Thursday, April 8, 2021

5 Menu Pencuci Mulut Mesti Cuba di Ipoh Perak  |  Ipoh adalah salah satu tempat yang boleh dianggap sebagai syurga makanan. Dari sarapan pagi, makan tengahari, makan malam sehingga ke kedai kopi, semuanya ada di bandar kecil ini.

Ipoh juga terkenal dengan menu makanannya yang pelbagai. Sesuai dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Di sini ada senarai lima tempat makan terbaik untuk aneka hidangan pencuci mulut penyejuk tekak yang sedap dan menyelerakan di Ipoh.

1. Hokkaido Ice Cream Puff

Hokkaido Ice Cream Puff salah satu tempat yang terbaik untuk dikunjungi pada waktu panas di Ipoh. Konsep di sebalik makanan ringan yang menggembirakan ini mendapat perhatian ramai orang.

Paling banyak sambutan adalah ice cream puff! Di sini ada juga roti segar seperti scone yang rangup. Dengan lebih daripada sepuluh pilihan ais krim, pelanggan pasti akan jatuh hati. Nama yang diberi juga unik, poket doremon!

Alamat : 36, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak  

Jam : 12.30 PM - 7.30 PM

2. Tai Soo Ipoh


Tai Soo menyajikan beberapa pencuci mulut tempatan terbaik. Ramai mengunjungi tempat makan ini untuk mencuba Soya Bean dan Pandan Syrup Tau Fu Fah.

Tau Fu Fah di sini cukup terkenal dengan lapisan atasnya yang mempunyai kacang bersama hidangan sirap wangi yang tidak terlalu manis. Minuman soyanya pula di buat segar di sini setiap hari dan soya ini merupakan salah satu minuman yang boleh menyejukkan badan.  

Alamat : 24, Jalan Mustapha Al-Bakri, Bandar Ipoh, 30300 Ipoh, Negeri Perak  

Jam : 10.30 PG - 6.00 Petang (Tutup pada hari Rabu) 

3. Mooghurt 


Yogurt beku selalu menjadi pilihan pencuci mulut yang hebat. Bukan sahaja rasanya enak, tetapi juga bagus untuk usus! Di Mooghurt, pelanggan boleh memilih untuk membuat menu pencuci mulut hasil ciptaan sendiri dengan perkhidmatan layan diri.

Menu paling disyorkan adalah Crossy Choco Berry, croissant berlubang yang diisi hingga penuh dengan rasa yoghurt beku coklat dan ditaburkan dengan segenggam Oreos dan sirap coklat. Hidangan coklat yang sedap ini turut ditambah dengan strawberi segar yang dihiris untuk rasa yang lebih wow!

Alamat : 81, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Jam : 12.00 PM - 11.00 PM

4. Funny Mountain Soya Bean & Tau Fu Fah


Kedai ini mempunyai konsep yang agak lucu. Mereka tidak mempunyai ruang makan, dan hanya menyajikan tiga pencuci mulut di sini iaitu Tau Fu Fah, Ais Kacang Soya dan Ais Lengkong. Walaupun pilihan menu terhad, orang ramai datang hingga tahap beratur panjang. Kedai pencuci mulut ini merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal di Ipoh.

Alamat : 50, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Jam : 11.00 Pagi - 4.00 Petang 

5. Bella Zia Gelato 


Pemilik kedai gelato ini telah dilatih di Itali. Jika belum pernah merasa menu gelato, inilah tempatnya. Gelato dari bahasa Itali ini maksudnya adalah ‘beku’. Gelato dibuat dengan bahan asas seperti susu, krim, gula, dan dirasakan dengan puri buah-buahan, kacang dan lain-lain perasa. Ia biasanya rendah lemak, tetapi lebih tinggi gula berbanding ais krim biasa.

Gelato boleh disajikan dalam bermacam cara seperti ais krim kon, sandwich, kek, pai, dan sebagainya. Di sini gelato boleh dinikmati bersama donat atau bersama muffin yang baru dibakar.

Alamat : 23 (Bahagian Depan, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Negeri Perak

Jam : 11.00 Pagi - 9.00 malam

Boleh buat tempahan pesanan melalui aplikasi Foodpanda juga. Dengan Foodpanda, para pelanggan tak perlu bersusah payah. Siapa saja boleh order online food delivery dengan senang tanpa masalah.

Lokasi penghantaran juga boleh dipilih berdasarkan lokasi di mana anda sedang berada. Cuaca di Malaysia ini memang tidak menentu, kadang terlalu panas hingga boleh membuatkan diri rasa malas untuk ke mana-mana.

Di mana saja sedang berada, baik di Ipoh, Kuantan, Kuala Lumpur dan sebagainya, cara mudah order makanan sudah ada jadi kenapa perlu nak bersusah payah. Terlalu panas untuk keluar? Tidak perlu risau! Muat turun aplikasi foodpanda ke telefon bimbit masing-masing sekarang juga.



3 comments:

  1. Teringin makan yang poket doraemon tu. Ini yang terasa nak makan cendol bila tengok Tai Soo Ipoh tu Lea.

    ReplyDelete
  2. aduh sedapnya,,. baca pula masa bulan puasa ni. Yang pertama tu poket doraemon pernah makan.

    ReplyDelete