Datuk K Dedah Perubahan Dan Kejayaan Asyraf Khalid Disebabkan Dr Azizan Osman

Friday, February 25, 2022

No comments
Datuk K Dedah Perubahan Dan Kejayaan Asyraf Khalid Disebabkan Dr Azizan Osman  |  Siapa yang tidak kenal dengan suami kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan nama Datuk K salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Bukan sahaja namanya disebut-sebut tetapi kisah kejayaan anaknya, Asyraf Khalid juga kini mendapat perhatian masyarakat. 


Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Yang Membanggakannya Disebabkan Azizan Osman

Bak kata pepatah " Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".. Begitulah boleh diibaratkan dengan kejayaan Asyraf Khalid kini.. Sungguhpun begitu, kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha.. Dengan usahalah membawa seseorang kepada kejayaan.. 


Perubahan demi perubahan telah berlaku dalam kehidupan Asyraf Khalid sehinggalah beliau berjaya sekarang.. Perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini adalah disebabkan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman seperti yang didedahkan oleh bapanya, Datuk K baru-baru ini..

Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan oleh Asyraf tempoh hari, Datuk K sempat merakamkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman yang telah mengubah dan membimbing anaknya bukan sahaja dalam bisnes malah dalam kehidupannya juga sepanjang tempoh 3 tahun ini.

Ucapan tersebut dibuat ketika sesi makan malam sempena sambutan ulang tahun kelahiran Datuk K di kediaman keluarganya pada Isnin lalu. Menurut Asyraf, salah satu impian dalam hidupnya adalah membanggakan bapanya dan akhirnya dia berjaya mencapai impian tersebut..
Membuatkan beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah kehidupan dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik

 


Inspirasi Kejayaan Asyraf Khalid Anak Didik Dr Azizan Osman

Menurutnya lagi, dahulunya beliau merupakan seorang budak nakal yang sering kali mengecewakan bapanya serta turut merasakan dirinya seorang yang gagal dan tidak mungkin akan berjaya dalam hidup.. 


Namun begitu, beliau tidak terus-menerus menyalahkan diri sendiri malah berusaha bangkit dan menanam azam untuk ubah diri menjadi lebih baik dan berjaya kerana beliau faham perjalanan masih jauh dan beliau sangat bersyukur kerana pada hari ini beliau telah membuktikan kepada bapanya yang beliau juga boleh berjaya dan sekaligus telah membanggakan bapanya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.

Bagi Asyraf Khalid, Dr Azizan Osman merupakan seorang mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik juga termasuklah kepimpinan dan perhubungan sesama masusia serta bersama Maha Esa.  Malah nilai-nilai baik yang ada dalam lingkungan anak didik Dr. Azizan Osman dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik.

Tambah Asyraf lagi, meskipun mereka di RichWorks sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang lebih baik dengan jualan jutaan ringgit, mereka masih merendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara yang betul harus dilakukan.

Datuk K Cemburu dan Kagum Dengan Kebolehan Dr Azizan Osman

Bukan setakat itu sahaja, malah Datuk K sendiri dalam ucapannya mencemburui dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki Dr Azizan Osman ubah sikap dan melahirkan ramai usahawan jutawan di malaysia.


Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ni, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka. Saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan  tunjuk ajarnya.
Dalam ucapannya juga, Datuk K menganggap Dr Azizan Osman lah yang telah memimpin tangan mereka, tunjukkan mereka mana longkang, mana tempat kena langkah, mana tempat kena lompat dan merasakan semua usahawan jutawan anak didik Dr. Azizan Osman ini sangat beruntung. Malah turut menyatakan yang beliau tidak dapat kelebihan ini ketika seusia mereka dan semasa ingin memulakan perniagaan dahulu.


Sebagai seorang usahawan yang sudah lama dalam dunia perniagaan, Datuk K turut mengingatkan kepada golongan usahawan yang telah berjaya supaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya menyeru para usahawan yang telah berjaya untuk membantu mereka yang masih mencari tapak dalam bidang ini..

Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tidak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi be humble, more humble and more humble. Ajar mereka untuk capai kejayaan.

RichWorks Lahirkan Jutawan


Kini telah terbukti di mana program Titan RichWorks berjaya membantu ramai orang dalam menjadi usahawan berjaya. Dengan adanya kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks, ia dapat membantu membuka peluang kepada masyarakat di luar sana menimba ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan seterusnya mencapai kejayaan menjadi usahawan yang berjaya.

Seperti yang kita ketahui, kejayaan Asyraf Khalid ini adalah salah satu kisah yang boleh dijadikan inspirasi untuk kita berjaya.. Bukan melalui jalan pintas beliau mengecapi kejayaan malah beliau mula dari zero to hero bersama RichWorks bermentorkan Dr. Azizan Osman yang berjaya mengubah hidupnya. Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.. Pucuk pangkalnya adalah usaha.. Tanpa usaha kita tak akan kemana-mana.. Berusahalah untuk berjaya.. Usaha, doa dan tawakal.. 

