Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem Sambut Raya Sebagai Hero Mobile Legends : Bang Bang Untuk Kempen 515

Wednesday, April 27, 2022

Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem Sambut Raya sebagai hero Mobile Legends : Bang Bang untuk kempen 515  |  Mobile Legends : Bang Bang, sebuah mobile multiplayer battle arena dengan komuniti gaming terbesar, memperkenalkan League Of Heroes terbarunya - Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem untuk meningkatkan kempen 515 mereka pada hari raya ini..

Selebriti ini adalah penting untuk plan mengembangkan syarikat sebagai syarikat gaming antarabangsa dan memperkukuhkan kedudukan di Asia Tenggara.

Sejak dilancarkan pada 2016, kami sentiada mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan - menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MOONTON Games

Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem menyambut Raya sebagai hero Mobile Legends : Bang Bang untuk kempen 515

Jom raikan raya dengan Mobile Legends : Bang Bang Heroes, Tang Wanwan, Ling dan Yin dimana mereka memulakan misi untuk menyelamatkan Hari Raya Tok! Jangan lupa saksikan video bertemakan Raya oleh MOONTON Games yang dipenuhi dengan mesej bermakna yang memfokuskan kepada Tok seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian dan memerlukan bantuan MLBB Heroes untuk membantu menjadikan raya Tok sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Dengan kuasa "We Together Than Me" adakah mereka berjaya menyelamatkan Raya Tok?


JANNA NICK sebagai Tang Wanwan
Ia sememangnya satu pengalaman yang mengagumkan di mana penggambaran ini dibuat dengan semua orang memakai baju raya di sebuah kampung. Benar-benar menyerlahkan suasana Hari Raya yang amat saya rindui

HAIRUL AZREEN sebagai Yin
Ini merupakan pertama kali saya membuat ketupat dengan tangan kosong saya. Satu pengalaman yang menakjubkan bagi saya dan kini saya boleh membuat ketupat sendiri di rumah

HUN HAQEEM sebagai Ling
Ia sememangnya satu cabaran bagi saya untuk mencuba dan menangkap ayam-ayam ini semasa penggambaran. Mereka begitu pantas! Nasib baik krew ada berkongsi beberapa helah tentang cara menangkap ayam.

Janna Nick sebagai Tang Wanwan in “Tang Wanwan: Quest for the truth”

Dilancarkan pada 17 April, Tang Wanwan kembali hidup apabila Janna Nick berjaya menampilkan persembahan terbaik dalam memainkan watak sebagai MLBB Hero, Tang Wanwan. Ramai yang kagum dengan personaliti comel Janna Nick tetapi juga hero yang sangat hebat yang berjaya menahan serangan hendap oleh seorang pembunuh upahan yang dihantar oleh Black Dragon yang pernah menjadi kawan baik Tang Wanwan. Untuk Tang Wanwan mencari kebenaran, dia perlu pergi ke M-World dan memulakan pencariannya.


Akan Datang! Filem Mini Solo Ling dan Yin

MOONTON Games juga telah menyediakan dua lagi filem mini solo yang manarik tentang Ling dan Yin yang dibintangi oleh Hun Haqeem sebagai Ling dan Hairul Azreen sebagai Yin akan datang tidak lama lagi.! Filem mini solo Ling, "Ling : The Chosen One" akan ditayangkan pada 24 April dan filen mini solo Yin, "The Ultimate Challenge" akan ditayangkan pada 02 Mei. Kedua-dua pelakon tidak sabar  untuk menunjukkan beberapa pergerakan dan kemahiran koreografi yang unik dan hebat dalam filem mini masing-masing. Hairul Azreen dan Hun Haqeem memainkan peranan mereka yang luar biasa dengan menguasai pergerakan melawan menggunakan senjata mereka, berdasarkan cerita dan kemahiran hero.



Siri Animasi Global

Jangan ketinggalan juga Siri Animasi Global yang mempamerkan kisah-kisah lain tentang tiga hero MLBB ini. Memberikan satu lagi sisi hiburan kepada penonton dan peminat MLBB, Siri Animasi Global ini akan ditayangkan pada tarikh yang sama dengan filem mini ketiga-tiga hero itu.


