Atasi Bau Badan Dengan Rangkaian Terbaru Safi Hijabista Bodycare Untuk Kekal Aktif Dan Bergaya | Hi Hijabista! Nak tanya ni.. Ada tak dikalangan korang yang suka berfesyen stail berlapis-lapis.. Lepas tu pernah tak korang kena tegur badan berbau? Mesti korang rasa segan dan malu kan time tu.. Ini juga mungkin boleh menyebabkan korang hilang keyakinan diri untuk terus berfesyen.. Betul tak? Selalunya, punca yang menyebabkan bau badan terjadi adalah seperti menghadapi tekanan yang berlebihan, diabetes, kesan sampingan ubat-ubatan, penggunaan baju dalam yang terlalu lama dan banyak lagi.. Jangan risau, masalah bau badan ni sebenarnya bukanlah masalah yang berkekalan malah ia boleh di atasi dengan rangkaian baru Safi Hijabista Bodycare ini untuk kekal aktif dan bergaya..
Sebagai Hijabista, mesti korang nak kekal bergaya dan aktif dengan pelbagai fesyen kan? Nak bergaya dengan fesyen berlapis ni memang mencabar. Lagi-lagi dengan cuaca yang panas dan lembap sekarang ni.. Betul tak? Peluh, bau badan dan rasa melekit buat kita tak selesa dan kurang keyakinan, menyukarkan lagi kita untuk kelihatan terbaik sepanjang masa..
So, sekarang korang dah tak perlu risau kerana Safi Hijabista Bodycare kan ada! Deodaran antibakteria dan losyennya ringan pada kulit dan diperbuat daripada bahan semulajadi.. Ianya dicipta khas untuk memberikan penyelesaian kepada semua Hijabista diluar sana.. Diformulasi dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology untuk mengatasi bau badan, memberikan kesegaran, keselesaan serta keyakinan kepada kita untuk kekal bergaya bila-bila masa dan di mana jua!
Safi Hijabista Bodycare Direka Khas Untuk Keselesaan Hijabista
Baru-baru ini Safi telah melancarkan rangkaian terbaru mereka iaitu Safi Hijabista Bodycare yang terdiri daripada :-
- Antibacterial Deodorant Roll On
- Antibacterial Deodorant Spray
- Aqua Gel Lotion
- Shoothing Gel
Safi Hibista Bodycare adalah rangkaian penjagaan badan pertama di pasaran yang direka khas untuk keselesaan Hijabista dan si pemakai fesyen yang bergaya agar sentiasa merasa segar, selesa dan yakin dengan gaya sepanjang hari. Rangkaian ini diperbuat daripada bahan 'skin loving' di mana ramuannya dihasilkan secara semulajadi untuk mengatasi bau badan yang telah diuji secara klinikal dan dermatologi. Ianya bebas daripada ujian haiwan, paraben, alkohol, pewarna dan minyak mineral. Produk ini juga merupakan produk penjagaan badan yang ringan teksturnya, tidak melekit, penyerapan cepat dan pelindung bau.
Jangan risau, Safi adalah jenama HALAL yang terkemuka di Malaysia yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandian yang unik dan komprehensif yang dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelaki Muslim moden. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi terbaik yang memenuhi syarat syarak dan disahkan HALAL oleh JAKIM.
Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On
Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On ini dirumus khas untuk keselesaan Hijabista dengan 7 Pro Action 48h, Scent Care Technology & Easy Glide Applicator yang bukan alkohol, tidak melekit dan tidak meninggalkan kesan pada pakaian agar kekal kering, segar untuk keyakinan sepanjang hari. Ia juga telah diuji secara dermatologi dan klinikal.
- Anti Bakteria
- Anti Bau Badan
- Anti Peluh
- Anti Stress Kulit
- Anti Iritasi
- Anti Kesan Baju
- Anti Melekit
Deodorant Roll On ini tidak melekit. Ia didatangkan dalam 3 variasi iaitu Healthy White - Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh - Aloe Vera & Cucumber dan Soft & Smooth - Shea Butter & Almond Oil.
Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Spray
Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Spray ini dirumus khas untuk keselesaan Hijabista dengan 7 Pro Action 48h & Scent Care Technology yang bukan alkohol, menyegarkan dan tidak meninggalkan kesan pada pakaian untuk ketiak lebih lembut kekal yakin sepanjang hari. Ia juga telah diuji secara dermatologi dan memberikan perlindungan sehingga 48 jam..
- Anti Bakteria
- Anti Bau Badan
- Anti Peluh
- Anti Stress Kulit
- Anti Iritasi
- Anti Kesan Baju
- Anti Melekit
Deodorant Spray ini cepat kering tau.. Itu yang bestnya.. Ia didatangkan dalam 3 variasi iaitu Healthy White - Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh - Aloe Vera & Cucumber dan Soft & Smooth - Shea Butter & Almond Oil.
