Plan Percutian Selepas PKP Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family

Wednesday, September 22, 2021

Plan Percutian Selepas PKP Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family  |  Baru-baru ini, Pulau Langkawi mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September 2021 dan mestilah memenuhi kriteria SOP yang ditetapkan.. Ramai juga aku lihat mengambil peluang ni pergi bercuti ke sana.. Aku pun ada la jugak menyimpan hasrat untuk pergi bercuti ke sana nanti.. Cuma buat masa ni aku lebih prefer untuk bercuti tempat yang dekat-dekat je dulu sebab tak suka bersesak-sesak.. Hehe.. Bila dah reda keadaan, barulah plan bercuti ke Langkawi pula..


Staycation Di Kuala Lumpur Untuk Percutian Bersama Keluarga

Serius rindu sangat nak pergi bercuti bersama family.. Last aku bercuti dengan family time tu anak aku yang bongsu tu masih kecil.. Lepas tu, negara pula dilanda wabak Covid-19.. Terus tak dapat nak ke mana-mana hanya terperuk dalam rumah sahaja sehinggakan anak-anak pun dah merungut kebosanan sebabnya nak pergi pantai pun dah tak boleh.. Hehe.. Tetapi terpaksalah akur dengan keadaan untuk keselamatan bersama juga kan.. 

Now, bila diumumkan sektor pelancongan dah dibuka kembali, rasa bersemangat pula.. Bolehlah on balik plan percutian yang dah terkubur sebelum ni.. But, aku akan cari staycation yang dekat-dekat je dulu.. Biar keadaan reda dulu barulah plan percutian yang jauh sikit.. hehe.. 


Lama juga tak menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.. Rindu nak pusing-pusing Kuala Lumpur macam dulu-dulu.. So, kali ni aku plan nak cuba KL Staycation sahaja dulu nanti di hotel-hotel yang menarik dalam bandaraya Kuala Lumpur.. Aku yakin kalau diberi pilihan kepada korang, pasti bukan Kuala Lumpur yang jadi pilihan korang untuk bercuti kan.. Tapi bagi aku, Kuala Lumpur juga merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi dan dijadikan tempat percutian kerana dekat sana banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti Taman Botani Negara, Taman Orkid, Taman Eco Rimba KL, Dataran Merdeka, Muzium Diraja Polis, Muzium Negara dan banyak lagi.. 

Sebenarnya kalau diikutkan aku dah pernah pergi tempat-tempat ni dulu tapi masa tu aku masih bujang.. Berbeza kalau pergi dengan family kan.. So, kali ni bolehlah aku kenalkan kepada anak-anak aku pula tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.. Mesti mereka teruja dan seronok..


Paling best di Kuala Lumpur ni banyak tempat untuk bergambar kerana lanskapnya cantik dan menarik.. Kadang tu, tepi jalan pun sempat lagi ambil gambar.. haha.. Satu lagi, bila sebut sahaja Kuala Lumpur, dalam kepala ni dah terbayang tempat-tempat shopping.. Sila sedia duit lebih ye untuk shopping kalau ke Kuala Lumpur.. Haha.. Kalau dulu tu, memang aku akan ke Kuala Lumpur untuk shopping kerana banyak sangat pilihan.. Kalau kena dengan tempat shopping tu, harga pun murah.. 

3 Staycation di Kuala Lumpur Menjadi Pilihan

Dah bercerita pasal tempat menarik, nak jugalah bercerita staycation yang jadi pilihan aku dekat Kuala Lumpur tu.. Ada 3 staycation yang aku dah masukkan siap-siap dalam wishlist aku untuk percutian di Kuala Lumpur nanti.. Wahh harapan tu setinggi gunung tu.. Harap terlaksanalah nanti kan percutian aku ni.. Berangan tak kena bayar oiii.. Haha!! Jom tengok 3 staycation pilihan aku di Kuala Lumpur..

1.  Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur


Kenapa aku pilih staycation ni? Haaa sebabnya Berjaya Times Square Hotel ni dekat dengan tempat shopping.. Haha.. Yelah siap boleh akses terus ke shopping mall Berjaya Times Square.. So, mudah la nak jalan-jalan cuci mata.. Hehe.. Dalam Times Square ni juga taman tema mini tau.. So, bolehlah bawak anak-anak bermain dalam tu..

