Review Novel | Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Friday, October 23, 2020

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai  |  Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas untuk hari ini olehNya.. Syukur Ya Allah.. Maka, adalah coretan aku untuk hari ini.. hehe.. Bukan apa, sesambil tengok Gegar Vaganza secara live di Youtube, bolehlah update blog sekali.. Setelah beberapa minggu mencuri masa membaca novel Pak Imam dari Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai ni, akhirnya habis jugak aku baca hari ini.. Baca on off on off, tu sebab la ambil masa yang lama.. Hehe.. Nak tumpu terus, memang tak mampu sebab masa itu ibarat emas bagi aku.. Cewahh.. Hehe.. Jadi, hari ni nak la review novel ni.. Best ke? Haa kena baca sampai noktah terakhir ye.. Hiks..

Review Novel | Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Novel Pak Imam ni sebenarnya aku tak tahu pun kewujudannya.. Kalau dulu aku selalu jugak ikuti perkembangan Muhammad Rusydi ni.. Entah macam mana dan bila aku keciciran pula tentang perkembangannya.. Tehtibaaaa... Haha.. Serius, aku suka kata-kata motivasi yang dibawakan olehnya.. Memang boleh memberi semangat kepada kehidupan aku.. Yang down pun boleh ok balik dan yang merana, boleh move on dengan jayanya.. Insyallah..

Aku sedar akan kewujudan novel Pak Imam ni pun dek kerana seorang rakan blogger ni dok up tentang buku adik kepada penulis ini.. Dulu pernahlah baca novel tulisan Muhammad Rusydi ni iaitu Tunangku Tidak Tampan (3T)... Memang best novel tu.. Santai dan boleh buat aku gelak sorang-sorang.. Sama la jugak dengan novel Pak Imam ni.. Buat aku gelak sorang-sorang disamping beri aku motivasi yang baik untuk baiki diri aku..

Tajuk : Pak Imam
Penulis : Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai
Muka Surat : 347
Penerbit : Rusydee Artz Studio
Tahun Terbitan : Disember 2016


Sinopsis Pak Imam

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai


Seperti memilih tembikai. Luaran tidak menentukan isi dalamannya. Kadang manis. Kadang  tidak. Hidup ini juga begitu. Kadang suka. Seringkali duka. Namun, Allah kurnia hadiah namanya iman. Dengan anugerah ini, meski dunia penuh duga dan derita, engkau tidak boleh putus asa. - Pak Imam

Review Pak Imam

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Pak Imam merupakan karya kedua Muhammad Rusydi setelah Tunangku Tidak Tampan (3T).. Bermula penulisan di facebook, akhirnya menjadi sebuah novel.. Kisah Pak Imam ni agak santai dan bukanlah satu buku dimana penulisannya serius.. Lebih kepada sekadar bacaan dan hiburan.. Sungguhpun begitu, dalam buku ni banyak pengajaran yang aku dapat.. Nampak je santai, tapi banyak sangat teladan malah ilmu yang boleh dikutip..

Dengan bahasa yang agak sempoi dan rojak, menjadikan buku ini menarik untuk dibaca.. Aku suka sebab tak terlalu serius.. Baca pun santai jerk dan mudah difahami apa yang nak disampaikan.. 

Untuk chapter yang pertama, kisahnya sedikit berat.. Starting yang sebegitu menarik minat aku untuk terus membaca.. Aku sangka kisah beratnya berlanjutan, rupanya hanya di chapter 1 sahaja.. Seterusnya agak santai dan menghiburkan.. 

Hidup tidak selalunya manis. Seperti isi tembikai. Bukan semuanya manis. Pasti ada yang tawar. Manis dan tawar, segala rasa semua dari DIA.... - Abang Bikai

Pak Imam mengisahkan kehidupan Abang Bikai di sebuah surau.. Abang Bikai ni merupakan seorang penjual tembikai disebuah kampung.. Dia cuba baiki diri yang dirasanya sangat berdosa atas muka bumi ini.. Dengan menuntut ilmu agama dengan Pak Imam dan Bilal di sebuah surau banyak mengubah diri dia.. Pak Imam dan Pak Bilal menjadi orang yang paling rapat dengan dia dalam cerita ini.. Banyak ilmu yang dipelajari dari Pak Imam..

Masa solat, baik saja. Lepas solat, astaghfirullah. 
Masa solat, tutup aurat. Lepas solat tak pakai tudung luar rumah. 
Masa solat, zikir dan tasbih, baca al-Quran. Lepas solat, al-Quran pun malas nak sentuh.
Masa solat, tertib saja gerakan. Lepas solat, bawa kenderaan macam pelesit. Maki-maki dalam kereta. 
Masa solat, tundukkan kepada hormat pada Allah. Luar solat, undang-undang Allah dipijak-pijak buat tak peduli. Malahan sampai benci. Kalau boleh, jangan buat undang-undang Islam di tanah air. 
Masa solat, sujud pada Allah. Tapi luar solat, mendabik dada dengan apa yang kita ada. Riak dan ujud dengan kerjaya dan harta benda. Bangga dengan status dan kejayaan. 
Masa solat, ucap cinta pada Allah. Lepas solat, tak cinta-cinta pun Allah. Duk cinta awek pakwe, tunang isteri. Cinta Allah biar ditinggalkan saja. 

Banyak kata-kata dalam buku ni menyentuh hati aku.. Beri aku pengajaran.. Baik-baik kata yang mampu membuat aku sedar.. Walaupun buku ni bahasa dia agak rojak, tetapi terlalu bagus untuk menjadi bahan bacaan.. Tegurannya sangat berkesan bagi aku.. Santai tetapi terkesan..

Rating & Cadangan

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Rating : ðŸŒŸ 🌟 🌟 ðŸŒŸ ðŸŒŸ

Kenapa aku bagi novel ni 5 bintang? Ye, aku suka penulisannya walaupun santai dan bahasa rojak.. Banyak ilmu dan nasihat yang aku kutip dalam buku ni.. Nasihat yang sangat berguna dan terkesan pada aku.. Terima kasih sangat penulis.. Next, aku mungkin akan beli buku Tengku Thaka pulak.. Insyaallah.. Aku doakan moga penulis dapat hasilkan buku yang lebih menarik dan berguna kepada pembaca selepas ini.. Gut luck penulis.. Hehe..



4 comments:

  1. SOunds interesting. Dah lama tak spend time baca buku. Hope berpeluang luangkan masa membaca. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    ReplyDelete
  2. menariklah kata-kata si penulis...
    ada yang boleh sentap ni ...
    hehe.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya isi dia..
    Hye lea.. lama tak singgah sini..

    ReplyDelete