Koleksi Terbaru Bulan Oktober Novel Maria Kajiwa

Saturday, October 9, 2021

Koleksi Terbaru Bulan Oktober Novel Maria Kajiwa  |  Assalamualaikum.. Hi korang.. Sendu betul blog aku ni sejak kebelakangan ni.. Tambahan pula sekarang ni ramai kengkawan yang hadapi problem loading.. Slow sangat loadingnya termasuk blog aku.. Aku masih mencari jalan penyelesaiannya.. Andai tak berjumpa juga, kenalah tukar template.. Sayang weh nak tukar template ni.. Aduhai.. Harap masalah ni dapatlah setel cepat..


Ok, bukan nak cerita pasal tu sebenarnya.. Kali ni aku nak story pasal novel penulis kesayangan aku iaitu Maria Kajiwa.. Gigih betul aku dok mencari novel lama-lama kak Maria ni.. Dapat pun yang preloved jerk sebabnya nak dapatkan yang baru memang dah  takde dalam pasaran dah.. So, terpaksa la mencari yang preloved sahaja.. Asal boleh baca sudah.. Hehe.. Baru-baru ni aku dapat tambah koleksi terbaru aku untuk bulan Oktober ni Novel Maria Kajiwa iaitu "Datang Pada Waktunya" dan "Suara Tengah Malam".. Hope mantap la macam novel beliau yang pernah aku baca sebelum ni.. Kalau baca review kat Goodreads, memang tinggi ratingnya.. Itu yang aku decide nak dapatkannya.. Hiks..

Sinopsis Datang Pada Waktunya


Judul Novel  :  Datang Pada Waktunya
Penulis  :  Maria Kajiwa
Terbitan  :  Fajar Pakeer
Muka Surat  :  476 m/s

Tiada yang lebih indah daripada apa yang ada antara kita...

Sebuah projek pembinaan jambatan yang sudah 45 tahun terbengkalai, membawa Edri dan kawan baiknya, Adam ke sebuah kampung di tepi Sungai Pahang.
Encik Edri pernah melihat hantu? - Encik Amin
Edri tergamam. Sudah dua kali juga soalan itu ditanyakan kepada dia. 
Dia semakin keliru. "Apa kena-mengena kerja saya dengan hantu, Encik Amin? Saya bukan Ghostbuster. - Edri
Dalam ketawa yang dibuat-buat, dia cuba berseloroh..
Jawab soalan saya dulu. - Encik Amin
Kali ini suara Encik Amin semakin garau dan dalam walau tidak sampai membentak.

Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dituju, kereta yang dinaiki telah rosak. Edri dan kawan serumahnya, Adam telah dibantu oleh dua orang gadis kampung yang bernama Saleha dan Murni. Di kampung itu mereka berdua dijaga dan dilayan dengan baik sehinggakan Edri dan Saleha saling jatuh cinta. Namun Hasan, pemuda kampung yang sudah lama mencintai Saleha menjadi penghalang.
Kalau saya tak penggal kepada dia, saya bukan Hasanlah, nek. - Hasan
Mampukah Edri menyelesaikan misteri pembinaan jambatan itu? Mampukah dia pulang semula ke kota? Siapakah Saleha yang sebenarnya? Dan Saleha, siapakah yang akan menjadi pilihannya selepas Edri meluah rasa?

Sinopsis Suara Tengah Malam


Judul Novel  :  Suara Tengah Malam
Penulis  :  Maria Kajiwa
Terbitan  :  Buku Prima
Muka Surat  :  518 m/s

Dia sudah lama menangis.
Dia ingin memanggil, tetapi tidak mampu...

Cerita ini mengisahkan tentang seorang penyiasat persendirian bernama Adam yang berkelana mencari isterinya yang diculik tiga tahun yang lalu. Maklumat yang diterima telah membawanya ke Melaka. Di situ, dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah ruman lama.

Di situ juga, dia telah berkelana dengan Rafiq yang juga baru menyewa di situ. Suara aneh yang kerap mereka dengari apabila senja muncul membuatkan mereka berdua cuba menyiasat misteri rumah ini. Namun, usaha mereka mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis.

Dalam masa yang sama, usaha Adam semakin menemui jalan buntu, apatah lagi halangan daripada penculik isterinya. Akhirnya, Adam membuat keputusan untuk menamatkan pencariannya di Melaka. Namun, kehilangan Mazni, anak tuan rumah telah membawa kepada penemuan baru.

Misteri suara budak kecil yang menyanyikan lagu cina di rumah sewa itu juga sering menghantui Adam. Suara siapakah itu? Dapatkah dia menemui semula isterinya?

Xiao lau shu, shang deng tai, tou chi you, xia bu lai, miao, miao, miao, mao lai le, jo li ku lu, kun xioa lai. Kemudian, diikuti oleh tangisan yang hiba dan panjang. Terdengar juga bunyi sesuatu yang diketuk atau dipukul bertalu-talu. 

Kali pertama saya dengar, masa saya balik cuti beberapa tahun yang lalu. Saya cuba cari, tapi tak jumpa. Masa tu, saya ingatkan ada anak kucing dalam rumah tu, tapi mak marah. Mak kata tak payah cari, tak payah campur hal bunyi-bunyi tu. - Mazni

 Mak minah ada dengan suara budak menyanyi tak? Lagu Cina. - Rafiq



 

1 comment:

  1. Sinopsis yang menarik dan pasti isi novelnya pun turut menarik. Saya dah lama tak beli novel macam ni.

    ReplyDelete