Jejak Wira Merdeka Bersama Vits | Di waktu negara sedang bergelut
dengan isu pandemik yang melanda dunia ini, Vit’s telah mengambil pelbagai
inisiatif murni bagi bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang terkesan
daripada pandemik ini.
Sempena bulan kemerdekaan ini, Vit’s telah berkolaborasi bersama Sinar Harian
untuk menjalankan satu program untuk membantu para “Wira Negara” yang pernah
berkhidmat kepada negara. Mereka yang pernah menjadi wira untuk
mempertahankan tanah air wajar untuk kita hargai. Kerjasama ini dijalankan
bersama Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia untuk
mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada wira negara yang terkesan pada
waktu pandemik ini.
“Terima kasih kerana memberi peluang kepada Vit’s untuk berkerjasama dalam
kempen ini. Kami amat berbangga dan terharu kerana dapat berjumpa dengan
wira negara yang telah banyak berjasa kepada negara kita. “Tanpa jasa wira
negara kita tidak akan rasa segala kesenangan yang ada di Malaysia ini,” kata Lai Yeah Tat, Pengarah Urusan Vit Makanan.
Aktiviti untuk kempen CSR kali ini adalah yang paling bermakna sekali buat Vit’s kerana dengan adanya program seperti ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih mengingati dan menghargai para pejuang yang telah mempertahankan tanah air.
Vit’s telah mengunjungi salah seorang bekas wira negara iaitu Bohari @ Abu
Bakar Razali, 62, yang telah meninggalkan kerjayanya sebagai anggota Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM). Namun pelbagai kenangan pahit dan manis masih
segar dalam ingatannya. Semasa bertugas, beliau nyaris menjadi korban peluru
semasa melakukan rondaan di kawasan terumbu.
Bohari merupakan salah seorang pejuang negara yang disantuni dalam program Jejak Wira Merdeka ini. Beliau yang ditemui di kediamannya Sabak Bernam, Selangor menerima bantuan sebagai penghargaan di atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai anggota tentera laut yang menjaga keamanan negara.
Bohari menerima sumbangan berupa wang ringgit serta bantuan makanan untuk
meringankan beban beliau yang kini berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan
seperti penyakit kencing manis, asma, buah pinggang dan paru-paru
kronik.
“Dengan keadaan sekarang saya memang selalu ulang alik ke Hospital Sabak.
Sejak lepas pembedahan jantung tiga “bypass” saya selalu kena semput. “Nak
kena pakai oksigen, bukannya murah. Jadi, terpaksalah ke hospital. Waktu
Covid ni, tak berani nak keluar. Hampir setahun duduk di rumah,” ujarnya. Bohari yang kini semakin uzur terpaksa menggunakan lampin
pakai buang untuk mengurangkan pergerakan disebabkan faktor kesihatan beliau.
Pengarah Urusan Vit Makanan, Lai Yaeh Tat menyifatkan program Jejak Wira amat
bermakna bagi memperingati wira-wira yang telah berjuang demi keamanan negara.
Vit’s telah mendermakan 400 pek Mi kering kepada Persatuan Veteran.my dan
Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada
rakyat Malaysia yang telah menyokong Vit’s dari dulu hingga kini kata Yaeh Tat
yang merupakan generasi ke-2 legasi Vit’s.
“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban wira-wira negara di waktu
pandemik ini,” ujarnya.
Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman sesawang di
www.vitsnoodles.com
atau sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui
Puan Syazwany Pegawai Pemasaran di 603-60933999 atau emel di
syazwany@vit.com.my.
No comments
Post a Comment