Datuk Wira Dr Azizan Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Dengan Menganjurkan Progam Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 Secara Percuma

Monday, August 16, 2021

Datuk Wira Dr Azizan Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Dengan Menganjurkan Progam Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 Secara Percuma | "Waktu masuk dengar tu memang la percuma.. Tapi selepas tu, mereka cadangkan masuk program itu dan ini... Bayarannya pula bukan kecik-kecil anak.. Jerung pun boleh meninggal..". "Mula-mula free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat-loncat jerit amik semangat katanya.."..

Kadang tu, rasa sedih pun ada dengan kata-kata sebegini.. Mungkin mereka tidak pernah mengikuti program anjuran Dr. Azizan sebelum ini atau kalau mereka sertai pun, kemungkinan besar mereka tidak lakukan tindakan konsisten yang perlu untuk melihat hasilnya. Buat apa sekalipun, jika nak berjaya tidak boleh bersikap sambil lewa sahaja. Apa saja ilmu yang dapat perlu dipraktikkan, barulah kejayaan yang datang dan bukannya kegagalan.



Program Bangkit Bersama RichWorks Bantu Usahawan Terkesan Dengan Pandemik 


Baru-baru ini, ada terbaca akan kempen terbaru RichWorks yang diberi nama BANGKIT. Seperti yang kita maklum, sejak pandemik ni ramai usahawan di luar sana yang terkesan dengannya malah mereka berhadapan dengan masalah dan pelbagai cabaran ekoran pandemik Covid-19 ini. Sekaligus telah mengubah corak kehidupan normal kita pada hari ini. Bukan itu sahaja, malah dengan pergerakan yang terbatas, penutupan sempadan dan sebahagian sektor ekonomi mengakibatkan bukan sahaja perniagaan terjejas malah sehinggakan ada yang terpaksa gulung tikar.


Maka tak hairanlah kenapa RichWorks bersungguh untuk mengadakan program-program Percuma untuk membantu usahawan yang terkesan dengan pandemik ini. RichWorks seperti memahami keadaan ini hingga ramai usahawan yang telah berhubung dengan mereka di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan yang sedang terjejas. 



Program-program percuma ini sebenarnya telah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama RichWorks ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan RichWorks telah membantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak tahun 2008 lagi melalui Program Live Event dan Virtual Online.


Dalam tempoh pandemik sehingga kini, sudah lebih 800,000 orang yang turut serta dan sedikit sebanyak mendapat manfaat daripada program ini. Manakala sebelum pandemik pula, rekod mencatat lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks ini secara fizikal bermula dari tahun 2008 sehingga tahun 2019 iaitu dalam tempoh 11 tahun. Lama kan?


Ada Perubahan Dan Peningkatan Ke Selepas Ikuti Program-Program Percuma Ini?



Bila lihat di website utama mereka, ada sahaja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang menunjukkan perubahan dan peningkatan selepas mengikuti program-program anjuran RichWorks. Ada yang dalam masa beberapa hari sahaja sudah ada perubahan malah ada juga yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatannya pada masa ini. 


Program-program percuma ini ada yang hanyalah sekadar 3 hari sahaja, ada yang sehingga 12 malam dan ada yang bersiri-siri. Kalau diikutkan memang tak mencukupi ilmu yang digali untuk menukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya mencapai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tetapi RichWorks telah berjaya bantu usahawan capai 1 juta pertama dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.


Melalui ilmu, strategi dan MenThor yang ada,  pasti akan membawa kesan dan perubahan. Ini telah dibuktikan sendiri oleh peserta-peserta yang belajar dan melakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan RichWorks secara konsisten mengikut tahap dan fasa bisnes mereka.



Di Telegram Azizan Osman Official dan laman facebook milik beliau juga, dapat di lihat  hampir setiap hari ada sahaja aktiviti perkongsian ilmu, panduan dan perkongsian dari usahawan-usahawan yang berjaya termasuk dari Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri. Difahamkan juga, pada tahun lalu sahaja lebih daripada 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks telah dapat menghasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion. Satu jumlah yang cukup besar dan sangat membanggakan.


Apa-apa pun yang penting kita perlu berusaha kerana usaha itu adalah tangga kejayaan ataupun dengan perumpamaan yang lebih mudah, seperti pergi ke universiti di mana dalam kelas dihadiri 50 orang pelajar. Belajar dengan cikgu yang sama dan waktu yang sama, adakah semua pelajar akan mendapat keputusan yang sama? 


Jawapannya sudah tentu tidak, semua berbalik kepada diri sendiri sama ada mahu terus berusaha, melakukan perubahan dan tindakan berterusan. Apatah lagi jika kita ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang sudah pun berjaya dan jadikan mereka contoh sebagai pembakar semangat untuk kita juga berjaya seperti mereka.


Bagaimana Usahawan Boleh Bangkit Dalam Krisis Masa Ini? RichWorks Guna Kepakaran 13 Tahun Untuk Bantu



Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008 lagi dan telah berada dalam industri ini selama lebih kurang 13 tahun. Sebelum menubuhkan RichWorks, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang marketing dan sales sehinggakan beliau telah mengetuai syarikatnya dengan klien-klien korporat besar seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain lagi.


Walaupun mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini, beliau sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri untuk mencapai tahap yang lebih baik dan selalu belajar serta mencari ilmu daripada mentor antarabangsa.. Bukan itu sahaja malah beliau juga sering kali melakukan kajian tentang keusahawanan dan perkara yang relevan dengan bisnes pada masa sekarang ini.


Difahamkan juga, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah pergi ke Silicon Valley pada tahun 2017 untuk belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi dan sekembalinya beliau, perkongsian tentang transformasi digitalisasi serta kepentingannya telah dilakukan sebelum berlakunya Covid-19 ini lagi.


Beliau juga begitu bersemangat untuk melihat anak bangsa menjadi usahawan yang berjaya. Walaupun ramai yang skeptikal dan berfikiran negatif, beliau tetap teruskan usahanya dalam membantu usahawan untuk mencapai kejayaan sehingga saat ini.



Mungkin ada yang berkata, jika hendak membantu, buatlah semuanya secara percuma. Suka atau tidak, realitinya setiap penganjuran latihan dan program bimbingan itu tetap melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang berusaha membantu mempersiapkan dan memastikan ianya berjalan dengan lancar.


Sungguhpun begitu, tiada paksaan sama sekali bagi mengikuti program-program anjuran mereka. Ianya terletak kepada pilihan masing-masing. Jika rasa perlu dan mampu, boleh sertai dan sekiranya tidak perlu dan tidak mampu, terpulang kepada diri sendiri.


Sedar atau tidak, sebenarnya melalui program-program percuma ini juga boleh membuatkan seseorang usahawan itu memperlihatkan hasilnya jika mereka bertindak, mencari jalan dan  terus konsisten. 


Dr Azizan Anjur Program Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 Secara Percuma, Mahu Bantu Orang ramai Yang Nak Ambil Peluang!



Meskipun banyak perniagaan yang terpaksa ditutup tetapi masih ada juga yang bukan sahaja bertahan malah menyaksikan perkembangan yang luar biasa ketika pandemik ini kerana terdapat dua kumpulan usahawan ketika pandemik ini iaitu mereka yang tidak nampak jalan menyebabkan sesetengahnya hanya mengeluh dan menyalahkan orang lain atau seorang yang berusaha mencari jalan penyelesaian.


Disebabkan itulah, Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No. 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin mengadakan buat pertama kalinya program khas iaitu 'Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital' bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini.



Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebagai MenThor usahawan, tahu dan jelas dengan apa yang usahawan perlu lakukan untuk mendapat bukan sahaja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini. Dengan pemasaran digital ini, usahawan dapat bergerak dengan lebih pantas dalam memacu bisness mereka..


Pilihan sebenarnya ada ditangan kita sendiri untuk bertindak dalam memperbaiki bisnes dan mahu mendapatkan hasil yang bagaimana. Jangan menganggap bahawa negara kita akan pulih dari pandemik ini dalam masa terdekat. Jadi, buatlah persediaan dari sekarang untuk masa depan diri sendiri, keluarga malah negara kita.


Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 ini contohnya, pada musim pandemik ini ramai yang mula membeli secara online, menggunakan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain lagi. Jadi, cuba bagi peluang kepada diri sekali lagi. 


Jangan Terus Mengeluh, Rebutlah Ilmu Percuma Yang Orang Nak Beri


Mungkin akan ada yang cakap, ini semua hanya buang masa tapi apakah ilmu ini boleh datang bergolek? Apa yang akan membuatkan anda rugi besar jika peluang yang ada dibiarkan hilang begitu saja. Apa salahnya  jika hadir pada 27 - 29 Ogos nanti dan lihat sendiri apakah ilmu yang boleh dikutip di sana. 


Sertai program Percuma ini tak bermakna wajib sertai program lain dari RichWorks. Jangan cepat membuat andaian sebaliknya sertai dulu untuk lihat dan rasai dengan mata kepala sendiri. 


Semua usahawan malah anggota masyarakat boleh sertai program Bangkit ini di mana ilmu dan panduan penting terutama landskap bisnes baru ketika pandemik akan dikongsikan. Datuk Wira Dr. Azizan Osman sudah berjaya membantu lebih daripada 1.5 juta orang terutama usahawan. Ramai usahawan ini telah dibimbing sejak 2008 hingga kini dengan hasil kejayaan yang membanggakan. 


Sungguhpun begitu, tiada paksaan sama sekali bagi mengikuti program-program anjuran mereka. Ianya terletak kepada pilihan masing-masing. Jika rasa perlu dan mampu, boleh sertai dan sekiranya tidak perlu dan tidak mampu, terpulang kepada diri sendiri.


Program ini 100%  Percuma 100% Kebajikan


Pada yang benar-benar sedang cari jalan untuk ubah hidup, marilah kita sama-sama ikuti dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu PERCUMA yang akan dikongsikan oleh RichWorks pada hujung bulan ini. 


JOM DAFTAR KEMPEN BANGKIT 


Tarikh : 27 - 29 Ogos 2021


Untuk sebarang persoalan lanjut, boleh terus hubungi team RichWorks melalui pautan di bawah ini : 


Website | Telegram



4 comments:

  1. Rugi kalau usahawan-usahawan tak grab peluang macam ni. Free je ni

    ReplyDelete
  2. Hikmah di sebalik pandemik ni, kita xyah gi jejauh utk kursus. Duduk rumah bukak zoom meeting je

    ReplyDelete
  3. cikma pernah join.. memang lain macam jentikan menthor nihh

    ReplyDelete