McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja | Semakin hari semakin membimbangkan dengan keadaan negara kita pada hari ini yang mengalami krisis pandemik Covid-19 dimana angkanya semakin meningkat dari sehari ke sehari.. Setiap hari juga ada sahaja kes kematian dilaporkan akibat virus ini.. Bilalah agaknya semua ini akan berakhir.. Malah, baru-baru ini di tempat kerja aku sendiri mengalami penularan virus Covid-19 ini mengakibatkan jabatan kami terpaksa ditutup buat sementara untuk menghapuskan rantaian Covid-19 ini.. Aku sendiri masih lagi dalam tempoh kuarantin.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Insyaallah..
Sepanjang tempoh kuarantin ni, makanan memang aku order secara online sahaja melalui penghantar makanan daripada McDelivery, FoodPanda, dan GrabFood.. Lebih mudah dan selamat. Tak perlulah nak bersesak-sesak di kedai makan untuk membeli makanan sekaligus dapat mengurangkan risiko jangkitan dan insyaallah dapat memutuskan rangkaian Covid-19 juga suatu hari nanti.. Bagi aku, penghantar makanan juga adalah frontliners dimana mereka juga memainkan peranan penting semasa musim pandemik ini dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan pelanggannya selamat dan perniagaan mereka terus berjalan lancar.. Mereka juga patut dihargai..
#LekLuMcDBelanja - McDonald's Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan
McDelivery riders menerima Quarter Pounder with Cheese percuma, menandakan bermulanya kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu pada 12 Julai 2021. |
Kalau korang nak tahu, inisiatif dan usaha yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia dalam menghargai Penghantar Makanan Malaysia ini adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera ini untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya..
"Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar." - Azmin Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia
Wah, aku baca petikan kata-kata dari Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia ini pun dah rasa sebak.. Tambahan pula lihat pengorbanan mereka yang dikongsikan di media sosial oleh pelanggan-pelanggan mereka.. Ada yang sanggup berpanas, berhujan, berbasikal dan hanya berjalan kaki sahaja semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan.. Bukan itu sahaja malah mereka juga terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan setiap hari.. Allahuakbar, besar betul jasa mereka kepada rakyat Malaysia pada hari ini..
"Sehubungannya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat" - Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia
McD Belanja Makan Penghantar Makanan dengan set hidangan Quarter Pounder with Cheese
Pasukan McDonald's di Kuala Terengganu menyertai program di seluruh negara dalam mengedarkan Quarter Pounder with Cheese secara percuma kepada penghantar makanan sebagai tanda penghargaan. |
"Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald's ingin mengingatkan kepada semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan" - Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia
Riders berbaris di McDonald's Kuala Terengganu untuk claim Quarter Pounder with Cheese percuma mereka |
Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder with Cheese antara jam 2 petang hingga 5 petang pada 12 Julai di Restoran McDonald's seluruh Malaysia.
#LekLuMcDBelanja.. Nama kempen pun sempoi je!... Sebut saje pun dah rasa teruja.. Inikan pula bagi mereka sebagai seorang penghantar makanan sudah pastinya sangat rasa dihargai.. Semoga dengan inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus berusaha dan berkhidmat untuk masyarakat. Terima kasih abang dan kakak riders!! Korang adalah wira kami.. #LekLuMcDBelanja #RiderKu..
Jom Kongsi Gambar atau Video Bersama #RiderKu Tanda Terima Kasih
Riders dari pelbagai platform delivery berbaris untuk claim Quarter Pounder with Cheese percuma mereka |
Apa kata, sebagai tanda terima kasih kita kepada semua penghantar makanan, jom kita sama-sama kongsikan gambar atau video kita bersama #Riderku di media sosial dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.. Dengan cara ini, dapatlah kita sama-sama untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam memberi perkhidmatan yang terbaik buat kita semua..
McDelivery riders dengan senang hati menerima Quarter Pounder Quarter Pounder with Cheese percuma |
Seorang wakil dari McDonald's Kuala Terengganu dengan delivery rider |
Tapi apa-apa pun perlu diingatkan ye kepada semua, masa nak ambil gambar atau video bersama #RiderKu tu, kenalah sama-sama jaga SOP.. Mask kena pakai dan penjarakan sosial juga harus dijaga.. Barulah rantaian Covid-19 dapat dihapuskan.. Insyaallah..
Apa Kata Mereka Sebagai Penghantar Makanan?
Penghantar Makanan McDelivery - Roslina Talhad |
Ibu kepada lima anak ini, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.
"Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri." - kata Roslina Talhad
Penghantar Makanan McDelivery - William Quah |
William Quah telah berkhidmat sebagai penghantar makanan McDonald's selama dua tahun.
"Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuashati dapat mengembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka." - kata William Quah
"Pernah sekali ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja." - tambahnya lagi
Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatan sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajiannya.
Penghantar Makanan McDelivery - Mohamad Azyhan Musa |
Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatan sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajiannya.
"Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald's kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami" - kata Mohamad Azyhan Musa
Tidak dinafikan, setiap penghantar makanan itu mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dengan kisah hidupnya tersendiri.. Menjadi sebagai seorang Penghantar Makanan untuk satu kelangsungan hidup.. Maka, dengan inisiatif LekLuMcDBelanja ini secara tidak langsung dapat meringankan bebanan hidup mereka juga disamping memberikan mereka semangat dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam menghantar makanan kepada pelanggan. Justeru itu, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pengantar makanan dan juga tahniah kepada McDonald's Malaysia kerana telah berjaya melaksanakan inisiatif ini..
Alhamdulillah. Semoga para2 rider dilindungi Allah selalu, Ride safe
ReplyDeleteSinggah blogwalking
Baguslah Mekdi adakan program CSR macam ni, sangat membantu abg rider semua
ReplyDeleteMuka yg last tu mcm kenal je.. haha.. pelanduk dua serupa kot.. tp terbaik mcd nie.. hargai rider.. barulah dorg tambah semangat utk kerja..
ReplyDeleteGood job mcd, tak sia2 rajin p makan mcd hehehe ehhh
ReplyDeleteWaktu sekerg rider pun frontliner.. Kita ni kdg mls dh nak keluar beli mknan.. Malas mask.. So oesan je.. Bgus McD hargai frontliner
ReplyDeleteMcD suka tau raikan macam2 orang. Selalu buat orang terharu. Inisiatif yang bagus.
ReplyDeleteSebelum ni frontliners perubatan, sekarang abam2 rider pula mcd taja. Tahniah mcd.
ReplyDeleteBagus betul usaha McD ni menyantuni para rider...moga kempen seperti ni diteruskan..terbaik!
ReplyDeleteKeep it up McD! this is a good initiative thou
ReplyDelete