Muka Nampak Natural Glowing Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

Tuesday, July 27, 2021

Muka Nampak Natural Glowing Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature  |  Aku bukanlah orang yang suka mengenakan makeup yang tebal.. Kalau boleh, memang tak nak pakai apa-apa dekat muka.. Tapi itulah, kulit muka aku ni bukanlah jenis kulit yang licin, halus mulus.. Banyak juga kekurangannya.. Nak tak nak kenalah makeup juga bagi menutupi cela yang ada pada muka ni.. Hehe.. Lagi pun kulit muka kita ni juga perlukan perlindungan.. So, paling tak pun kena pakai cc cream atau sunscreen untuk melindungi kulit muka kita dari sinar uv berbahaya.. Itu paling penting!


Dah alang-alang sebut tentang perlindungan kulit muka ni kan.. Kali ni aku nak share dengan korang cc cream yang aku guna sekarang ni untuk melindungi kulit muka aku dari sinar uv berbahaya kerana cc cream yang aku pakai ni mempunyai SPF50+ PA+++.. Apa yang bagusnya cc cream ni, kalau tak nak mekup pun tak pe.. Pakai cc cream ni sahaja pun dah cukup untuk cover muka kita.. Muka nampak natural glowing je bila pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni.. 

Muka Nampak Natural Glowing Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Serius aku dah betul-betul jatuh cinta dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni tau.. Aku dah tak perlu nak buang masa setiap pagi sebelum pergi kerja untuk makeup beria.. Bila time lambat tu, aku boleh chill je sebab aku hanya perlu pakai CC Cream ni sahaja untuk based makeup aku.. Tak perlu lagi nak pakai foundation bagai..  Nak blend foundation pun makan masa tau.. So, kerja aku bertambah mudah dan cepat sekarang dengan Gold Nano CC Cream ini.. Selebihnya aku akan top up la sikit compact powder, eye brow, mascara dan lisptik supaya lebih nice look kan.. Kalau tak pakai lipstik, maunya muka aku ni nampak macam mayat hidup.. haha..!!

Dah dekat dua minggu juga aku cuba Gold Nano CC Cream ni.. Yang boleh aku katakan di sini adalah, CC Cream dari Hansaegee Nature ni bukan sekadar CC Cream biasa tau, tetapi ianya banyak kebaikan dan banyak berikan perubahan pada kulit muka aku.. Paling best, bila aku dengan begitu yakin berada di khalayak ramai tanpa makeup dengan hanya memakai Gold Nano CC Cream ini sahaja pada muka tanpa sebarang solekan lain kecualli lipstik.. Haha.. Yes, itulah satu kelebihan yang ada pada Gold Nano CC Cream, yang boleh membuatkan muka kita kelihatan natural glowing.. Dan jeragat aku pun dah semakin pudar!! Alhamdulillah.. 

Seperti yang aku nyatakan tadi, kulit muka kita ni perlukan perlindungan uv.. Gold Nano CC Cream ini mempunyai perlindungan UV SPF50+ PA+++.. Dengan Gold Nano CC Cream ni korang dah tak perlu pakai sunscreen lagi kerana cc cream ini juga bertindak sebagai sunscreen untuk kulit kita.. Baguskan? Satu lagi yang perlu korang tahu, sunscreen sangat penting untuk kulit, kerana ianya dapat menghalang pertumbuhan jeragat pada muka kita.. Jadi, dengan Gold Nano CC Cream ni, korang dapat banyak kebaikan selain bertindak sebagai sunscreen, kulit juga nampak cantik, natural dan glowing gittchewww!!

Oh ya, CC Cream ni bermaksud Colour Control Cream ye.. Kot la ada yang belum tahu kan.. Hehe.. Ok apa yang bestnya, CC Cream ni merupakan all ini one day cream dimana krimnya berwarna putih secara fizikalnya tetapi bila dipakai pada kulit, ia akan berubah warna mengikut tona kulit kita.. So, tak kiralah apa jua warna kulit korang, yang pastinya Gold Nano CC Cream ni sesuai untuk semua jenis dan warna kulit... Ia juga Anti-Wrinkle, tidak berminyak dan tidak melekit.. 

Tentang Hansaegee Nature

Aku cerita la sikit tentang Hansaegee Nature ni ye.. Hansaegee Nature ini merupakan produk skincare original yang diperbuat dari Korea dan telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2011 lagi.. Aku sendiri pun tak sangka dah lama produk ni berada di pasaran.. Aku dapat tahu tentang CC Cream ini pun dari kawan-kawan aku.. Ramai kawan-kawan aku dah guna CC Cream ni dan aku mendapat feedback yang positif dari mereka.. That why la aku pun nak cuba sendiri.. Setelah mencubanya sendiri, yes!, memang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni best gile.. Oh ya, Bukan hanya Gold Nano CC Cream ni saje, malah mereka telah mengeluarkan pelbagai lagi produk seperti cleanser, whitening cream, dan banyak lagi.. Lepas ni bolehlah cuba produk keluaran mereka yang lain pula kan.. Hiks..

