Review Novel | Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Friday, October 23, 2020

4 comments
Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai  |  Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas untuk hari ini olehNya.. Syukur Ya Allah.. Maka, adalah coretan aku untuk hari ini.. hehe.. Bukan apa, sesambil tengok Gegar Vaganza secara live di Youtube, bolehlah update blog sekali.. Setelah beberapa minggu mencuri masa membaca novel Pak Imam dari Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai ni, akhirnya habis jugak aku baca hari ini.. Baca on off on off, tu sebab la ambil masa yang lama.. Hehe.. Nak tumpu terus, memang tak mampu sebab masa itu ibarat emas bagi aku.. Cewahh.. Hehe.. Jadi, hari ni nak la review novel ni.. Best ke? Haa kena baca sampai noktah terakhir ye.. Hiks..

Review Novel | Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Novel Pak Imam ni sebenarnya aku tak tahu pun kewujudannya.. Kalau dulu aku selalu jugak ikuti perkembangan Muhammad Rusydi ni.. Entah macam mana dan bila aku keciciran pula tentang perkembangannya.. Tehtibaaaa... Haha.. Serius, aku suka kata-kata motivasi yang dibawakan olehnya.. Memang boleh memberi semangat kepada kehidupan aku.. Yang down pun boleh ok balik dan yang merana, boleh move on dengan jayanya.. Insyallah..

Aku sedar akan kewujudan novel Pak Imam ni pun dek kerana seorang rakan blogger ni dok up tentang buku adik kepada penulis ini.. Dulu pernahlah baca novel tulisan Muhammad Rusydi ni iaitu Tunangku Tidak Tampan (3T)... Memang best novel tu.. Santai dan boleh buat aku gelak sorang-sorang.. Sama la jugak dengan novel Pak Imam ni.. Buat aku gelak sorang-sorang disamping beri aku motivasi yang baik untuk baiki diri aku..

Tajuk : Pak Imam
Penulis : Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai
Muka Surat : 347
Penerbit : Rusydee Artz Studio
Tahun Terbitan : Disember 2016


Sinopsis Pak Imam

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai


Seperti memilih tembikai. Luaran tidak menentukan isi dalamannya. Kadang manis. Kadang  tidak. Hidup ini juga begitu. Kadang suka. Seringkali duka. Namun, Allah kurnia hadiah namanya iman. Dengan anugerah ini, meski dunia penuh duga dan derita, engkau tidak boleh putus asa. - Pak Imam

Review Pak Imam

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Pak Imam merupakan karya kedua Muhammad Rusydi setelah Tunangku Tidak Tampan (3T).. Bermula penulisan di facebook, akhirnya menjadi sebuah novel.. Kisah Pak Imam ni agak santai dan bukanlah satu buku dimana penulisannya serius.. Lebih kepada sekadar bacaan dan hiburan.. Sungguhpun begitu, dalam buku ni banyak pengajaran yang aku dapat.. Nampak je santai, tapi banyak sangat teladan malah ilmu yang boleh dikutip..

Dengan bahasa yang agak sempoi dan rojak, menjadikan buku ini menarik untuk dibaca.. Aku suka sebab tak terlalu serius.. Baca pun santai jerk dan mudah difahami apa yang nak disampaikan.. 

Untuk chapter yang pertama, kisahnya sedikit berat.. Starting yang sebegitu menarik minat aku untuk terus membaca.. Aku sangka kisah beratnya berlanjutan, rupanya hanya di chapter 1 sahaja.. Seterusnya agak santai dan menghiburkan.. 

Hidup tidak selalunya manis. Seperti isi tembikai. Bukan semuanya manis. Pasti ada yang tawar. Manis dan tawar, segala rasa semua dari DIA.... - Abang Bikai

Pak Imam mengisahkan kehidupan Abang Bikai di sebuah surau.. Abang Bikai ni merupakan seorang penjual tembikai disebuah kampung.. Dia cuba baiki diri yang dirasanya sangat berdosa atas muka bumi ini.. Dengan menuntut ilmu agama dengan Pak Imam dan Bilal di sebuah surau banyak mengubah diri dia.. Pak Imam dan Pak Bilal menjadi orang yang paling rapat dengan dia dalam cerita ini.. Banyak ilmu yang dipelajari dari Pak Imam..