Safi Hijabista Bodycare Aqua Gel Lotion
Safi Hijabista Bodycare Aqua Gel Lotion ini gel ringan yang menyegarkan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dengan penyerapan pantas dan sekaligus dapat menghidrat kulit untuk keselesaan Hijabista dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology yang terdiri daripada agen pencegah bau busuk untuk menaturalkan aroma yang tidak menyenangkan. Ia juga dapat menenangkan dan menyegarkan badan serta menjadikan kulit licin dan lembut dengan wangian tahan lebih lama.
- Meremajakan Kulit
- Menghidrat
- Melembut
- Menenangkan
- Menganjal
- Mengurangkan kedutan
- Menyegarkan
Aqua Gel Lotion ini tidak melekit dan mudah menyerap.. Ia didatangkan dalam 2 variasi iaitu Soothing Fresh dan Radiant Fresh.
Safi Hijabista Bodycare Soothing Gel
Safi Hijabista Bodycare Soothing Gel ini adalah formulasi multi-fungsi ringan yang menyegarkan.. Ia tidak melekit dan memberikan penyerapan yang pantas untuk keselesaan Hijabista dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology yang terdiri daripada agen pencegah bau busuk untuk menaturalkan aroma yang tidak menyenangkan. Ia juga dapat menenangkan, menyegarkan dan mencerahkan kulit.. Kulit lebih smooth dan velvety..
Sesuai untuk :-
- Merawat selaran matahar
- Tumit merekah
- Kulit kering dan mengelupas
- Melegakan iritasi kulit
- Aplikasi selepas cukuran
- Rawatan rambut
- Melembapkan kulit badan
Soothing Gel ini tidak melekit dan mudah menyerap.. Ia didatangkan dalam 2 variasi iaitu Pomegranate dan Aloe Vera.
Safi X Tudung Ruffle
Sekali lagi Safi Malaysia berkolaborasi dengan Tudung Ruffle.. Rasanya jenama @TudungRuffle ini tidak asing lagi di kalangan hijabista dan penggemar tudung bawal dan shawl.. Rekaannya yang menarik dan cantik membuatkan jenama ini dikenali dan tudung bawal keluarannya juga senang dibentuk dalam banyak material..
Untuk kolaborasi ini, Tudung Ruffle menghasilkan rekaan khas yang sangat cantik bagi aku dengan tona warna yang lembut dan ceria.. Kali ni didatangkan dengan 2 jenis tudung iaitu scarf dan shawl.. Warna yang lembut dan corak yang menarik membuatkan ianya nampak eksklusif..
Safi Malaysia Melancarkan Kempen #Hijaboleh
#Hijaboleh ini bertujuan untuk menyampaikan mesej bahawa Hijabista tidak perlu membatasi diri dan dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahu walaupun menghadapi cabaran bau badan, peluh dan ketidakselesaan dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia dengan fesyen pakaian berlapis.. Rangkaian terbaru Safi Hijabista Bodycare ini juga membolehkan mereka kekal segar, selesa dan terus yakin dengan fesyen yang digayakan.
Bersempena kempen #Hijaboleh ini juga, Safi Malaysia telah menganjurkan contest "Peraduan Momen Yakin #Hijaboleh" yang diadakan di seluruh negara pada bulan Julai ini dimana korang boleh rakamkan momen yang paling aktif dan yakin di dalam gambar dan kongsikan di instagram milik korang. Korang berpeluang untuk memenangi IPhone 12 dan banyak lagi hadiah menarik yang lain.. So, apa tunggu lagi.. Jom sertai sekarang!!
Untuk info lanjut, boleh layari :-
👉 Website : https://safi.com.my/
👉 Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia/
👉 Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY
👉 Shopee : Safi Malaysia Official Store
Best Safi skrg, mcm2 produk ada
ReplyDeleteBertudung lagi perlu untuk jaga penampilan diri. Nice produk hijabista dari Safi ni..
ReplyDeleteWalau bertudung..penampilan diri harus dijaga. Sis selalu guna satu brand ni, nanti boleh cuba yg ni pulak
ReplyDeleteTak risau dah lepas ni nk kekal aktif dengan produk safi kan.
ReplyDeleteWah macam2 produk safi bodycare.. Takde la masalah bau badan
ReplyDeleteMakin banyak produk safi... yg nie pula bodycare.. mmg best la sbb ia juga mmg selamat utk kulit..
ReplyDeleteSuka bau pomegranate dia. Wangiiii. Terus jadi fav kita.
ReplyDeleteSenang kan lea...ada bodycare ni insyaAllah bau badan pun boleh diatasi
ReplyDeleteThis Safi Hijabista Bodycare is excellent and i like the packaging too
ReplyDelete