Ulang Tahun ke-515 : Outfit baru yang eksklusif, Tang Wanwan, Ling dan Yin boleh didapati dalam masa terhad!

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiga outfit baru ini yang akan tersedia untuk masa yang terhad semasa event berlangsung. Selain daripada estetika pakaian jalanan futuristik yang unik, outfit ini juga menampilkan skill effect yang baru, bunyi dan suara.

Yang pertama akan dilancarkan, M-World Wanwan, kini boleh didapati dengan 899 berlian. M-world Ling akan dilancarkan pada 23 April, manakala M-World Yin pula boleh didapati pada 30 April. Ketiga-tiganya akan mendapat diskaun 30% selama tiga minggu dan boleh didapati di in-game store sehingga 5 Jun.

515 All Star Pre-heat

Anda mungkin dapat melihat pengurus bintang blockbuster dan juga 'influencers' paling hebat dari seluruh SEA semuanya berkumpul dalam satu video! Lihat semua persiapan di sebalik event besar itu dan juga kenali bintang secara lebih dekat.


Jangan lupa untuk undi 'Malaysian Influencers' kegemaran anda, Jess No Limit dan ChooxTV dalam All Star Voting event nanti dimana yang akan bertanding adalah seramai 200 influencers yang bersaing untuk merebut tempat di ALLSTAR Showdown! MOONTON Games juga teruja untuk mengumumkan kerjsamanya dengan salah satu jenama telefon dan elektronik terkemuka dunia iaitu Samsung Electronics. Samsung juga akan tampil bersama di ALLSTAR Showdown 2022.

Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan kerjsama ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk gamers - kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronic.

Fasa undian All Star akan bermula pada 29 April dan berakhir pada 4 Mei. Nantikan lebih banyak kemas kini di halaman Facebook MLBB Malaysia yang juga akan melancarkan kempen untuk menyerlahkan lagi fasa pengundian All Star pada 29 April nanti.

Penduduk tempatan digalakkan untuk mengambil bahagian dengan berkongsi siaran kempen ke halaman facebook masing-masing dan pemenang akan dipilih untuk menerima kad Touch N' Go bertemakan time-limited 515 dan barangan MLBB yang lain
 
Tang Wanwan, Ling dan Yin akan membuat penampilan bermula 16 April 2022 dan seterusnya.



Tahun ini MLBB 515 M-WORLD membawa seni ke tahap yang lebih baik. Ia bukan sekadar mural biasa. Ia lebih daripada apa yang anda lihat. Mobile Legends telah menggabungkan kreativiti dengan teknologi terkini, pengalaman AR. AR, yang bermaksud 'Augmented Reality' (Realiti Diperkukuh), ialah pengalaman interaktif persekitaran dunia sebenar di mana objek dalam dunia nyata dipertingkatkan oleh maklumat persepsi yang dijana komputer. Ia juga merupakan versi dunia fizikal sebenar yang dipertingkatkan yang dicapai melalui penggunaan elemen visual digital. AR ialah trend yang semakin berkembang dalam kalangan syarikat yang terlibat dalam pengkomputeran mudah alih dan aplikasi perniagaan.

Untuk pengguna mendapatkan pengalaman ini, pengguna perlu pergi ke mana-mana karya seni mural yang telah dipasang di mercu tanda terkenal di Kuala Lumpur dan Johor. Pengguna perlu 'browse' 515Mworld efek di Instagram dan menghalakan kamera mereka ke arah logo kempen 515 pada mural dan menyaksikan M-world dihidupkan. Satu lagi perkara yang hebat ialah, Mobile Legend mempunyai hidden gem QR code pada mural dan pengguna perlu menjawab kuiz untuk memenangi epic skin yang unik. Aktiviti ini sedang berjalan sehingga 15 Mei 2022.

Untuk info lanjut, sila follow Mobile Legends : Bang Bang di Facebook, Youtube, dan TikTok. Muat turun game dan nikmati perayaan ini di App Store and Google Play sekarang!



1 comment: