Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih | Hi guys! Agak lama tak berceloteh di sini.. Almaklumlah sekarang ni kehidupan seharian aku semakin sibuk.. Dari pagi sehinggalah membawa ke tengah malam.. Ada kalanya, awal pagi baru dapat lelapkan mata kerana menyiapkan kerja-kerja sampingan aku.. Disebabkan itu jugalah aku kena pastikan yang aku mengambil suplemen tambahan supaya aku sentiasa bertenaga sepanjang hari..
Oh ya, sebut pasal suplemen, kali ni aku nak share dengan korang tentang suplemen yang tengah aku consume sekarang ni iaitu suplemen Ecolite Boostick.. Bagus tau suplemen ni.. Aku consume sebabnya suplemen ini dapat membantu mencantikkan kulit, meningkatkan tenaga dan mengatasi masalah mata letih.. Almaklumlah umur semakin meningkat ni banyak bende nak kena jaga terutama kesihatan.. Kesihatan ni tak boleh dibeli dimana-mana tau.. So, kenalah jaga dari sekarang.. Hehe..
Kenapa Ecolite Boostick?
Jika ditanya, kenapa aku memilih Ecolite Boostick ni, jawapannya adalah manfaat yang aku perlukan ada padanya.. Ia bagus untuk kecantikan dan juga kesihatan.. Bukan itu saje tau, produk ini juga diformulasi dari bahan semulajadi berkualiti tinggi yang diproses menggunakan teknologi terkini dengan resepi tradisional.. Setiap proses yang dilakukan akan diperiksa dengan teliti bagi menjamin kebersihan dan kualiti produk yang dihasilkan..
Faktor lain yang membuatkan aku tertarik dengan suplemen Ecolite Boostick ini adalah disebabkan packagingnya yang super cute dan travel friendly.. So, mudahlah aku selit dalam handbag aku untuk dibawa kemana sahaja dan boleh consume bila-bila masa dimana sahaja..
Bukan itu saje tau, Ecolite Boostick ini juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM.. Ini juga merupakan faktor utama bagi aku dalam pemilihan produk.. Bila dah ada status HALAL barulah yakin nak amalkan.. Tak perlu lagi nak rasa was-was.. Lagi pula, produk ini selamat diamalkan kerana mengandungi bahan-bahan semulajadi..
Ecolite Boostick Dengan 3 Variasi Yang Berbeza
Kalau korang nak tahu, Ecolite Boostick ni didatangkan dalam 3 variasi dengan fungsi yang berbeza iaitu :-
- Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm (Kurma Merah + Kurma Arab)
- Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest (Buah Pear + Sarang Burung)
- Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum (Buah Goji + Kekwa Putih)
Antara kebaikan Ecolite Boostick jenis adalah ia kaya dengan zat besi dan pelbagai vitamin dimana ia dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh badan, memperbaiki fungsi peredaran darah, mencegah anemia, meningkatkan fungsi hematopoietik, menyuburkan kulit dan rambut serta bagus untuk masalah penghadaman kerana kurma arab merupakan sumber antioksida..
Selain kurma dan kurma arab, didalam boostick ini juga mengandungi Sirap Glukosa, Madu Linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida dan Asid Benzoik..
Aku suka rasanya yang masam-masam manis.. Lagi best bila makan yang sejuk baru keluar dari peti ais.. Perhh rasa dia lagi sedap.. Rasa nak makan berpaket-paket.. Hehe.. Sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya bagi yang selalu berasa pucat serta selalu sejuk kaki dan tangan.. Owh ya, kot ada yang nak pipi merah tu boleh la cuba variasi ini.. Katanya jenis ini berfungsi untuk memerahkan pipi.. Bestnyeee!!.. Haha..
Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest (Buah Pear + Sarang Burung)
Bila tengok je boostick yang ini, rasa tak sabar nak cuba sebabnya dalam boostick variasi ni mengandungi sarang burung.. Sebagaimana yang kita tahu Bird Nest ni bagus untuk kecantikan kulit disamping itu baik juga untuk kesihatan diri.. Kalau bab kecantikan kulit ni, memang aku teruja sikit.. Siapa yang tak nak cantik kan.. Hehe.. Kalau korang nak tahu, salah satu khasiat sarang burung ni adalah untuk awet muda dan untuk tingkatkan imunisasi badan juga.. Dalam sihat, barulah luarannya nampak cantik kan.. Hiks..
Ok, dalam boostick ini juga mengandungi buah pear.. Buah pear juga banyak khasitnya tau, antaranya adalah sangat bagus untuk penghadaman kerana buah ini mengandungi serat, air dan nutrien yang tinggi..
