Eskayvie i-Qids Booster Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Jadi Lebih Cergas dan Bijak

Thursday, September 22, 2022

Eskayvie i-Qids Booster Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Jadi Lebih Cergas dan Bijak |  Anak-anak merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang amat besar bagi setiap ibu bapa. Peranan ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak menjadi seorang yang bijak dan sihat bermula sejak mereka dilahirkan lagi. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita amat mementingkan perkembangan minda anak-anak.. Betul tak?


Teringat semasa wabak Covid-19 melanda negara kita.. Pandemik telah memberi kesan yang banyak kepada kehidupan kita, terutamanya dari aspek pendidikan. Pada masa tu, anak-anaklah antara mangsa yang paling terkesan dek pandemik ini.. Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah, tidak boleh keluar bermain, tidak boleh hadir ke sekolah berjumpa kawan-kawan malah proses pembelajaran juga dilakukan secara atas talian.

Ini menyebabkan mereka dah kurang berinteraksi kerana tidak dapat belajar di sekolah dan banyak masa mereka dihabiskan dengan bermain gajet berbanding buku.. Belajar secara maya juga membuatkan mereka tidak fokus pada pelajaran, cepat bosan, letih dan hilang mood berbanding belajar di sekolah.


Emosi mereka juga turut terganggu dan mudah mengamuk kerana asyik terperap sahaja di dalam rumah tanpa dapat melakukan aktiviti yang kebiasaannya dilakukan diluar. Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan sekaligus mengganggu perkembangan otak serta daya tumpuan anak-anak. 

Semasa pandemik dulu, aku juga sangat risaukan perkembangan minda anak-anak aku. Untuk mengatasi kerisauan ini, aku lakukan beberapa tips yang diperolehi daripada pembacaan bagi membantu perkembangan minda anak aku. Aku akan pastikan untuk sentiasa berkomunikasi dengan mereka, hadkan masa mereka bersama gajet, dengar masalah mereka dan sediakan jadual rutin harian mereka. 

Aku juga berikan mereka suplemen kesihatan yang terbaik buat mereka iaitu Eskayvie i-Qids. Ye, aku dapati suplemen ini sebenarnya sangat membantu dalam perkembangan minda anak-anak.



Eskayvie i-Qids, Booster Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak

Eskayvie i-Qids merupakan vitamin "brain booster" yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Aplha Linolenic Asid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong perkembangan sel-sel otak anak-anak sekaligus menyokong proses pembelajaran mereka.

Kalau korang nak tahu, formulasi Eskayvie i-Qids ini amat istimewa tau kerana ia mengandungi superfood terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stress dan kerosakan..

6 Bahan Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids


Seperti yang aku katakan tadi, di dalam Eskayvie i-Qids ni terkandung 6 bahan nutrisi utama untuk otak yang sihat dan minda yang cergas iaitu :-
  • Phosphatidylserine (Serine)
  • Alpha Linolenic (ALA)
  • 22 Buahan & Sayuran
  • Moringa
  • Prebiotik
  • Multivitamin & Mineral
1.  Phosphatidylserine (Serine)

Ini merupakan super brain booster dan menjadi kunci utama kepada penghantaran signal maklumat yang lebih laju di dalam otak.


Kalau nak tahu, sebenarnya masih ramai kanak-kanak  Malaysia yang kekurangan pengambilan  Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi  otak yang baik, kanak-kanak disarankan untuk  mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg  Phosphatidylserine sehari. Tetapi sayangnya, kanak-kanak  kita hanya mengambil sekitar 1/3 sahaja dari jumlah ini!

Phosphatidylserine ni bukan sahaja penting untuk bantu  sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran  maklumat jadi laju, semestinya kanak-kanak akan lebih  mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru! Malah  pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga  mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai  individiu terdedah dengan pengambilan  Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.

Phosphatidylserine boleh didapati daripada makanan  harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak  mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil  Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan.

2.  Alpha-Linolenic Acid (ALA)

Ini pula adalah bahan asas kepada pembentukan EPA dan DHA untuk meransang sel-sel otak berhubung.. 


