5 Tip Hilangkan Rasa Malas

Sunday, October 24, 2021

5 Tip Hilangkan Rasa Malas  |  Bila ada masa aku akan isi dengan membaca buku.. Terbaru aku baca buku motivasi yang benar-benar memberikan aku motivasi diri yang tinggi iaitu buku Dajal Dalam Diri #30SifatKeji : Cegah & Hindar.. Aku akan share dekat sini apa yang aku suka dalam buku ini.. Untuk kali ni aku nak share 5 tip untuk hilangkan rasa malas yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ni.. Mana tahu boleh dijadikan rujukan korang juga kan.. Hehe..


5 Tip Hilangkan Rasa Malas

Sebenarnya banyak tip, petua, cara, etc untuk hilangkan rasa malas ni.. Mudah-mudahan cara ini dapat membantu korang untuk nyahkan 'Dajal Dalam Diri' ini..

1.  Fikirkan Tujuan Dan Impian Hidup

Adakah kita nak kehidupan yang bermakna atau sia-sia?
Adakah kita nak dunia yang bersifat sementara atau akhirat yang kekal abadi? #MakeAChoice

Kalau nak yang terbaik untuk hidup, tiada cara lain kecuali tukarkan sifat malas itu kepada rajin..

2.  Fikirkan Pasal Mak Ayah

Cuba kenangkan kesusahan mereka sepanjang membesarkan kita. Pernahkah mereka merungut kerana memiliki korang? Pernah tak mereka abaikan korang?

Then, fikirkan adakah kita mahu jadi anak yang berbakti atau anak derhaka? Adakah kita nak menyusahkan mereka dengan sifat malas kita ni sepanjang hayat? #ThinkAboutIt

3.  Amanah Dan Sayangi Diri

Kalau bukan kita yang sayangkan diri sendiri, siapa lagi? Jadi, berusahalah buat sesuatu untuk tingkatkan kualiti diri. Kalau 24 jam asyik goyang kaki je, apa yang korang boleh dapat?

Ingat, rezeki takkan datang bergolek walaupun korang beribadah banyak macam mana sekalipun.

4.  Kelilingi Diri Dengan Aura Positif

Carilah kawan yang baik dan mampu membimbing ke jalan yang benar. Kalau taka da, korang sendiri yang kena mulakan untuk membina persekitaran yang harmoni.

Tak lokek ilmu, saling  membantu dan pandai menyantuni antara perkara yang secara tak langsung  dapat memupuk sifat #RinganTulang

5. Berdoa

Mohonlah kepada-NYA agar dijauhkan dan dihindari dari sifat ini. Tapi pastikan doa dipohon dengan bersungguh-sungguh dan kemudian dilaksanakan melalui perbuatan.


Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kesusahan di waktu tua dan sifat kedekut. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari seksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian. - Hadis riwayat bukhari dan muslim


Sumber : Buku Dajal Dalam Diri by Sis Youjae 


4 comments:

  1. Satu peringatan yang bagus.. Kadang malas tu rajin je nak bertandang..

    ReplyDelete
  2. terima kasih share tips ni.. mmg berguna. sbb kdg2 mmg mari penyakit M ni... bila baca entri ni termunasabah diri sendiri balik.

    ReplyDelete
  3. memang kalau kita tak de visi, memang rasa malas tu makin menjadi2 kan

    ReplyDelete