So, dengan gabungan buah pear dan juga faktor pertumbuhan epidermis (EGF) yang unik ini serta asid sialik sarang burung dapat mendorong pembaharuan sel kulit dan memberi khasiat tambahan yang menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.. Selain itu, ia turut membantu memperbaiki sistem pencernaan, mencegah kering tekak, kulit kering dan sembelit..
Korang yang nak cantik tu, boleh la cuba Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest ni.. Yang penting selamat untuk diamalkan.. Satu lagi perlulah konsisten ye.. Jangan pula korang cuba hanya satu boostick dah nak nampak cantik.. Memang tak dapat la.. Huhu.. Kena konsisten tau.. Baru nampak hasilnya.. Antara bahan utama yang terkandung dalam boostick ini adalah Sirap Glukosa, Pekatan Lobak, Air, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Pear Cina, Sarang Burung, Halia, Lily Bulb. Tuckhoe, Buah Luo Han Guo, Akar Kudzu, Ubi Ophiopogon dan Asid Benzolik..
Owh ya, boostick pear + bird nest ni juga bagus untuk mereka yang selalu bekerja sehingga lewat malam macam aku.. Haha.. Sebab itu juga aku ambil boostick pear + sarang burung ni.. Aku selalu kerja sampai lewat malam.. Kadang tu tidur pun tak cukup.. Bawah mata gelap tak payah nak cakap la.. Sentiasa rasa lesu dan tak bertenaga.. Alhamdulillah, lepas amalkan boostick ni, aku lebih bertenaga walaupun kurang tidur..
Untuk variasi ini, rasa dia manis, semanis buah pear.. Siapa penggemar buah pear pasti suka akan rasanya.. Sedap!
Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum (Buah Goji + Kekwa Putih)
Boostick yang ketiga adalah Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum.. Tau tak Wolfberry tu buah apa? Hehe.. Wolfberry itu adalah Buah Goji.. Buah goji juga banyak khasiatnya guys.. Antaranya juga untuk kecantikan kulit, kaya antioksidan, anti penuaan, dapat membantu meningkatkan penglihatan, mencegah kolestrol tinggi dan banyak lagi..
Chrysanthemum juga baik untuk mata tau.. So, gabungan antara kedua-dua bahan utama ini dapat membantu melegakan keletihan mata terutamanya bagi mereka yang bekerja dengan skrin komputer atau laptop atau handphone terlalu lama.. Nampak banyaknya 'atau' tu.. Haha.. Selain dua bahan tersebut, terdapat beberapa bahan lain lagi yang terkandung dalam boostick ini seperti Sirap Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Buah Goji, Kekwa, Perisa Kekwa sebagai bahan perasa dan Asid Benzolik. Juga sesuai untuk semua peringkat umur..
Untuk variasi ini, rasa dia manis-manis sedap gitu.. Aku suka rasanya.. Nasiblah boostick Ecolite ni rasa dia sedap kan.. Kalau tak, susah juga aku nak consume boostick ni.. Dah la banyak khasiat, rasanya pun sedap.. Hiks..
Dimana nak dapatkan Ecolite Boostick ni?
Oklah, bagi korang yang rasa nak cantik tu dan nak jaga kesihatan, bolehlah cuba Ecolite Boostick ni.. Nak ambil ketiga-tiga variasi sekali pun boleh.. Macam aku memang ambil ketiga-tiganya sekali kerana khasiatnya berbeza dan ianya adalah suplemen tambahan dan selamat diamalkan.. Lagi pula, aku memang memerlukan khasiat daripada ketiga-tiga variasi ini..
Biasalah umur dah semakin meningkat ni, banyak benda nak kena jaga terutamanya kesihatan.. Sebab itulah aku amalkan suplemen Ecolite Boostick ni.. Bukan sahaja mudah dibawa kemana-mana malah mudah juga pengambilannya..
Dekat mana nak dapatkan Ecolite Boostick ni? Haaa korang boleh dapatkannya di Guardian, Big Pharmacy dan Health Lane Family Pharmacy.. Produk ini memang dijual di farmasi dan ini membuatkan aku lebih yakin untuk mengamalkannya..
Harga? Ok, untuk harganya pula - sekotak hanya RM38.80 sahaja.. Dalam satu kotak ni terdapat 10 sachets.. Boleh dibancuh dengan air suam atau terus makan begitu sahaja.. Mudahkan!
Orite guys, untuk info lanjut, boleh layari 👇
➥ Website : https://www.ecolite.com.my/
➥ Instagram : https://www.instagram.com/ecolite_malaysia/
➥ Facebook : https://www.facebook.com/ecolitemalaysiapage/
** Make use of Zalora Coupons to get good discounts on beauty products**
No comments
Post a Comment