Vit's Bersama Sukarelawan Turun Padang Bantu Mangsa Banjir
| Bencana alam seperti banjir besar yang melanda beberapa negeri
sehingga meragut hampir 50 nyawa, mengakhiri 2021 yang turut menyaksikan
rakyat bersatu hati serta bangkit untuk saling membantu terhadap keluarga
mangsa banjir. Kesannya ibarat dilanda Tsunami, puluhan ribu mangsa
ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan ribuan keluarga hilang
tempat tinggal apabila rumah mereka dihanyutkan arus deras, manakala ribuan
kenderaan pula terdampar serta musnah selepas ditenggelami banjir.
Pada 19 Disember 2021, Vit’s sebuah syarikat pengilar mi segera yang telah
bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu telah memberi bantuan hampir ke
semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir di Shah Alam dan
Klang.
Berikutan bencana banjir yang membadai hampir keseluruhan Lembah Klang dan
Mentakab, Temerloh bermula 18/12/21, Vit's telah melancarkan satu program
Bantuan Bencana Alam Mangsa Banjir di Mentakab Pahang kolaborasi dengan SME
Association Malaysia dan kerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(HRDCORP) HRDCORP CARE pada 27 dan 29 Disember 2021 yang lalu.
Pada 27 dan 29 Disember 2021, Vit’s berjaya mengumpulkan sejumlah 80 orang
sukarelawan yang bersama-sama turun padang membantu mangsa banjir di Mentakab,
Pahang. Vit’s tidak menyangka rakyat Malaysia amat prihatin terhadap mereka
yang terkesan oleh bencana banjir ini walaupun dalam tempoh masa yang
singkat.
“Saya betul-betul tak sangka, sukarelawan ini semua sanggup turun padang
walaupun ada yang datang dari negeri lain dan berlainan umur, bangsa
bersama-sama bersemangat membantu mangsa banjir. Ini kali pertama saya
melihat semua sukarelawan berganding bahu membantu dan saya amat kagum” kata Encik YT Lai selaku Pengarah Urusan VIT’S
VITS juga telah menderma sejumlah 50 000 peket mee segera untuk meringankan
beban mangsa banjir di Selangor dan Pahang serta amat berharap agar mangsa
semua tabah dalam dugaan ini.
Tahniah Vit's..
No comments
Post a Comment