Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone | Holaaaa.. Lama dah tak up resepi kat blog kesayangan aku ni.. Kali ni aku datang lagi dengan resepi yang baru.. Tak keterlaluan aku katakan, resepi ini adalah resepi ciptaan sendiri dimana resepi scone diubah sedikit dengan menggunakan California Raisins yang sedap sebagai bahan utamanya.. Hiks..
Kenapa Pilih California Raisins?
Ada sebab aku guna California Raisins sebagai bahan utama resepi aku ni.. Aku mahukan rasa manis tu adalah rasa manis semulajadi dari buah iaitu dari kismis itu sendiri.. California Raisins ni memang rasa manis semulajadi dari buah yang dijemur kerana ia dihasilkan tanpa gula tambahan.. Sweet Naturally gittchewww!! Makanan yang dihasilkan pun lebih sihat..
Apa yang menarik lagi, California Raisins ni merupakan kismis terbaik di dunia kerana kualiti dan standard keselamatannya terjamin.. Bebas dari aflatoksin.. Sebab itulah aku menggunakan California Raisins ni sebagai bahan utama dalam resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone aku ni.. Hehe..
Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone
Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone
Bahan-bahan :-
150g California Raisins
60g mentega (kiub)
150ml whipping cream
100ml full cream milk
1 biji telur
60g gula icing
400g self-rising flour
secubit garam
Cara membuatnya :-
- Panaskan oven 180C
- Gaul tepung, garam dan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti
- Masukkan semua bahan cecair dan telur
- Pastikan semua bahan di gaul sebati
- Masukkan California Raisins dan uli sedikit
- Canai doh setebal 2cm
- Terap dengan acuan yang sesuai dan sapukan kuning telur di atasnya
- Bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan
- Hidangkan bersama jem kismis
Cara membuat Jem California Raisins :-
- Kisar 300g kismis bersama 50ml air dan masak di atas api sederhana sehingga pekat seperti jem.
Manfaat Kesihatan California Raisins
Bukan untuk buat kuih jerk California Raisins ni tau, tetapi makan macam tu je pun sedap.. Anak-anak aku suka sangat makan California Raisins ni.. Sekali hadap memang banyak dorang makan.. Sedap sangat katanya.. Lagi pun kismis ni bagus untuk kanak-kanak.. Baik untuk minda mereka..
Selain itu, California Raisins ini kaya dengan antioksidan dan mengandungi pelbagai nutrien seperti zat besi, mineral, vitamin C, folat dan pelbagai lagi.. Bagus juga untuk masalah sembelit tau kerana ianya mempunyai serat yang tinggi.. Setiap hari, aku akan pastikan anak-anak aku ambil kismis.. Sekarang ni, kismis dah macam makanan ringan bagi mereka..
Bukan saja untuk anak-anak tetapi aku juga menggunakan California Raisins ni sebagai bahan serbaguna di dapur.. Aku akan gunakan kismis ini didalam masakan, semasa memanggang, dessert dan minuman. Bagi aku California Raisins merupakan bahan serbaguna.. Kalau korang nak tahu, di pasaran terdapat 2 jenama California Raisins iaitu Ligo dan juga Sunmaid..
California Raisins "Sweet Naturally" Like & Win Campaign
Hey korang, aku nak kasitau korang ni yang aku ada join contest anjuran California Raisins Asean di Facebook mereka dengan resipi pemanis mulut aku ni iaitu Incredible Fluffy California Raisins Scone.. Dah alang-alang ni, aku nak mintak la korang semua support like di gambar resepi aku ni.. Klik SINI.. hehe..
Korang pun boleh menang RM100 tau.. Caranye mudah aje... Ikut 3 step dibawah ini 👇
- Follow California Raisins Asean’s Facebook + Instagram (@california.raisins.asean)
- Vote for your favorite recipe on California Raisins Asean (RAC) facebook album with a LIKE!
- Share the album with your friends!
5 pemenang dicari untuk memenangi RM100 setiap seorang. Tarikh akhir adalah 25/12/2020, 11.59 pm.. Hurry up guys!! Terbuka untuk RAKYAT MALAYSIA sahaja..
**tertakluk pada terma dan syarat #CaliforniaRaisins #SweetNaturally #deliciousandnutritious #California #Raisins #natural #noaddedsugar #recipe
Jom layan video ini..
Untuk info lanjut, boleh layari :-
🔁 Website : www.caraisins.com | www.raisins.org
🔁 Facebook : www.facebook.com/RACASEAN
🔁 Instagram : www.instagram.com/california.raisins.asean/
Macam sedap je..blh cuba ni..
ReplyDeletehttp://www.tehokaw.com
menarik la resepi ni. saya tak pernah buat scone.
ReplyDeletegeram je tgk..rasa macam ngap sekali gus dh nii
ReplyDeleteThanks for the blog loaded with so many information. Stopping by your blog helped me to get what I was looking for.
ReplyDelete