Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zatulakhtar binti Yakop

Saturday, May 8, 2021

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zatulakhtar binti Yakop  |  Assalamualaikum.. Hi guys.. Tak lama lagi para pendidik di Malaysia akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2021 ini.. Sebut aje Hari Guru ni teringat zaman sekolah dulu.. Kadang tu terasa rindu untuk kembali ke zaman persekolahan.. Rindu kawan-kawan dan guru-guru.. Time sekolah dulu, ada la beberapa orang guru feberet aku.. Aku yakin, korang pun pasti ada guru yang korang suka dan senangi kan.. Sungguhpun begitu, kita patut hargai setiap guru yang mengajar kita tak kiralah kita suka ataupun tidak kerana tujuan  mereka hanyalah satu untuk mendidik kita menjadi orang yang berjaya dan berguna meskipun cara pembelajaran yang dibawanya berbeza..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Kalau dulu, setiap kali Hari Guru, aku dan kawan-kawan pasti akan sediakan hadiah buat guru kami... Walaupun time tu aku hanya dapat sediakan hadiah yang tak seberapa (almaklumlah masih  bergelar pelajar kan.. hehe), tetapi aku rasa happy sangat kerana dapat sediakan sesuatu untuk cikgu sebagai membalas jasa mereka dalam mendidik aku.. Terima kasih cikgu..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zatulakhtar binti Yakop

Dah alang-alang bercerita tentang Hari Guru ni, aku nak share la jugak dengan korang tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ni. Kalau korang nak tahu, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini merupakan anugerah tahunan yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah memberikan komitmen sepenuh hati dalam mendidik para pelajar dan sekaligus memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya dan menjadi yang lebih baik.

Seronok baca kisah inspirasi yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia tentang guru yang mereka calonkan untuk Anugerah Inspirasi McDonald's ini.. Setiap satu kisah, membawa inspirasi yang berbeza.. Nasib la pencalonan untuk anugerah ini telah tamat, kalau tak mahu aku pun calonkan juga guru-guru yang mengajar aku dulu.. hehe.. Apa-apa pun aku tabik la kepada mereka yang bergelar guru ni.. Jasa mereka sangat besar dan akan dikenang hingga akhir hayat.. TQ cikgu..!! 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ok, dalam banyak-banyak kisah inspirasi yang dikongsikan, aku tertarik dengan kisah inspirasi guru dari Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Pahang ini iaitu Cik Zatulakhtar binti Yakop atau lebih senang disapa oleh pelajarnya dengan panggilan Teacher Zatul.. Teacher Zatul kini berusia 44 tahun berasal dari Pekan, Pahang adalah seorang guru Bahasa Inggeris.. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru seawal usia 25 tahun iaitu pada tahun 2002 di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah dimana dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah.. Sekarang beliau telah dinaikkan pangkat dan memegang jawatan Ketua Jaminan Kualiti di kolej yang sama..

Apa yang menariknya tentang Teacher Zatul ini, pada awalnya beliau langsung tidak berminat untuk menjadi guru.. Cita-cita asalnya adalah untuk menjadi seorang Peguam kerana Teacher Zatul ni suka berdebat dan berhujah.. Beliau juga pernah bercita-cita untuk menjadi Penyampai Berita di TV kerana beliau sangat suka berhadapan dengan kamera.. Tapi apakan daya, kerana ingin memenuhi hasrat seorang ayah yang inginkan anaknya menjadi seorang guru, Teacher Zatul akur.. Dari situlah bermula perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Tugas pertama yang diberikan kepada beliau adalah menjadi Guru Kelas dimana kesemua pelajarnya adalah lelaki.. Beliau juga diberi tanggungjawab menjadi Guru Pengawas dan beliau berjaya membentuk imej Badan Pengawas Sekolah sebagai badan yang proaktif, berwibawa dan disegani.. Bukan setakat itu sahaja, beliau juga merupakan Pengurus Pasukan dan Jurulatih bagi Pasukan Bahas Bahasa Inggeris di sekolah dan telah membawa pasukannya untuk bertanding dalam pertandingan 'Parliamentary Style Debate'.. Pasukan dibawah kendaliannya pernah menduduki Tempat Ketiga dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Kehebatan Teacher Zatul tidak terhenti setakat itu sahaja.. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan dan Jurulatih Pasukan Bola Jaring Kolej. Dengan kegigihan beliau dalam menimba pengetahuan sebagai Jurulatih Bola Jaring, beliau telah berjaya menaikkan imej dan reputasi pasukan Bola Jaring Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah yang sebelum itu dikenali sebagai pasukan belasahan setiap kali menyertai pertandingan. Bukan itu sahaja, beliau berjaya membawa pasukan Bola Jaring memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Bola Jaring Karnival Vokasional Teknik Peringkat Negeri Pahang. 

Beliau juga seringkali diberikan tanggungjawab sebagai Pengacara Majlis di acara-acara utama sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dek kerana suaranya yang lunak sesuai sebagai Pengacara Majlis rentetan juga dengan cita-citanya yang ingin menjadi seorang Pembaca Berita suatu ketika dahulu.. 

