July Book Haul 2021 | Beli buku lagi!! Macam mana la aku nak stop beli buku, bila dorang dok buat sales murah gile bebes... Harga tak dapat terima dek akal.. So, aku borong lagi buku.. Kali ni semuanya dari terbitan Love Novel.. Empat buah buku ni aku beli hanya RM30+ jerk.. Cumanya novel yang aku beli ni keluaran lama la.. Lama pun lama lah janji aku dapat baca.. hiks..
Susah jugak mula tu nak pilih novel yang best sebab aku tak biasa lagi dengan novel terbitan Love Novel ni.. Tak familiar sangat dengan penulisnya dan tajuk novelnya.. Terpaksa la buat research lebih sikit.. Macam biasa la kalau aku buat research ni harus aku tengok review dekat Goodreads.. Setelah diteliti, aku memilih untuk membeli empat buah novel ini :-
- Silhouette by Karra Ryna
- Mencari Jalan Pulang by Farah Adibah
- Gila! Aku Suka Dia by Fatrim Syah
- Jangan Cintai Aku by Eyla Hime
Tak pastilah jalan cerita novel-novel ni best ke tak.. Kalau baca sinopsisnya agak menarik.. So, kenalah hadamkan dulu satu persatu.. Aku pun tak pasti bila dapat baca novel-novel ni.. Sebab banyak lagi novel sebelum ni yang belum di baca.. Haha.. Kebetulan tengah kuarantin ni, ada juga masa aku untuk baca novel.. Kalau tak, memang jarang sangat aku dapat pegang novel untuk dibaca... So, let's go.. Kita check sinopsis novel-novel dari Love Novel ini.. hehe..
Sinopsis Silhouette
Judul Novel : Silhouette
Penulis : Karra Ryna
Terbitan : Love Novel
Muka Surat : 454 m/s
Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua bende aku boleh beli, faham? - Thalea Aleesya
Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat - Razin Qayyim
Pertemuan mereka bermula dengan pertengkaran. Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin. Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang budi. Dia cuba mendekati Razin untuk membalas budi lelaki itu. Namun, ada saja alasan Razin untuk menolak.
Kejadian demi kejadian mencambah rasa dua jiwa. Namun Razin cuba menidakkan. Dia rasa dia tidak layak mengecap bahagia. Tidak mungkin dia melupakan dendam yang masih bersisa.
Sesuatu yang telah berlaku terhadap bapa Thalea membuatkan sikap Razin mula berubah, dan dengan sedaya upaya dia cuba melindungi Thalea daripada bahaya. Kali ini dia mesti menang dan membela apa yang telah hilang.
Dengan apa yang jadi.... aku yakin, selain aku... kau mampu melindungi Thalea. Jadi... aku nak tanya kau soalan terakhir, kau sudi tak jaga adik aku? Jadi suami dia - Hadif Alfian.
Tawaran Hadif, abang Thalea membuatkan Razin mempersoalkan kemahuan hatinya. Dia nekad dan pasti, inilah bahagia yang hatinya mahukan.
Walaupun awak tak pernah tanya, tapi saya nak awak tahu... saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak dan nak lindungi awak. Bukan simpati... - Razin Qayyim
Namun, bahagia yang diidam terlalu banyak halangan. Kisah silam sentiasa mengekori kebahagiaan yang mahu dicipta. Ada manusia yang berdendam dan mahu Razin terus lenyap di duni ini. Setelah apa yang berlaku, adakah Razin akan memberi peluang pada hatinya semula? Adakah Razin akan terus memperjuangkan bahagia yang dia inginkan? Mampukah insan-insan tersayang meneruma kisah silamnya, atau membuang jauh dirinya?
Sinopsis Mencari Jalan Pulang
Judul Novel : Mencari Jalan Pulang
Penulis : Farah Adibah
Terbitan : Love Novel
Muka Surat : 489 m/s
Hana Suziela… Dia dibesarkan dengan kemewahan, namun serba-serbi kekurangan; kurang sifat kasih sayang dan asas hubungan sesama insan. Arah tujunya penuh dosa dan noda, paksinya dibelenggu dengan hawa nafsu. Kebahagiaan yang dicari tidak pernah abadi, lantas dirinya mula mempersoalkan kewujudannya di atas muka bumi. Namun dia tetap beruntung kerana dihadirkan orang-orang yang baik di sekelilingnya.
Zie… kau selalu cakap dengan aku, untuk apa kita hidup atas dunia ni kalau tak ada tujuan… Kau ikutlah aku, Zie… – Mia.
Takdir juga telah mempertemukan dia dengan Uzai tatkala dia sedang lemas dalam putus asa dan kekecewaan. Kemunculan lelaki itu telah memberikan seribu satu perubahan dalam dirinya, mengajarnya hakikat hidup yang sebenar.
