Safi Shayla Supa Rangkaian Terbaru Safi Shayla Khas Untuk Wanita Berhijab Atasi Masalah Rambut Berbau | Hi korang! Ada tak yang menghadapi masalah rambut berbau? Kalau ada, aku nak recommend dekat korang syampu terbaru keluaran Safi Shayla ini iaitu Safi Shyla Supa rangkaian terbaru Safi Shayla khas untuk wanita berhijab yang dapat mengatasi masalah rambut berbau.. Best tau bau syampu ni.. Kalau tak percaya, silalah cuba.. Hehe..
Kalau korang nak tahu, Safi Shayla adalah sub jenama penjagaan rambut dibawah SAFI iaitu jenama terkemuka yang mengekluarkan produk penjagaan diri yang unik dan komprehensif yang dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelali muslim moden.. Safi Shayla merupakan rangkaian syampu pertama yang direka dan dirumus khas untuk pemakai hijab dimana ia dilancarkan pada Oktober 2012. Apa yang menarik, rangkaiannya dirumus dengan Habatus Sauda iaitu bahan semulajadi yang terkenal di kalangan orang Melayu. Paling penting ianya telah disahkan HALAL oleh JAKIM.
Atasi Masalah Rambut Berbau Dengan Safi Shayla Supa
Sebut sahaja Safi Shayla, dah terlintas difikiran jenama ni khas untuk wanita berhijab.. Betul tak? Yang tak berhijab pun boleh je nak guna jenama ni sebenarnya, tak menjadi masalah pun.. Cuma yang pastinya Safi Shayla memang direka khas untuk hijabista kerana wanita yang berhijab ni seringkali menghadapi masalah rambut berbau. Yelah seharian memakai hijab, sudah pastinya berpeluh.. Lagi teruk bila bekerja dalam keadaan yang panas.. Lagilah cepat berpeluh.. Ini membuatkan rambut mudah berbau akibat berpeluh.. Jadi, Safi Shayla telah memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah rambut berbau ini..
Korang tahu tak apakah punca rambut berbau? Kalau tak tahu, meh aku share dengan korang 5 punca rambut berbau..
1. Berpeluh
Macam yang aku ceritakan tadi, salah satu punca adalah berpeluh terutamanya bagi mereka yang kuat berpeluh lebih cenderung menghadapi masalah rambut berbau.. Ini kerana peluh yang terkumpul di kulit kepala dan rambut kita terutamanya bagi korang berambut panjang yang sering mengikat rambut akan menyebabkan ia tidak dapat bernafas dan akan membangkitkan bau yang kurang enak atau lebih tepat, bau kepam..
2. Pemakaian Tudung
Yes, bertudung memang wajib bagi orang Islam.. Tetapi pilihlah tudung yang sesuai dan selesa.. Memakai tudung yang terlalu tebal, membuatkan kulit kepala cepat berpeluh dan akan menyebabkan rambut berbau..
3. Rambut Basah
Cuci rambut pun kena ada perancangan tau.. Jika korang jenis yang suka lepas cuci rambut, terus ikat rambut dan pakai tudung, ini adalah salah satu punca menyebabkan rambut berbau.. Rambut yang tidak dikeringkan terlebih dahulu akan menimbulkan bau kurang menyenangkan.. \
4. Tidak Syampu Rambut
Ada dikalangan kita suka memandang remeh terhadap penjagaan rambut. Ada yang ambil sambil lewa perihal mencuci rambut.. Jarang syampu rambut atau ada juga yang tidak suka syampu rambut.. Eeuwww!! Pengotor.!! Jangan begitu kawan!! Kalau rambut tidak dibersihkan, kekotoran dan peluh yang terkumpul akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan..
5. Salah Pilih Syampu
Salah pilih syampu juga akan menyebabkan rambut bermasalah.. Tak semua jenama syampu sesuai dengan kita... Jadi, kena pilih yang betul-betul sesuai barulah rambut tak berbau dan timbul masalah lain.. Aku sendiri pun pernah salah pilih syampu sebelum ni menyebabkan rambut aku cepat berbau.. Tapi sekarang tak lagi selepas menggunakan Safi Shayla SUPA ni.. Rambut aku SUPA lembut, SUPA wangi dan SUPA ringan..
Rangkaian Safi Shayla SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan
Ok, jom aku kenalkan kepada korang rangkaian Safi Shayla SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan ni.. Ia terdiri daripada 3 produk iaitu :-
- Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Shampoo
- Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Leave On Cream
- Safi Shayla Supa Hair Fall Control Leave On Cream
- Cuci rambut dengan Safi Shayla Supa Smooth Fragrant Shampoo dan bilas sehingga bersih.
- Sapukan Supa Leave On Cream..
- Biarkan kering dan tidak perlu dibilas.
- Hadiah utama : Sebuah SUPA Pink Vespa bernilai RM17,000.00
- Hadiah Wang Tunai Mingguan sehingga RM1,000 kepada pengguna yang bertuah yang menyertai contest ini..
Cantik packaging dia colour pink pulak tu
ReplyDelete