan Lunavie Anti-bakteria face mask ni sebab ianya washable and reusable.. Dah guna boleh basuh dan guna balik.. Tak de la rasa membazir sangat.. Cumanya nak pesan, kalau korang pakai mask yang macam ni, jangan pulak korang pakai berminggu-minggu baru korang nak basuh.. Lagik parah, jenis yang pemalas berbulan-bulan pakai baru nak basuh.. Gile ape! Mask yang selamat pun jadi tak selamat.. huhu.. Jadi, lepas guna silalah cuci ye..

Kelebihan Topeng Muka Lunavie


Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable


  • Anti-bakteria - Alergen, bakteria dan perlindungan virus
  • Mudah dipakai - Direka khas dengan gegelung telinga yang boleh dilaras dan klip elastik untuk memastikan pemaiakan lebih mudah dan muat
  • Waterproof - Kain Polyester kalis air yang berkesan untuk menghalang kemasukan titisan air dan debu
  • Mudah bernafas - Pengudaraan berkesan melalui reka bentuk sistem injap untuk mengeluarkan karbon dioksida dan kelembapan yang membolehkan kita bernafas dengan lebih mudah dan selesa
  • 3 Layer - struktur 3 lapisan untuk memastikan penapisan lebih baik dan berkualiti tinggi\
  • Washable & Reusable - Boleh dicuci sekurang-kurangnya 30 kali dengan air dan pencuci neutral pada suhu 20 - 30 darjah celcius dan masih mengekalkan fungsi antibakterianya.


Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable


Lunavie Face Mask Sesuai Untuk Dewasa dan Kanak-Kanak

Ok, untuk saiz topeng muka Lunavie ni ada 2 saiz iaitu saiz untuk dewasa dan juga kanak-kanak.. Fungsinya tetap sama dan materialnya juga sama.. Apa yang membezakannya cumalah saiz sahaja.. hehe.. Kalau dah ada dewasa dan kanak-kanak, bolehlah beli untuk satu family kan.. Ada 2 warna iaitu hitam dan putih..

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Lunavie Antibacterial Face Mask 3 Layer

Macam yang aku cerita pada awal tadi, mask ni ada 3 lapisan.. Dah cerita tapi nak jugak cerita lagi bagi puashati.. Haha.. Bukan apa, supaya kita sentiasa ingat bahawasanya topeng muka dari Lunavie ni sangatlah bagusnya.. Hiks..

Reka bentuk struktur dengan 3 lapisan

  • Lapisan pertama - 100% Polyester dengan kalis air
  • Lapisan ke-2 - Materialnya kain bukan tenunan
  • Lapisan ke-3 - Kapas dengan ciri anti-bakteria dengan Rawatan Ultra-Segar yang menghalang pertumbuhan 99.9% bakteria..

Cara Memakai Topeng Muka Lunavie Dengan Betul


Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Kat sini aku nak coretkan cara yang betul menggunakan topeng muka Lunavie ini.. Nampak simple, tapi ikutlah cara yang betul ye..
  • Pastikan muka sentiasa kering dan bersihkan tangan sebelum memegang topeng muka
  • Letakkan gegelung/tali elastik di kedua-dua belah telinga
  • Kemaskan topeng muka sehingga menutup mulut, hidung dan dagu sepenuhnya.
  • Pastikan tiada jurang antara wajah dan topeng muka
  • Tarik klip untuk laraskan tali sepadan dengan muka
  • Siap!

Arahan penjagaan

Topeng muka Lunavie ini perlu dicuci dengan tangan SAHAJA ya.. Dah cuci, bolehlah keringkan di tempat yang sejuk/kering

Perhatian!
  • Tidak disyorkan untuk digunakan oleh bayi dibawah usia 3 tahun kerana risiko mati lemas
  • Topeng ini adalah barang peribadi. Jangan berkongsi dengan orang lain.
  • Berhenti menggunakan topeng muka ini jika ia merosakkan atau menghalang pernafasan
  • Topeng muka ini direka untuk perlindungan umum. Selain memakai topeng muka, sila jaga kebersihan diri.. Itu juga salah satu perkara yang penting dalam mencegah virus.


Oklah, setakat ini jelah cerita aku tentang Lunavie face mask ni.. Aku suka guna topeng muka ni sebabnya lebih mudah bernafas dan tak terasa lemas walau aku memakainya dalam jangka masa yang panjang.. Sangat berbeza dengan face mask yang lain yang pernah aku pakai..

Kalau korang nak tau info lanjut atau nak dapatkan Lunavie Face Mask ni, boleh layari :-

💬 Website : https://www.lunavie.com/
💬 Facebook : https://www.facebook.com/mylunavie/
💬 Instagram : https://www.instagram.com/mylunavie/



4 comments:

  1. dapat reduce recycle kan..lepas tu tak panas sgt macam pkai surgical mask kan

    ReplyDelete
  2. Sekarang semua orang sudah boleh beradabtasi dengan norma baharu kan Lea.Kalau sebelum ni face mask dalam kotak.Tapi sekarang banyak yang sudah di repacking kan Lea.Itu yang agak berbahaya lebih-lebih lagi bila yang buat tidak bersihkan tangan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  3. Wah.. ohsem ini.. lebih selesa untuk dipakai anak-anak..

    ReplyDelete
  4. lagi selesa anak2 ye dengan lunavie ni

    ReplyDelete