Kenapa dalam dunia ni ada kesusahan? Kalau Tuhan sayangkan manusia, Dia takkan biarkan kita ditimpa musibah, kan? – Suzie
Allah turunkan musibah tu sebagai satu bentuk ujian, untuk test siapa antara kita ni yang paling setia bergantung kepada Dia apabila ditimpa kesusahan. – Uzai
Awak tak rasa kejam ke Tuhan buat macam tu? Dia buat kita rasa susah semata-mata untuk uji kesetiaan kita. – Suzie
Akhirnya, kebahagiaan yang hakiki telah pun dijumpai, dan dia bertekad tidak mahu berpaling lagi. Namun begitu, pelangi yang disangka dapat bertahan lama, habis lenyap pergi. Saat bahagia yang dinanti, dia diberi ujian sehinggakan kepercayaan yang dipegang tergugat dek kecewa hati.
Kau tahu sebab apa aku jadi macam ni? Tahu sebab apa??? Sebab Tuhan tu tak pernah adil!!! Dia tak pernah adil!!! Dia kejam! Kejammmm!!! – Suzie
Kisah ini bukan sekadar kisah tentang pertemuan antara dua jiwa, malah yang utama kisah ini tentang pertemuan seorang hamba dengan Tuhannya, kisah tentang manusia yang lemas dalam tipu daya dunia, dan kisah tentang hati yang ingin pulang kepada Penciptanya.
Sinopsis Gila! Aku Suka Dia?
Judul Novel : Gila! Aku Suka Dia?
Penulis : Fatrim Syah
Terbitan : Love Novel
Muka Surat : 444 m/s
3 sahabat.
3 persamaan.
3 bujang terlajak!
Lalan, Bob dan Joe, umur sudah 30-an tapi payah sangat nak cari jodoh. Usaha tu dah usaha, tapi kalau belum sampai seru, payah juga kan? Apabila terjumpa yang berkenan, tapi mulut pula berat macam besi! Masalahnya bukan tak mencari, bukan juga tak berwajah suci-murni-kacak. Cumanya mulut takut nak cakap… ‘aku suka kau’. Mulanya mereka tak kisah, tapi apabila diterjah dengan soalan kahwin di kiri, kanan, depan dan belakang, siapa yang tahan telinga?
Lalan bertemu semula dengan Najwa, budak gemuk yang pernah dibulinya semasa kecil, tapi apabila dah besar ni, jadi cantik rupawan pula.
Manakala Joe, menerima pelajar praktikal di firma guaman miliknya. Junior undang-undang yang pernah Joe layan teruk untuk mendapatkan tandatangannya.
Bob? Dia bukanlah memilih. Dari kecil dia memang suka dengan Amani, seorang gadis tomboi di kampungnya.
Tapi!
Semua rancangan kahwin hancur, kemudian buat plan baru. Janji mereka sebelum Hari Raya tahun depan semua mesti kahwin. Ikhtiar dijalankan, semua cara dan strategi memancing jodoh diperkasa. Agensi cari jodoh, mandi bunga bawah jambatan malam Jumaat, jumpa pakar jodoh, tip buku cinta memikat kekasih, waima produk aura jodoh pun berkotak-kotak dibeli!
Semua pun tak menjadi!
Tiga-tiga pasrah, jodoh masih tak tersangkut lagi. Sebenarnya jodoh yang dicari ada dekat mana? Ke sebenarnya jodoh tu terlepas pandang kiri kanan aje?
Sinopsis Jangan Cintai Aku
Judul Novel : Jangan Cintai Aku
Penulis : Ayla Hime
Terbitan : Love Novel
Muka Surat : 656 m/s
Mendepani dosa silamnya bukan sesuatu yang mudah untuk Durrah lakukan. Empat tahun lamanya wanita yang kini berusia 34 tahun itu mengambil masa untuk keluar dari balik tirai dan mendekati Tariq. Hasratnya ketika itu tidak lain tidak bukan cuma satu, untuk membantu Tariq mengejar cita-citanya, dan mengakui kesalahan diri serta memohon keampunan daripada pemuda berusia 22 tahun itu, sebaik dia benar-benar bersedia. Namun, lain jadinya.
Macam mana kalau Tariq cakap Tariq dah jatuh hati pada Kak Durrah? – Tariq
Tariq tiba-tiba meluahkan rasa, tatkala hubungan mereka menjadi semakin rapat.
Kalaupun Tariq berdegil untuk terus sukakan Kak Durrah, Kak Durrah tetap takkan mampu untuk membalas semula perasaan tu sampai bila-bila. – Durrah
Mana mungkin untuk Durrah membalas rasa itu tatkala dia melihat Tariq sebagai satu tanggungjawab yang perlu dia pikul atas dosa silamnya. Dan mana mungkin juga untuk dia menyambut huluran kasih yang diberikan, sedangkan usia mereka begitu jauh berbeza.
Bagaimanapun, kesediaan Tariq untuk menerima apa juga celanya, menyentuh jiwa Durrah. Kesungguhan pemuda itu yang tidak putus asa mendekati, mengusik hati kecilnya. Dan Durrah… semakin hari semakin hanyut, terbuai dengan perasaan yang kian memekar dalam diri.
Durrah cuba untuk menafikan. Tidak! Seorang pendosa yang penuh lumpur seperti dia tidak layak untuk mencintai. Apatah lagi dicintai. Saat luka dan emosi bersatu, mampukah Durrah mengatasinya?
No comments
Post a Comment