Tidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Minuman Kolagen Sakura Collagen+ Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda

Wednesday, August 11, 2021

Tidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Minuman Kolagen Sakura Collagen+ Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda  |  Assalamualaikum.. Hi korang.. Sihat ke tu? Aku doakan kita semua sentiasa berada dibawah lindungan-Nya dan dipermudahkan segala urusan seharian kita.. Amiin YRA... Kali  ni aku nak share dengan korang minuman kolagen yang sedang aku amalkan sekarang ni.. Bagus tau produk ni.. Bagus untuk kulit dan juga kuku.. Almaklumlah usia kita ni semakin hari semakin meningkat, so kenalah jaga dari awal ni supaya tak nampak tua sebelum usia.. Kalau boleh biar usia jauh ke hadapan tetapi kita menten awet muda.. Hah gittchewwww!! Haha..

Tidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Minuman Kolagen Sakura Collagen+ Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda


Selain rutin penjagaan kulit, menjaga pemakanan juga penting untuk mengatasi masalah kedutan pada kulit... Kedutan kulit ni membuatkan kita nampak tua walaupun umur kita belum mencecah 30 tahun.. So, nak ke korang tua sebelum usia? Haaa kalau tidak mahu nampak tua sebelum usia, amalkan minuman kolagen Sakura Collagen+ untuk kekal cantik dan awet muda.. Inilah minuman kolagen yang aku amalkan sekarang, Sakura Collagen+ dari Vii Nutrition.. Dah masuk kotak kedua aku amalkannya.. Yang penting rasa dia sedap.. Haha.. Kalau tak sedap, mana mahunya sampai kotak kedua dah kan.. Hiks..

Penting sangat ke kolagen ni?

Ya tuan-tuan dan puan-puan, kolagen ini sangat penting.. Kolagen akan mula berkurangan pada usia 25 tahun.. Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjsama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal.. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.. Bila dah nampak kedutan, itu menandakan proses penuaan sedang berlaku.. hehe..

Disebabkan itulah khasiat kolagen ni diaplikasikan dalam industri makanan, perubatan, kesihatan dan komestik.. Lagipun, di kalangan kita pada hari ini dah ramai sedar tentang kebaikan kolagen terutamanya dari sudut kecantikan kulit.. Tidak hairanlah di pasaran sekarang ni terdapat lambakan produk makanan tambahan yang mengandungi kolagen di jual.. Namun begitu, bagi aku sendiri minuman kolagen dari Vii Nutrition ni sangat berbeza dan memberikan kesan yang superb ohsem!! Jom aku ceritakan keistimewaan Sakura Collagen+ ini..

Sakura Collagen+ Dari Vii Nutrition


Sebelum aku bercerita tentang Sakura Collagen+, aku nak cerita dahulu tentang Vii Nutrition.. Untuk pengetahuan korang, Vii Nutrition ini telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2019 dan telah beroperasi di Malaysia as the marketing arms for Spain Vii Biohealth Sciences yang fokus kepada pengedaran dan pemasaran produk healthy aging, beauty dan nutraceutical.

Ok, bila sebut je Sakura mesti ingat negara Jepun kan.. Yelah bunganya pun cantik sangat.. Mana mahunya tak ingat dan tak suka kan.. Bukan setakat cantik tetapi ada khasiat disebalik keindahan ciptaan tuhan itu.. 

Itulah keistimewaan Sakura Collagen+ ini yang menggunakan pati Sakura dengan gabungan ramuan eksklusif yang dipatenkan dengan ekstrak semulajadi menggunakan teknologi kecantikan terkini mengikuti piawai persijilan Halal di mana ia dapat menghidupkan semula kulit dengan sifat kecantikan kulit semulajadi untuk keanggunan abadi, menawan dan mempesona.. cewahhh.. Tak nak ke jadi anggun, menawan dan mempesona? Haa kalau nak, kenalah cuba Sakura Collagen+ ni... Hehe

Ok, antara bahan utama yang  terkandung dalam Sakura Collagen+ ini adalah :-
  • Ekstrak sakura berpaten (Prunus Lannesiana Wils)
  • Peptida Kolagen (VERISOL F)
  • Mikroalga Marin Tetraselmis Chuii (TetraSOD)
  • Ektrak Limau Biji Yuzu (Citrus Junos)
  • Ekstrak Bunga Rosel (Hibiscus Sabdariffa Linn)
Korang nak tahu tak, Sakura yang digunakan adalah Bunga Sakura Jepun pada waktu petang tau atau lebih dikenali sebagai 'nadi musim bunga'.. Menurut kajian Universiti Farmasi Kyoto, ekstrak Sakura berpaten ini bukan sahaja meningkatkan rembesan serat kolagen sintetik oleh sel-sel dermal tetapi juga penyerapan dan penghasilan kolagen.. Ia juga dapat menghalang pembentukan melanin, menjadikan kulit sihat dan cerah.. Hebatnya bunga Sakura Jepun ni tau..

