Durioo+ Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Menerapkan Nilai-Nilai Islamik

Wednesday, March 9, 2022

Durioo+ Platform Penstriman Khas Untuk Kanak-Kanak Muslim Menerapkan Nilai-Nilai Islamik  |  Assalamualaikum.. Hi gais!! Wah nampaknya sekarang makin rancak rancangan untuk kanak-kanak di Malaysia ni kan.. Terbaru kita dah ada platform penstriman animasi khas buat kanak-kanak muslim di seluruh dunia yang menekankan nilai-nilai Islamik iaitu Durioo+.. Haaa ini baru betul.. Aku sebagai seorang ibu pun rasa happy bila ada platform sebegini untuk tatapan anak-anak setiap hari.. 


Durioo+ Dilancarkan Pada Januari 2022

Pada Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. Sebulan selepas dilancarkan, pada 18 Februari 2022, Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+. 


Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia.  

Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia


Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia.


Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.  

Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh team kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure.  


Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia. 

Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam. 




Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam.

Muat Turun Aplikasi Durioo+ Untuk Akses Yang Lebih Mudah


Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari.

Selain itu, berita baik untuk pembaca di luar sana! Korang boleh menggunakan promo kod “LEADURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini juga.!! 


Rugi tau tak langgan Durioo+ ni.. !! Bagus untuk anak-anak kita dan bagus untuk kita juga.. :)




No comments

Post a Comment