Kitsui Review Perbezaan Antara Produk Whitenin BB dan Vita C+ Shine

Saturday, June 5, 2021

Kitsui Review Perbezaan Antara Produk Whitenin BB dan Vita C+ Shine  |  Hi guys.. Lama tak bercerita tentang produk kecantikkan kat sini.. Kali ni nak share dengan korang suplemen yang baru je aku try iaitu Kitsui.. Produk Kitsui ni banyak jenis tau.. Yang aku cuba sekarang ni produk Whitenin BB dan Vita C+ Shine.. Almaklumlah dah berumur ni, nak kena la jaga kecantikan tu lebih sikit.. Barulah lambat sikit 'kisah' penuaan tu berlaku.. Hikhik! Aku berani try produk ni sebabnya produk Kitsui ni bebas daripada bahan-bahan berbahaya.. Tiada bahan pengawet, gluten, GMO, antibiotik dan bahan larangan yang boleh mengganggu hormon dan kesihatan badan.. Produk Kitsui ini juga telah disahkan HALAL dan sesuai untuk Vegan.. Kitsui juga telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa... That why la aku cuba produk Kitsui ni.. Sebab diyakini selamat..


Perbezaan Antara Produk Kitsui Whitenin BB dan Kitsui Vita C+ Shine

Di pasaran sekarang pelbagai produk makanan tambahan ada di jual.. Pelbagai jenis pelbagai jenama dengan menjanjikan pelbagai manfaat dan kesan segara yang menjadi rebutan mereka di luar sana untuk tampil lebih cantik.. Tak semua produk tersebut selamat digunakan jika diteliti dengan baik kerana ada diantaranya mengandungi bahan-bahan terlarang yang berbahaya dimana dapat memudaratkan kesihatan.. Jadi, sebelum beli baiklah periksa dahulu status produk yang ingin dibeli itu agar tidak merisikokan kesihatan diri dengan produk seperti itu..

Setakat ni aku yakin sangat dengan produk Kitsui ni kerana Kitsui adalah produk kesihatan yang telah bertapak lebih dari 20 tahun di pasaran tempatan.. Seperti yang aku nyatakan di atas tadi, kesemua produk Kitsui ini selamat diamalkan kerana telah lulus ujian makmal dan ujian keselamatan malah telah mendapat sijil HALAL dari kilang bertaraf GMP sebelum dipasarkan di farmasi Watsons dan juga Guardian kepada orang ramai.. Ok, jom aku kongsikan dengan korang perbezaan antara produk Whitenin BB dan Vita C+ Shine yang aku cuba ni.. Hehe..



Kitsui Whitenin B.B.

Aku excited sikit dengan produk whitening ni.. Yelah, kulit tak berapa nak cerah kan.. Tengok orang kulit cerah, teringin la jugak.. So, carilah produk whitening untuk cerahkan kulit.. Tapi tengok jugak la produk tu selamat ke tak.. Kalau selamat barulah on.. Kalau tak, memang tidak la aku nak cuba... 

Kitsui Whitenin B.B. ni khas untuk kulit yang dapat membantu mengurangkan muka berminyak, mengecilkan pori-pori, mencerahkan kulit wajah dan melicinkan kulit wajah.. Apa yang bagusnya dengan Whitenin B.B. ni, bagi yang alahan dengan kolagen pun boleh consume produk kitsui yang ini.. Sesuai sangat untuk mereka yang ada alahan kolagen, kulit berminyak, pori-pori muka besar, bintik hitam dan warna kulit tak sekata..

Ada beberapa faktor sebenarnya penyebab masalah kulit yang perlu korang tahu.. Antaranya pengambilan makanan berminyak atau berlemak, menggunakan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit muka, menghadapi tekanan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon menyebabkan kulit muka berminyak dan terdedah di kawasan panas dan terbuka.. So, sambil kita consume produk Kitsui ni kenalah juga faktor penyebab masalah ini ye.. Barulah kesannya lebih ohsem!!

Kitsui Whitenin B.B. ni dihasilkan daripada beberapa bahan utama yang memberi kebaikan untuk kulit seperti Orange Powder dapat menghasilkan kulit yang berseri, Acerola dapat membantu sekatakan warna kulit dan mencerahkan kulit, Grape Seed dapat mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu serta Berries dapat mencegah kulit berminyak.. Setiap bahan yang digunakan ada kebaikannya yang tersendiri.. Itu baru lihat kebaikan pada bahan-bahan utamanya, belum lagi lihat kebaikan secara keseluruhannya.. Jom check it out!!