Kelebihan dan Manfaat Sakura Collagen+


Sakura Collagen+ ni banyak kelebihan dan manfaatnya.. Tiga manfaat utama yang perlu korang tahu adalah ia sangat efektif untuk pertumbuhan semula, pembaikan dan pelembapan bagi kecantikan kulit yang lengkap.. Mesti korang nak tahu kan apa lagi kelebihan yang ada pada Sakura Collagen+ ni yang membuatkan aku mengamalkannya sehingga kini.. Ok, ini kelebihannya..

  • Menjadikan kulit lebih tegang
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengurangkan kedutan
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Tona kulit menjadi lebih cerah
  • Pembaikan penghadang kulit
  • Melembutkan kulit
  • Meningkatkan pertumbuhan kuku
  • Memulihkan parut
Banyakkan kelebihannya.. Sebab itulah aku setia dengan produk ini supaya aku tidak nampak tua sebelum usia.. hehe.. Lagi pula, Sakura Collagen+ ni bagus kerana dapat melawan tanda-tanda penuaan, mengembalikan kemampuan pengeluaran kolagen badan dan mempercepatkan pembaikan sel kulit. Dengan ini, kulit pun akan lebih tegang, lembap dan berseri macam bunga sakura yang cantik tu.. Hehe.. Bukan itu sahaja tau, Sakura Collagen+ ini juga dapat mengurangkan pembentukan kedutan dan mengurangkan jeragat.. 

Cara Pengambilan Sakura Collagen+


Kebiasaannya aku akan ambil selepas sarapan... Kalau lupa time sarapan, aku akan ambil selepas lunch.. Macam tu la kebiasaannya aku amalkan.. Oh ya, Sakuran Collagen+ ni ambil hanya 1 paket sehari je tau.. Cuma perlu campurkan dengan 100ml air sejuk, kacau sebati dan terus minum.. Rasa dia pun sedap.. So, tak perlu nak hadap dengan rasa yang tak sedap dah.. 

Apa yang meyakinkan aku lagi tentang Sakura Collagen+ ni adalah ia telah disahkan Halal oleh Jakim dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.. So, aku boleh amalkannya tanpa rasa was-was dan diyakini selamat.. Oh ya guys, perlu diingatkan ye, Sakura Collagen+ ni kena simpan di tempat yang sejuk dan kering.. Elakkan daripada cahaya matahari untuk menjaga kualiti produk..

Aku suka juga packaging dia.. Secantik sakura gitu... Didatangkan dalam bentuk sachet yang mudah dibawa kemana-mana sahaja.. Just masukkan je dalam handbag kalau tak sempat nak ambil di rumah.. Satu kotak mengandungi 15 sachet.. 

Selepas Dua Minggu Pengambilan Sakura Collagen+


Macam biasa, nak cantik kenalah konsisten.. Kalau tak konsisten dalam pengambilan sesuatu produk itu, tak akan datangnya cantik tu.. So, no malas-malas ye.. Kena komit dengan apa yang ingin dicapai..

Selama dua minggu atau lebih tepat 15 hari aku mengamalkan Sakura Collagen+ ni, aku dapati kulit aku semakin lembap, tidak seperti sebelumnya dimana kulit aku kering.. Tona kulit pun dah nampak la perubahan dengan tona yang semakin sekata dan sedikit cerah.. Opsss!! Aku suka yang ini.. Haha.. Sape yang tak nak kan kulit cerah.. Rasanya ramai yang inginkan kulit cerah dan cantik.. Aku harap, dengan kotak kedua ni jeragat kat muka aku ni berkurangan dan dapat pudarkan juga parut jerawat aku ni.. Insyaallah.. Yang penting apa???? Konsisten guyssss!!

Dapatkan Sakura Collagen+ Sekarang Untuk Kekal Cantik dan Awet Muda Sentiasa


Seperti yang korang tahu, kolagen akan berkurangan mengikut usia kita.. Semakin berusia, semakin berkuranganlah kolagen dalam badan.. So, nak kekal cantik dan awet muda jom amalkan Sakura Collagen+ ini kerana ia merupakan minuman kolagen dari sumber yang diyakini Halal dan dihasilkan daripada bahan semulajadi..

Untuk info lanjut, korang boleh layari :-



8 comments:

  1. Patut lah lea awet muda. Ni rahsianya ye...boleh la mar cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Dah pernah try.. mmg sedap minum.. terbaik tuk kulit

    ReplyDelete
  3. Banyak manfaat Sakura Collagen+ ni haa. Elok lah amal supaya kekal muda.

    ReplyDelete
  4. Collagen memg penting untuk kekal awet muda

    ReplyDelete
  5. Bagus ni, i also constantly take collagen drink to improve my skin health

    ReplyDelete
  6. Wah minum sakura collagen rupanya, patut Lea nampak lawa betul kulit pun nampak sihat sekali

    ReplyDelete
  7. Berapa lama kesan nya pd Lea ni, nk jugak try hehe

    ReplyDelete
  8. Makin berusia, makin kurang kolagen dalam tubuh badan . Tak salah untuk mencuba supplement ni

    ReplyDelete