Masa solat, baik saja. Lepas solat, astaghfirullah. 
Masa solat, tutup aurat. Lepas solat tak pakai tudung luar rumah. 
Masa solat, zikir dan tasbih, baca al-Quran. Lepas solat, al-Quran pun malas nak sentuh.
Masa solat, tertib saja gerakan. Lepas solat, bawa kenderaan macam pelesit. Maki-maki dalam kereta. 
Masa solat, tundukkan kepada hormat pada Allah. Luar solat, undang-undang Allah dipijak-pijak buat tak peduli. Malahan sampai benci. Kalau boleh, jangan buat undang-undang Islam di tanah air. 
Masa solat, sujud pada Allah. Tapi luar solat, mendabik dada dengan apa yang kita ada. Riak dan ujud dengan kerjaya dan harta benda. Bangga dengan status dan kejayaan. 
Masa solat, ucap cinta pada Allah. Lepas solat, tak cinta-cinta pun Allah. Duk cinta awek pakwe, tunang isteri. Cinta Allah biar ditinggalkan saja. 

Banyak kata-kata dalam buku ni menyentuh hati aku.. Beri aku pengajaran.. Baik-baik kata yang mampu membuat aku sedar.. Walaupun buku ni bahasa dia agak rojak, tetapi terlalu bagus untuk menjadi bahan bacaan.. Tegurannya sangat berkesan bagi aku.. Santai tetapi terkesan..

Rating & Cadangan

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Rating : ðŸŒŸ 🌟 🌟 ðŸŒŸ ðŸŒŸ

Kenapa aku bagi novel ni 5 bintang? Ye, aku suka penulisannya walaupun santai dan bahasa rojak.. Banyak ilmu dan nasihat yang aku kutip dalam buku ni.. Nasihat yang sangat berguna dan terkesan pada aku.. Terima kasih sangat penulis.. Next, aku mungkin akan beli buku Tengku Thaka pulak.. Insyaallah.. Aku doakan moga penulis dapat hasilkan buku yang lebih menarik dan berguna kepada pembaca selepas ini.. Gut luck penulis.. Hehe..



Read More

Lirik Lagu Angan Merintih - Iqa Nizam

Saturday, October 17, 2020

2 comments

Lirik Lagu Angan Merintih - Iqa Nizam  |  Minggu lepas aku perasan ramai yang share video clip lagu Angan Merintih dari Iqa Nizam.. Terjebak la jugak untuk tonton video clipnya.. Yelah, semua dok share kan.. Mesti ada yang menarik tentang lagu ni.. So, bila dah tonton sendiri, yes aku suka lagu ni.. Lirik pun best.. Kenalah dengan jiwa aku.. Boleh layan!

Lirik Lagu Angan Merintih - Iqa Nizam

Ok, kalau korang nak tahu, Angan Merintih ni merupakan single terbaru nyanyian Iqa Nizam.. Mesti ada yang tertanya-tanyakan siapa Iqa Nizam ni.. Mulanya aku tak kenal jugak, lepas siasatan dijalankan, barulah tahu dari mana penyanyi ini mula bertapak dalam industri muzik tanah air.. Jom kenali Iqa Nizam lebih dekat..

Siapa Iqa Nizam?

Sebelum ni, Iqa Nizam pernah menyertai rancangan I Can See Your Voice (ICSYV).. Beliau juga dikenali di Indonesia dan mempunyai peminatnya sendiri di sana.. Dah banyak sebenarnya lagu nyanyian Iqa Nizam ni.. Kalau search kat youtube, korang dapat lihat banyak lagu dendangan Iqa Nizam dan ada juga lagu duet bersama penyanyi Indonesia Thomas Arya.. Best!

Angan Merintih merupakan single terbaru nyanyian Iqa Nizam dibawah naungan Insictech Musicland yang baru saja dilancarkan pada 25 September 2020 yang lalu.. Meskipun masih baru, video clipnya di youtube telah mencecah lebih daripada 30,000 views hanya dalam masa 2 minggu sahaja.. Terbaik!! 

Lirik lagu ni memang layan lah.. Aku sendiri pun dok ulang dengar lagu ni.. Jom korang, sesama aku layan lagi lagu Angan Merintih ni.. Hehe..




ANGAN MERINTIH 
Artis : Iqa Nizam
Lagu / Lirik:  El Hadam

******

Telah Tercipta, Saat Dirasakan Tiba
Menjunjung Nikmat Bahgia Tanpa Duga
Namun Terselit Sesuatu
Yang Menyakitkan Tanpa Segan Silu

Mana Mungkin,
Ku Kan Menjadi Sasaranmu Lagi
Kerana Ku Tahu Kau Hanya Membuatku
Ku Berangan Dalam Beradu-!!!

Disaksikan Bulan Indah Cantik Mengambang 
Temani Hatiku Sepinya Dibunuhmu
Bicara Katamu Membuatku Akur
Kisah Tersimpan Hanya Mimpiku

Biar Sakit Dalam Diri Ku Sendiri
Takku Biar Mereka Menangis Untukku
Kerana Ku Yakin Disebalik Kisahku 
Tersimpan Harga Tiada Ternilai


Kalau rasa tak nak layan kat youtube, boleh juga layan lagu ni di platform seperti dibawah ini..


Subscribe & Follow Us


Aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya :-  

MUAT TURUN NADA DERING 

Maxis CallerRingtones -- Dial *131*669926# tekan Call/Hantar 

DiGi CallerTunes -- Dial *233*1373151# tekan Hantar/Call 

Celcom CallMeTones -- Dial *323*738750# tekan Call/Hantar 

U Mobile ColourTones -- Taip CRM 10051619 dan hantar ke 28383    


Album : Iqa Nizam - Angan Merintih 
℗ & © 2020 INSICTECH MUSICLAND SDN BHD 
Publishing : MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD


Read More

Some of My Book Haul in Oktober 2020

2 comments

Some of My Book Haul in Oktober 2020 |  Haluuu!! Assalamualaikum semua.. Moga korang berada dalam kesihatan yang baik.. Almaklumlah, zaman virus ni kenalah jaga diri tu lebih sikit.. Jaga kebersihan.. Jaga penjarakan sosial.. Sentiasa pakai hand sanitizer.. Pakai mask bila keluar.. Kalau tak de keperluan di luar, dok dendiam dalam umah.. Itu lagi baik.. Hiks.. Lama gile tak membebel dalam 'rumah' kesayangan aku ni.. Semakin hari semakin sukar jugak aku nak luangkan masa dalam 'rumah' aku sendiri ni.. Almaklumlah umur semakin meningkat ni membuatkan badan aku tak mampu untuk bertahan sehingga ke tengah malam untuk habiskan masa di depan PC setelah seharian ditempat kerja mengadap PC.. Hehe.. 

Some of My Book Haul in Oktober 2020

Ok, bukan nak bebel pasal tu tapi nak bebel tentang buku yang aku dah beli untuk bulan Oktober 2020 ni.. Mulanya aku dah nekad tak nak beli buku lagi sebabnya aku nak habiskan baca buku yang ada yang masih belum dibaca.. Banyak lagik dowh!

Alkesahnya menjadikan jari jemari ini mencheckout buku-buku baru adalah kerana baru-baru ni hati aku rasa kosong sangat-sangat.. Tak tahulah kenapa.. Rasa nak diisi dengan sesuatu yang lebih baik.. Bila dicari-cari, aku memilih untuk beli buku Seksa Meninggalkan Solat dari Ustaz Ibnu Selamat... Bukan aku tak solat, tetapi kekadang tu, datang malas dia, aku suka melambat-lambatkan solat.. Jadi, aku nak cari motivasi diri supaya aku boleh berubah kearah kebaikan.. Insyaallah.. Korang kalau rajin, tolonglah doakan aku sekali ye.. Hehe..

Next book, aku pilih buku dari Deanna Chee iaitu Aku Mahu Pulang.. Katanya ini juga adalah buku motivasi.. Aku ada baca review dari mereka yang dah baca buku ni.. Penulis seolah-olah meluahkan isi hatinya dalam buku ni.. Aku pun tak pasti lagi isi kandungannya sebab masih belum dibaca.. Nanti dah baca insyaallah kalau aku kerajinan yang melampau, aku akan review ye.. Hehe..

Bila dah belek-belek buku dalam satu shop dalam shopee yang menjual buku-buku diatas, ternampak pulak dua buah novel dari Nami Adnan ni.. Harga murah dan review dari pembaca pun menarik.. Hati tak tertahan untuk tidak membelinya.. Beli la jugak 2 buah iaitu Misteri Video Viral dan Dybbuk Syaitan Pemusnah Israel.. Bukunya nipis aje.. Rasanya sehari boleh habis baca ni.. 

Apa-apa pun aku nak baca buku Seksa Meninggalkan Solat dahulu.. Ingin isi hati aku yang kosong ni dengan sesuatu yang dapat memotivasikan diri kearah yang lebih baik.. Moga dipermudahkan untuk aku..


Read More

Eksklusif Cabutan Bertuah Vit's Kini Kembali Lagi

2 comments

Eksklusif Cabutan Bertuah Vits Kini Kembali Lagi |  Baru-baru ini, sebuah pengeluar produk berasaskan mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 lagi telah melancarkan sebuah program Cabutan Bertuah berkolaborasi bersama sebuah pasaraya terbesar di Malaysia AEON yang telah mendapat sokongan  yang sangat menggalakkan. Program VIT'S AEON CABUTAN BERTUAH yang telah berlangsung sebelum ini dari tarikh  13 Ogos hingga 16 September 2020 telah berjaya di menangi oleh sermai 54 pemenang.

Eksklusif Cabutan Bertuah Vit's Kini Kembali Lagi

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya membeli produk VIT'S dari Pasaraya AEON seluruh Malaysia dan imbas kod yang terdapat di paket. Nombor bertuah akan di cabut secara live di Facebook Vits pada setiap hari Khamis jam 12 tengahari.

Tetapi jangan berasa kecewa jika anda terlepas tawaran hebat itu kerana Vit’s sekali lagi telah melancarkan program cabutan bertuah ini bagi musim kedua.

VIT’S EXCLUSIVE LUCKY DRAW bakal bersiaran langsung pada waktu yang sama iaitu pada jam 12 tengahari setiap hari Khamis di Facebook Page Vits. Pelbagai hadiah menarik untuk anda menangi setiap minggu. Apa yang anda perlu lakukan adalah :-   

  1. Dapatkan produk 2 pek Vits Italian Mi Goreng Bolognese dan Aglio Olio di pasaraya terdekat anda atau secara online 
  2. Scan QR code untuk sertai cabutan bertuah ini.
  3. Isi infomasi di dalam borang tersebut
  4. Nyatakan 5 angka bertuah anda
  5. Masukkan resit pembelian 2 produk VITS ITALIAN MI GORENG
  6. Nantikan setiap Khamis di facebook live untuk undian secara live
Eksklusif Cabutan Bertuah Vit's Kini Kembali Lagi

Eksklusif Cabutan Bertuah Vit's Kini Kembali Lagi

Hadiah untuk Vits Exclusive Lucky Draw adalah seperti berikut :-

Grand Prize
Vespa Sprint 150 

1st Prize
Iphone 11 Pro Max / Samsung Galaxy Z Flip

2nd Prize
Nintendo Switch / Realme 6 Pro

3rd Prize
Buffalo Pro Chef Plus Air Fryer / Toros 6L Pressure Cooker

Consolation Prize
MiGor Facemask + Vit’s Italian Mi Goreng Series

Peraduan cabutan bertuah  ini akan dilangsungkan sehingga 26 November ini di mana semua orang berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik cabutan bertuah bernilai sehingga RM 20,000.00.



Read More