Kebaikan Whitenin B.B.

  • Menyinarkan dan mencerahkan seluruh wajah dan badan
  • Mencegah pembentukan bintik hitam dan bintik-bintik putih
  • Mengawal lebihan minyak yang berlebihan pada wajah
  • Mengecilkan liang pori pada wajah dan juga pada bahagian hidung
  • Meningkatkan kecerahan kulit dengan ketara dalam masa 1 - 2 minggu
Cara Penyediaan
  • Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam
  • Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan
  • Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik

Ramai dah yang cuba produk Kitsui Whitenin B.B. ni tau.. Rata-ratanya memberi feedback yang positif.. Ada yang menampakkan kesan dalam tempoh 7 hari dan ada juga seawal 3 hari.. Keberkesanannya juga mengikut atas keserasian tubuh badan kita.. Sudah pasti kesannya berbeza bagi setiap individu sebab sistem tubuh badan kita ni tak sama.. Tapi yang pastinya, ramai yang dah mencuba produk Kitsui ini dan mendapat kesan yang baik seperti kulit berseri-seri, menghilangkan jerawat, awet muda, kulit lebih flawless dan sebagainya.. 

Kitsui Vita C+ Shine


Satu lagi produk terbaik keluaran Kitsui adalah Vita C+ Shine.. Produk ini khas untuk imuniti badan.. Di musim pandemik ni, memang perlu untuk kita ambil Vitamin C bagi mencegah Covid-19 dengan izinNya.. Insyaallah.. Yang penting kita usaha untuk mengatasinya daripada tidak membuat apa-apa kan.. Vita C+ Shine ni dapat meningkatkan sistem imuniti badan untuk kuatkan daya tahan melawan penyakit.

Vita C+ Shine ni dirumus khas dengan gabungan 6 buah-buahan yang mengandungi Vitamin C (1000mg) semulajadi yang tinggi beserta dengan Vitamin A, D, B12, B2 dan B6.. Antara buah-buahan yang terkandung dalam Vita C+ Shine ni adalah :-
  • Pomegranate 200mg
  • Kiwi 150mg
  • Nanas 150mg
  • Mango 150mg
  • Lemon 150mg
  • Orange 100mg
  • Ascorbic Acid 100mg

Siapa yang sesuai untuk ambil Vita C+ Shine ini?

Ok, Vita C+ Shine ni sesuai untuk mereka yang cepat letih, gusi sentiasa berdarah atau sakit, sentiasa selsema, badan sentiasa lemah, imunisasi badan yang rendah, sakit sendi dan ada masalah penglihatan. Tahukah korang, penyebab dari masalah ini adalah kerana kita kurang makan buah-buahan yang mengandungi kandungan Vitamin C semulajadi yang tinggi, kurang makan sayur-sayuran, kurang bersenam, kurang minum air dan mengamalkan makanan yang tidak seimbang.. Ini adalah faktor utama yang menyebabkan masalah tersebut..

Aku sendiri pun susah sangat nak makan buah-buahan ni.. Tak selalu beli buah-buahan.. Jarang-jarang.. Sayur pun macam tu jugak.. Tak selalu makan sayur dan hanya sayur-sayur terpilih sahaja yang aku makan.. Hehe.. Sebab itu jugalah aku amalkan Vita C+ Shine ni untuk mendapatkan sumber vitamin C yang mencukupi untuk badan aku.. 

