healthy ·
lifestyle
1 comment
Tingkatkan Nutrisi dan Tumbesaran kanak-kanak dengan Diffenz Junior
Friday, November 19, 2021
Tingkatkan Nutrisi dan Tumbesaran kanak-kanak dengan Diffenz Junior |
Nutrisi yang lengkap dan pemakanan yang seimbang amat penting bagi kanak-kanak
yang sedang membesar. Zaman sekarang ni tidak semua ibu bapa berjaya membentuk
corak pemakanan yang sihat untuk anak mereka lebih-lebih lagi ketika negara
dan seluruh dunia dilanda Pandemik Covid-19.
Satu kajian yang dibuat mendapati berlaku peningkatan kadar obesiti yang
membimbangkan di kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Mereka
mengalami kenaikan berat badan purata 2.3 kg semasa pandemik di mana anak-anak
tidak dapat bermain diluar dan pergerakan mereka terbatas hanya di dalam rumah
sahaja.
Jadi, ini mengakibatkan mereka kurang aktif kerana hanya dihidangkan dengan
gajet dan siaran TV sahaja di rumah. Fasa kanak-kanak amat penting dan perlu
diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan
berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan
datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak
adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.
Di luar pengatahuan sebilangan kita, kadar kebantutan dalam kalangan
kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada
kadar 7.4 peratus berbanding di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik
keganasan.
Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan risiko obesiti
akibat kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak sihat di rumah akibat
pandemik Covid-19 yang melanda. Tiada lagi keterujaan dan kebebasan bermain,
berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi tuntutan norma
baharu.
Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan
semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda
kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi), jangkitan
berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.
Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkatkan risiko kematian dan
morbiditi (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting
dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin
dan mineral yang lengkap.
Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang diambil setiap hari. Jadi, amat
penting untuk ibu bapa menggalakkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan
dalam diet bayi mereka. Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan
keperluan mikronutrien, disebabkan kualiti makanan berkurangan kerana proses
penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau
pencucian berlebihan serta cara masakan.
Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid
Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.
Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.
Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.
Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.
Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah.
Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.
Cendawan Susu Harimau
Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selsema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.
Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.
Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.
Multivitamin Dan Mineral
Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).
Terdapat jurang yang jelas di antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.
Kolostrum
Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum.
Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).
Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak.
Korang yang ada anak berumur 4 hingga 12 tahun tu, aku rekemen sangat untuk dapatkan Diffenz Junior ni. Sekurang-kurangnya anak-anak kecil ini boleh dapat nutrisi tambahan dan perlindungan yang terbaik kepada mereka untuk terhindar dari jangkitan kuman dan virus berbahaya di luar sana.
Moga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu korang memberikan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak. Mencegah kan lebih baik daripada merawat. Perlu ingat ye, kalau anak-anak ni sakit kita juga yang susah hati nanti.
Ok lah. Kalau korang berminat nak dapatkan Diffenz Junior ni korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah.
👉 Website : https://diffenzjunior.com
👉 Facebook Page : Eskayvie Malaysia
👉 Instagram : Eskayvie Malaysia