Kejayaan Richworks lahirkan jutawan berjaya sudah lama diketahui umum.. Bagi korang yang ingin menjadi usahawan malah telah menjadi usahawan tetapi masih terumbang ambing mencari hala tuju dalam perniagaan, korang boleh ikuti kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks ini..

Untuk maklumat lanjut tentang Kelas Titanium RichWorks anjuran RichWorks bersama Dr. Azizan Osman, boleh layari www.richworks.com.



Read More

Datuk Wira Dr Azizan Osman Kongsi 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session

Friday, February 11, 2022

2 comments
Datuk Wira Dr Azizan Osman Kongsi 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session  |  Wahh bestnya nanti Datuk Wira Dr Azizan Osman akan adakah program Live Session dimana beliau akan berkongsi tentang cabaran-cabaran dalam bisness. Siapa yang dah ada bisness atau yang baru nak mulakan bisness patut join program  ni.. Nak tahu lebih lanjut, nanti aku story.. Sebelum tu, aku nak perkenalkan dulu Richworks.. Eh, apa itu Richworks?


Tentang Richworks

Richworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran mereka adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.


Richworks yang ditubuhkan pada 2008 ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.  

Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia dan kini telah berjaya melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara  serta seminar live dan dalam talian (Virtual Online). Berpandukan rekod prestasi, terbukti strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Siapakah Datuk Wira Dr. Azizan Osman?


Pastinya dikalangan usahawan dan sangat familiar dengan nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman.. Bagi yang belum mengenali beliau, inilah Pengasas dan Pengerusi Richworks yang telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajuinya sejak 2008.

Beliau seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.  


Bukan itu sahaja, beliau juga telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan dan telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 700 usahawan jutawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa. Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini telah mencecah RM1.5 bilion.

Datuk Wira Dr Azizan Osman Kongsi 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session

Dah masuk tahun 2022, kita masih di dalam pandemik.. Bila nak berakhir semua ni? Hurm aku sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.. Ramai yang terjejas dengan keadaan sekarang terutamanya usahawan di luar sana.. Ada juga dikalangan mereka yang dah pun gulung tikar akibat tidak mampu untuk terus 'survive' dalam bisnes.

Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! Terdapat 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!

Apakah 10 cabaran bisnes selepas pandemik di tahun 2022?

Kalau korang nak tahu, Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes di tahun 2022 dan selepas pandemik ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada hari Ahad, jam 8 pagi.


Pagi tadi, Dr Azizan sempat berkongsikan tentang beberapa perkara berkaitan isu semasa yang berlaku di negara kita pada masa ini.. Banyak perkara yang beliau kaji dalam tempoh dua minggu yang lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itulah katanya lagi, kritikalnya untuk kita semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.  


Semalam beliau berpeluang bersama-sama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina di mana memang banyak syarikat yang sudah tutup atau atau lebih tepat 'gulung tikar'.  Walaupun peniaga ini mempunyai kilang di China tetapi mereka sudah tidak nampak apa yang perlu dibuat dan juga tidak mahir dalam soal pemasaran.  

Katanya lagi, beliau juga sedar bahawa sebenarnya untuk memulakan semula bisnes dari kosong agak sukar diketika ini dan bila ditanya oleh seorang usahawan dalam bidang pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?  Pertama kali, beliau tidak tahu untuk memberikan jawapan bagi soalan itu. 



Namun begitu, beliau sedar bahawa bagi mereka yang mempunyai bisnes di ketika ini dan kekal melakukan perkara yang sama seperti biasa, maka dia akan 'mati'!  Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja secara agresif seperti sebelum ini. Jika masih kekal dengan usaha yang normal, maka ia akan mati dan jika kekal kecil pula ia akan pupus.


Katanya lagi "Sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tidak bersyukur jika anda tidak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.  Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'."  

"Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.  Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?  Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.  Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.  Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini."

Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Setiap Ahad Di Saluran Telegram

Rasa teruja pula nak join Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ni.. Kali ni beliau adakan di saluran Telegram.. So, lebih mudah la lepas ni nak join live session beliau.. Lagi pun program ini diadakan pada setiap hari Ahad.. 

Walaupun aku bukanlah orang bisnes tetapi apa salahnya kalau ada sedikit ilmu dalam bisnes kan.. Mane tahu akan datang ada peluang aku untuk berbisnes pula.. Hehe.. Insyaallah.. Korang yang free hari Ahad nanti, bolehlah join Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ini nanti.. Sama-sama kita mencari dan menambah ilmu..

Bagaimana nak join Live Session Dr Azizan Osman?

Ok, kalau korang nak join, boleh klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang!




Read More