Bukan setakat itu sahaja tugasnya sebagai seorang guru, beliau juga pernah menyelamatkan seorang pelajar yang hampir hanyut dalam hidup dan hampir berhenti sekolah kerana menghadapi masalah keluarga.. Beliau telah berusaha untuk membela nasib pelajar tersebut dan akhirnya pelajar itu berjaya menduduki peperiksaan SPM sehingga selesai.. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Sebut tentang SPM, Teacher Zatul juga pernah mencipta sejarahnya yang tersendiri dimana semasa SPM pada tahun 2006, buat julung kalinya pelajar Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah mendapat 8A dan Teacher Zatul adalah guru kelas mereka.. Ini juga merupakan tahun pertama dimana paling ramai pelajar mendapat A bagi subjek Bahasa Inggeris. 

Teacher Zatul Guru Yang Dikagumi dan Disayangi Oleh Pelajarnya

Teacher Zatul yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa (Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor - tahun 2000) ini merupakan seorang guru yang sangat dikagumi dan disayangi oleh pelajarnya miskipun beliau seorang yang tegas.. Beliau mengajar subjek 'General English' dan sepanjang mengajar, beliau menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya membuatkan ada para pelajarnya yang tak keruan malahan membuatkan ada pelajar yang tidak berminat dengan subjek itu..

Namun begitu, Teacher Zatul berusaha untuk menarik minat dan mendapatkan minat pelajar supaya fokus terhadap subjek Bahasa Inggeris.. Ini juga merupakan satu cabaran yang dilalui oleh Teacher Zatul sepanjang bergelar guru.. Dengan kegigihan dan rasa tanggungjawab beliau dalam mendidik para pelajar akhirnya beliau berjaya melaluinya dengan menerapkan cara pembelajaran yang 'magis' iaitu mengajar dengan cara yang menyeronokkan dan mengembirakan pelajar contohnya beliau meminta para pelajar menyanyikan lagu kegemaran mereka dan menterjemahkan lirik lagunya.. Wahh aku pun berminat nak belajar Bahasa Inggeris kalau macam ni.. Haha.. Selain itu, beliau juga menganjurkan "English Drama Competition" semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Unit Bahasa di kolej tersebut bagi menggalakkan pelajar minat terhadap Bahasa Inggeris.. Dengan cara kreatif yang beliau terapkan ini, akhirnya beliau berjaya menarik minat pelajarnya dalam subjek Bahasa Inggeris yang diajarnya..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ok, antara pengorbanan Teacher Zatul sepanjang bergelar guru adalah semasa beliau menjadi Guru Kelas dimana beliau banyak korbankan sebahagian besar masa beliau untuk para pelajarnya kerana beliau tidak mahu mereka rasa terabai memandangkan mereka tinggal di asrama.. Pada hujung minggu pula beliau banyak menghabiskan masa menemani mereka untuk 'study hour' dan banyak juga masa dihabiskan dengan menghias kelas supaya kelas nampak menarik, selesa dan penuh motivasi supaya mereka lebih bersemangat dan bersungguh ketika belajar... Itulah komitmen sepenuh hari seorang guru terhadap pelajarnya..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Antara pencapaian Teacher Zatul, beliau pernah menerima Anugerah Pekhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2007, 2014 dan 2018.. Tahniah cikgu! Katanya, dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini juga merupakan sesuatu yang sangat beliau hargai dan tidak dapat dilupakan.

pencapaian beliau yang paling tidak dapat dilupakan dan paling terbaik yang pernah beliau capai.. 

Ok guys, untuk ikuti kisah penuh mengenai Teacher Zatul yang dicalonkan oleh Nashrul Lukman Haziq, korang boleh layari link ini  👇

https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees/1914


Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ini merupakan tahun kelima McDonald's Malaysia menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini.. Ramai rakyat Malaysia yang telah menunjukkan penghargaannya dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka pada 02 hingga 18 April 2021 yang lalu..

Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, hanya 25 orang guru sahaja yang akan dipilih untuk menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dan mereka akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan dalam satu majlis yang akan dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Haru Guru nanti.. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Oh ya, warganegara Malaysia yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan pula akan mendapat baucar McDonald's yang bernilai RM200..

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih adalah termasuk peningkatan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pembelajaran yang inovatif dan diluar kotak, menjalankan tanggungjawab melampaui tuntutan tugas untuk membantu pelajar dan juga mewujudkan kesan positif pada diri pelajar.

Ok guys, tak lama lagi keputusan akan keluar.. So, nantikan pengumuman keputusan 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi MdDonald's 2021 - Cikgu Luar Biasa pada penghujung Mei ini.. Untuk info lanjut, korang boleh layari https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi



5 comments:

  1. Tahniah buat Teacher Zatul. Semoga lebih banyak teacher seperti beliau yg ikhlas dalam mendidik pelajar.

    ReplyDelete
  2. memang layak dapat anugerah tu... huhu...

    ReplyDelete
  3. Nampak dengan jelas kemesraan dengan anak2 murid tu. macam ibu dan anak2! terbaik cikgu

    ReplyDelete
  4. Best bila baca kisah2 inspirasi guru2 nie

    ReplyDelete