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Sebelum ni dah bermacam jenis CC Cream aku cuba.. Tapi, banyak yang tak menepati ciri-ciri cc cream yang aku cari..  Aku lebih suka dengan cc cream yang teksturnya ringan kerana bila pakai, muka kita tak rasa tebal macam pakai foundation.. Itu yang paling best! Satu lagi, banyak cc cream yang aku cuba warnanya terlalu putih bila di pakai pada muka.. Nampak muka berkepuk-kepuk putih.. Perghh, cc cream jenis ini memang aku tak suka.. Sebab itulah, aku falling in love sangat dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni.. Semuanya perfect bagi aku.. Banyak kelebihannya tau.. Antaranya :-

  • Mengandungi perlindungan UV SPF50+ PA+++
  • Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
  • Meminimumkan penampilan pori muka
  • Bertindak sebagai makeup base atau primer
  • Mencerahkan kulit
  • Anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Menjadikan kulit muka lembut, glowing dan natural
  • Mengekalkan kelembapan
  • Melegakan masalah kulit
Siapa yang memerlukan Hansaegee Natura Gold Nano CC Cream ini?

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini juga selamat digunakan kerana ia bebas paraben, sulfate dan alkohol serta bebas dari mana-mana sumber haiwan.. So, boleh guna tanpa was-was...

Bahan Utama Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Ok, mesti korang nak tahu bahan utama yang terkandung dalam Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni kan.. Jom check!

  • Mineral Water - Dapat mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - Anti bakteria, dapat melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
  • Nano Gold - Dapat mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi

Cara Penggunaan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Cara guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mudah je.. Sebelum pakai cc cream, kena pastikan dulu muka benar-benar bersih supaya tidak mendatangkan masalah lain pula nanti.. Lepas cuci muka boleh je terus pakai cc cream ni atau kalau korang dah terbiasa dengan rutin penjagaan wajah yang lengkap, korang bolehlah pakai toner, moisturizer dan seterusnya barulah pakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini..

Nak apply dekat muka pun senang tau cc cream ni..  Korang guna je jari jemari korang tu untuk apply cc cream ni pada wajah.. Calit-calitkan cc cream ni pada wajah, kemudian sapu rata keseluruh wajah sehingga sekata.. Korang akan dapat lihat kulit wajah korang nampak lebih cerah, halus dan pori-pori pun tak kelihatan sangat dah.. Itu yang bestnye.. Satu lagi, cc cream ni juga tak berminyak dan tak melekit.. Best gile!!

Aku memang guna cc cream ni sebagai makeup primer aku sebabnya makeup akan tahan lebih lama dan tak bercapuk.. Lagi pun, bila muka berpeluh atau berminyak, muka akan nampak lebih cantik, natural dan glowing.. Itu yang aku suka!! 

Lihat gambar di atas.. Perbezaan kesan dari penggunaan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini yang aku jadikan sebagai makeup primer tanpa foundation.. Kalau korang nampak, bahagian yang menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream nampak lebih terang dan tahan lebih lama berbanding bahagian yang tidak menggunakan cc cream, warnanya lebih pudar dan cepat luntur.. So, dengan hanya menggunakan cc cream ini, korang dah dapat 'look' yang lebih natural, segar dan glowing.. 

Bagi korang yang tak suka sangat bermakeup tu, aku recommend sangat korang guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni sebabnya muka korang akan nampak natural dan korang juga akan lebih berkeyakinan dengan kesan daripada penggunaan cc cream ini.. 

Berpeluh tak bercapuk

Berminyak tak bercapuk

Dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Untuk Kelihatan Natural dan Glowing

Bagi aku sangat berbaloi-baloi dengan harganya RM128 kerana bukan sahaja boleh dijadikan makeup primer tetapi ia juga bertindak sebagai sunscreen.. So, tak perlu nak bazirkan duit beli dua produk untuk dua fungsi.. Cukup hanya dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini untuk kelihatan natural dan glowing sekaligus dapat melindungi kulit dari sinar uv berbahaya.. Jimatkan!!

Dengan isipadu 50ml, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini dapat bertahan penggunaannya selama 2-3 bulan, bergantung pada kadar penggunaan masing-masing.. Oh ya, dengan setiap pembelian sebanyak RM70 ke atas di website Hansaegee Nature, korang akan dapat pekhidmatan penghantaran percuma.. Lagi jimat kan.!

Untuk malumat lanjut dan sebarang pembelian, boleh layari :-


👉 Website : https://hansaegee.com/shop/

👉 Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/

👉 Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature/

👉 Youtube : https://www.youtube.com/HansaegeeNatureMalaysia



No comments

Post a Comment