Kitsui Vita C+ Shine ini dihasilkan daripada buah-buahan yang dapat membekalkan vitamin yang cukup dan memberi manfaat baik kepada tubuh badan kita.. Antara buah-buahan yang terkandung dalam produk ini adalah :-
  • Delima (Nutrisi Vitamin C & D)  -  Baik untuk kesihatan mata dan melindungi kulit dari sinaran UV & UVB
  • Oren (Nutrisi Vitamin C)  -  Membantu sistem imuniti badan yang lebih kuat'
  • Kiwi (Nutrisi Vitamin C, A & B)  -  Meningkatkan kecergasan badan
  • Lemoh (Nutrisi Vitaminb C & B)  -  Menjaga kesihatan mulut dan gusi
  • Mangga (Nutrisi Vitamin C, A & K) 
  • Nanas (Nutrisi Vitamin C, E& K)  -  Mencegah kerosakan akibat radikal bebas
Kebaikan Kitsui Vita C+ Shine
  • Meningkatkan sistem imuniti badan yang lebih kuat
  • Memberi kecergasan badan
  • Kesihatan penglihatan menjadi lebih baik
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dapat melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB  
  • Sesuai untuk seisi keluarga (12 tahun dan ke atas)
Apa yang menariknya dengan Vita C+ Shine ni, ia diformulasikan dengan formulasi yang terkini Korea yang menggunakan teknologi pembekuan berkepekatan tinggi untuk menghasilkannya dalam bentuk serbuk dengan menggunakan mesin vakum tetapi bukan vakum alkohol dan menggunakan teknologi serta sumber buah-buahan dari Itali.. 


Cara Penyediaan
  • Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam
  • Lebihs edap dicampurkan dengan air sejuk
  • Goncang sehingga larut dan diminum sebaik sahaja selepas penyediaan
  • Pastikan minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik
Satu kotak Vita C+ Shine ni mengandungi 10 sachet.. Boleh diambil selepas sarapan atau sebelum tidur.. 

Aku dah ambil Vita C+ Shine ni 3 hari secara konsisten, aku dapat rasakan perubahannya.. Kalau sebelum ni aku cepat letih dengan kesibukan kerja di pejabat dan dirumah juga dengan menguruskan anak-anak memang aku kurang rehat.. Lepas 3 hari consume Vita C+ Shine ni, aku rasa lebih bertenaga dan mood pun ok je.. Biasa kalau letih ni, cepat je rasa nak marah.. Hehe..

Kulit pun lebih lembap berbanding sebelum ni agak kering kerana banyak masa dihabiskan dalam bilik berhawa dingin.. Satu lagi yang bestnya, rasa Kitsui Vita C+ Shine ni sedap tau.. So, mudahlah untuk aku minum tanpa perlu menahan rasa yang tak sedap.. Hiks.. Apa yang lebih meyakinkan aku lagi, semua produk keluaran Kitsui bebas bahan-bahan berbahaya.. Sebab itu jugalah aku berani untuk consume produk Kitsui ini..


Testimoni Pengguna Produk Kitsui

Kalau korang nak tahu, banyak lagi sebenarnya produk keluaran Kitsui ni... Bukan hanya dua produk ini sahaja malah ada juga untuk detox, turunkan berat badan dan banyak lagi.. Ramai dah yang mencuba produk dari jenama terlaris di Watsons dan Guardian farmasi ini tau dan kebanyakannya memberikan feedback yang positif.. Jom kita lihat apa kata mereka..










Dekat Mana Nak Dapatkan Produk Kitsui Ini?

Ok, untuk dapatkan produk Kitsui ini, korang boleh dapatkannya di Watsons dan juga Guardian yang berhampiran dengan korang.. Kitsui adalah jenama terlaris di Watsons dan Guardian farmasi.. Semua produknya selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya. Jom guys cantik dan sihat dengan produk Kitsui.. :)


Untuk info lanjut, boleh layari 👇

Kitsui Whitenin B.B.

Website

Shopee mall


Kitsui Vita C+ Shine

Website

Shopee mall

Instagram

Tiktok

Facebook

Youtube




6 comments:

  1. Nak kena ambil supplement gak ji, umur nk masuk 40 ni lain macam dh

    ReplyDelete
  2. Macam nak try la yg vit c shine tu. Semua buah2. Mesti rasa dia pun sedap jugak.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap jgk tgk kitsui ni..nanti dh hbis suplemen skg , blh la usha ni pulak

    ReplyDelete
  4. Mcm2 produk minuman kesihatan kitsui nie.. kita pun suka kitsui.. sblm nie dah amalkan coco.. boleh try vit c dgn whitenin nie pula...

    ReplyDelete
  5. My friend also recommend me to take this health & beauty drinks.

    ReplyDelete
  6. Produk kitsui memang antara supplement yang terbaik

    ReplyDelete