Deeyeo Baby Cotton Towel Tebal Dan Lembut Sesuai Untuk Baby Serta Pelbagai Kegunaan | Tisu basah dah menjadi satu keperluan sekarang ni bagi aku.. Rasa tak lengkap hidup tanpa tisu basah.. Banyak kegunaannya tau.. Selalunya kalau dirumah aku akan menggunakan tisu basah untuk lap meja terutama selepas anak-anak makan.. Nak lap habuk pun aku menggunakan tisu basah apatah lagi untuk bersihkan muka aku.. hehe.. Memang pelbagai kegunaan tau tisu basah ni..
Untuk tujuan pelbagai kegunaan ni, aku memang akan mencari tisu basah yang bebas bahan kimia berbahaya dan tanpa wangian supaya tidak berlaku iritasi ataupun kesan sampingan yang lain.. Sebab itulah aku menggunakan tisu dari jenama Deeyeo ni.. Deeyeo Baby Cotton Towel ini dari China tau dan sangat sesuai untuk korang yang suka travel.. Aku memang suka sangat tisu Deeyeo ni sebabnya ia tebal dan lembut serta organik.. Selamat digunakan untuk baby dan pelbagai kegunaan lain..
Kalau korang nak tahu Deeyeo Baby Cotton Towel boleh digunakan dalam keadaan basah dan kering tau.. Jadi sangat praktikal untuk digunakan di rumah atau dimana-mana sahaja dengan pelbagai tujuan.. Untuk aku yang tiada baby, memang aku gunakan untuk kegunaan dirumah je la terutama urusan di dapur.. Hehe.. Sangat mudah dan menjimatkan..
Tekstur Deeyeo Baby Cotton Towel ni sangat lembut dan tebal serta tiada bau wangian.. So, aku boleh guna dengan penuh yakin.. Nak guna pada muka pun rasa selamat dan selesa.. Untuk remove make up pun sangat mudah dengan Deeyeo Baby Cotton Towel ni... Serius, aku dah cuba, sangat mudah menanggalkan make up dan muka pun bersih sangat..
Selain itu juga, apa yang best lagi tentang Deeyeo Baby Cotton Towel ni adalah ia mudah menyerap air.. Lap meja yang basah pun cepat je kering dan lap sisa air diwajah pun senang je air serap pada tisu Deeyeo ni.. Memang terbaik!!
Deeyeo Baby Cotton Towel Tebal Dan Lembut
Bagi aku, Deeyeo Baby Cotton Towel ini sangat unik kerana ia dapat digunakan sebagai tisu kering dan juga tisu basah. Sebelum ni aku hanya tau tentang tisu basah sahaja.. Tapi kali ni aku sangat kagum dengan tisu dari Deeyeo ini dengan dwi-kegunaan..
Permukaan A - Untuk Kegunaan Basah
- Permukaannya bertekstur mutiara 3D
- Penyerapan air yang tinggi
- Dapat membersihkan liang-liang dengan berkesan.
Permukaan B - Untuk Kegunaan Kering
- Permukaannya bertekstur rata, halus dan lembut
- Ia direka khas untuk kegunaan tangan dan mulut.
- Tidak menyebabkan kerosakan kulit. Skin friendly
Kelebihan Deeyeo Baby Cotton Towel
- Materialnya kuat dan tebal tidak mudah koyak..
- Teksturnya lembut seakan tuala lembut dan diperbuat 100% sumber organik tanpa komponen poliester (sintetik).
- Selamat untuk kulit sensitif, tangan, muka, badan (termasuk bahagian sulit) dan peralatan makan.
- Bebas pewangi, alkohol, paraben, bahan berfluoroscent mahupun formaldehyde
Apa Yang Menarik Tentang Deeyeo Baby Cotton Towel?
Ok, honestly aku dah jumpa tisu pelbagai guna yang terbaik untuk kegunaan aku seisi keluarga.. Mudah digunakan dan pelbagai kegunaan.. Aku suka akan tekturnya yang lembut dan kuat tak mudah koyak.. So, nak guna untuk kegunaan yang lasak pun tak menjadi masalah..
Selain itu, aku suka packagingnya yang comel.. Salah satu daya tarikan untuk membeli adalah packagingnya.. Warna pun sejuk mata memandang.. hehe.. Lembut je selembut tisunya.. Ia juga didatangkan dalam bentuk yang mudah dibawa kemana-masa.. Sangat sesuai untuk mereka yang suka travel.. Paling penting Deeyeo Baby Cotton Towel ni tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan tidak mengandungi alkohol.. Sangat sesuai untuk kegunaan baby.. Ia dihasilkan daripada fiber semulajadi yang halus dan lembut pada kulit. Bukan itu sahaja tetapi ia juga selamat digunakan untuk membersihkan mulut dan tangan baby selepas makan kerana helaian Deeyeo Baby Cotton Towel ni telah dirawat dengan kaedah aseptik melalui wap bertekanan tinggi.
Apa yang menarik lagi ia dapat membersihkan kotoran sehingga 4 kali lebih bersih daripada tisu basah biasa tau kerana daya serapannya yang tinggi.. Itu yang bestnya dengan Deeyeo Baby Cotton Towel.. Sekarang ni, aku memang gunakan tisu ini untuk tanggalkan make up aku.. Sangat mudah dan tidak menyakitkan kulit..
Deeyeo Baby Cotton Towel Sangat Murah!
Mesti korang tak percaya dengan harga Deeyeo Baby Cotton Towel.. Dah la pelbagai guna tetapi murah pula tu harganya... Memang berbaloi-baloi la pendek kata untuk kegunaan harian.. Lagi best dengan dua kegunaan, basah dan kering.. Jom lihat harganya..
- 1 kotak mempunyai 6 pek tisu dengan harga RM36.99
- 1 pek mengandungi 80 helai tisu
- Puratanya 1 helai Deeyeo Baby Cotton Towel hanya RM0.08 sahaja..
Sangat berbaloi-baloi gais!!
Aku dah cuba!! Korang bila lagi??
Ok, kalau korang nak dapatkan Deeyeo Baby Cotton Towel ni, boleh dapatkan di Shopee.. Boleh klik terus link dekat bawah ni..
Nak harga lebih murah, korang boleh guna kod promosi ini >>> DEEYMISS untuk dapatkan diskuan sebanyak RM20 untuk setiap pembelian lebih dari RM100.. Rugi tak grab tau!!
No comments
Post a Comment