Bukan setakat tu je tau, dekat sini senang nak dapatkan pengangkutan awal... Kalau rasa tak nak naik kereta, boleh je guna pengangkutan awam.. Monorel pun ada.. Kalau tanya tentang bilik pula, rata-rata aku baca review yang pernah menginap di sini berpuashati kerana di sini viewnya cantik, bilik pun selesa dan besar siap ada bathtub lagi, staf pun friendly, ada swimming pool dan banyak lagi la feedback positif tentang hotel ni.. That's why la aku nak menginap di hotel ini.. Hiks..

2.  Signature Hotel & Residences, Kuala Lumpur


Hotel ni pula berdiri megah di Mid Valley.. Tahukah anda, Mid Valley tu apa? Mid Valley itu adalah tempat membeli belah.. Haha... Dah kenapa aku pilih hotel yang dekat dengan pusat membeli belah? Kan aku dah cakap, salah satu tujuan aku bercuti di Kuala Lumpur adalah untuk shopping.. Haha.. Jangan marah haaaaa...

Bilik dekat sini pun katanya best.. Besar, bersih dan selesa... Pemandangan pada waktu malam juga menakjubkan.. Bila menginap di sesuatu tempat tu, pastinya nakkan yang terbaik.. Bukan saja kemudihan disekelilingnya tetapi nak juga fasilitinya adalah yang terbaik.. Satu lagi paling menyeronokkan bila dapat layanan dari staf yang friendly, rasa sangat dialu-alukan bila ke situ.. Betul tak? Katanya, layanan di hotel ini juga bagus dan stafnya sangat friendly..

3.  Dorsett Kuala Lumpur


Dorsett Kuala Lumpur juga berhampiran dengan pusat membeli belah.. Terletak di sepanjang Bintang Walk dan hanya 5 minit berjalan kaki untuk ke Pavilion Kuala Lumpur serta 10 minit berjalan kaki untuk ke Berjaya Times Square dan Plaza Sungei Wang.. Nampak semua dekat-dekat belaka.. Yang suka shopping, bolehlah menginap dekat sini.. Tempat shopping ada disekelilingnya.. Haha..

Hotel ini juga mempunyai bilik yang bersih dan selesa.. Fasiliti memang tiptop la.. Menginap dekat sini memang memberi kepuasan.. Kemudahan awam pun banyak dekat sini.. Owh ya, nak pergi KLCC pun dekat je..

Ok, cukuplah aku senaraikan 3 sahaja KL Staycation aku walaupun yang sebenarnya banyak lagi yang menarik.. Tapi cukuplah yang ini sahaja.. Nanti aku berangan lebih-lebih kalau tak dapat pergi, mau kemurungan aku sebulan.. Haha.. Apa-apa pun yang penting kita rancang dahulu.. Jadi tak jadi tu kita fikir kemudian.. Kalau ikutkan hati memang tak sabar nak ke Kuala Lumpur untuk bercuti.. Bukan apa, dekat sana senang banyak kemudahan walaupun agak padat..


Dapat ke Kuala Lumpur pun dah seronok sangat walaupun dalam hati ni teringin sangat nak bercuti di Grand Lexis Port Dickson. Takpe la, lain kali kita plan pula percutian ke Negeri Sembilan ye.. Buat masa ni, biarlah tempat dekat-dekat je dulu.. Bukan apa, tak mahu ramai-ramai bersesak di tempat-tempat percutian yang menjadi tumpuan ramai.. Biarlah berlaku secara berperingkat dan keadaan reda, barulah senang hati nak bercuti ke sana.. Lagi pun, sempatlah nak simpan duit kan.. 

Korang teringin nak bercuti ke mana? Pasti ada tempat yang korang teringin nak pergi kan.. Yelah, setiap orang ada cara masing-maing untuk self reward.. Mungkin ada yang suka dengan barangan, macam aku, ini juga salah satu self reward untuk aku.. Kalau korang ada lagi tempat menarik, jom la share dengan aku.. Mana tau, boleh masukkan dalam wishlist aku akan datang.. Hehe..



1 comment:

  1. rindu nak gi pantai di Terengganu. Lama tak snorkeling. Staycation kalau di KL saya teringin nak ke EQ hotel atau KL Journal Hotel. Selamat bercuti!

    ReplyDelete