Kalau nak tahu, sebenarnya ikan mengandungi  sejenis nutrisi yang dipanggil sebagai Omega 3  dan penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh  dipecahkan kepada EPA dan DHA yang  mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang  sel-sel otak untuk berhubung. 

Sayang sekali, pemakanan yang tidak seimbang  boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan  nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan  minda mereka. Selain daripada makanan semula  jadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati  dalam minyak ikan. Namun akibat rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak-kanak kurang gemar untuk mengamalkannya.

Sebab itu, pengambilan Alpha Linolenic Acid  (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber  EPA dan DHA kepada otak si kecil  memandangkan rasanya yang lebih lazat. 

3.  22 ekstrak Buahan dan Sayuran

Gabungan 22 jenis buahan dan sayuran untuk mengisi jurang nutrisi daripada diet harian.


Sebenarnya sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber antioksidan utama dalam  pemakanan harian kita. Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengambil  sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah  kanak-kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis tak  suka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan? 

Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk  ekstrak sayuran dan buahan amat diperlukan buat masa ini  untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam  sayuran tersebut. Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyai  kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5  hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai  penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk  memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, lebih-lebih lagi  yang kurang makan sayur. 

4.  Moringa Oleifera

Berindak sebagai perangsang otak dan melindungi otak dari kesan stress dan kerosakan.


Kebiasaannya tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'daun  kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai' yang merupakan sejenis  Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat. Khasiat moringa yang anda perlu tahu :- 
  1. 3x zat besi berbanding bayam
  2. 4x kalsium berbanding susu
  3. 3x potassium berbanding pisang 
  4. 7x vitamin C berbanding oren 
  5. Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper,  Manganese dan Zinc. 
  6. Menyokong kesihatan organ  
  7. Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan 
Malah, ia dikaji boleh meningkatkan memori dan  pembelajaran kanak-kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat  daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas  pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negatif  terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran  mereka. 

Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada  ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak  mereka mengamalkan superfood ini.

5.  Prebiotik

Menggalakkan pembiakan bakteria baik untuk usus yang sihat dan penyerapan nutrisi yang efisen.


Prebiotik merupakan baja yang  menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria  baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia  akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan  meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.

Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan  rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar  mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai  alternatif untuk memastikan kesihatan usus.  

Macam-macam sebenarnya fungsi prebiotik ni.  Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti  inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan  banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan oleh  kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat,  penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih  mudah.

6.  Multivitamin dan Mineral

Gabungan vitamin dan mineral penting untuk melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak.


Sebenarnya ramai kanak-kanak di  Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk  tumbesaran yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemik  bermula, beberapa siri perintah berkurung telah  dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan  nutrisi anak-anak. Pemakanan yang tidak terjaga,  banyak terdedah dengan makanan segera, makanan  terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi  makanan yang tidak sihat menyebabkan wujudnya  jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.

Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral  amat penting untuk melengkapi dan mengisi jurang  nutrisi harian kanak-kanak. Ibu bapa harus sentiasa peka dengan pemakanan anak-anak. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih  sempurna, amalan mengambil multivitamin dalam  bentuk makanan tambahan semestinya boleh  membantu.

Kelebihan Eskayvie i-Qids Berbanding Produk Lain


Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa dah buat yang terbaik untuk perkembangan minda anak-anak kita. Tapi ada juga masalah lain yang kita terpaksa hadapi seperti anak tidak mahu mendengar kata serta susah untuk mengikut jadual yang disediakan. Selain itu, anak-anak juga suka makan junk food dan jajan yang boleh menjejaskan minda mereka. Dahlah tak suka minum susu, tak makan sayur dan ikan, kurang berselera makan atau terlalu memilih makanan macam anak aku yang sorang tu! hahahaha! 

Aku rasa ramai ibu bapa yang menghadapi masalah-masalah sebegini.. Ini adalah antara faktor yang boleh menjejaskan perkembangan minda anak kita..

Sebab itulah aku mencari inisiatif untuk anak aku supaya mereka menjadi berminat untuk belajar. Aku dapati anak aku menjadi semakin cergas dan mereka mudah faham dalam pelajaran setelah memberikan mereka Eskayvie i-Qids ini.

Antara kelebihan Eskayvie i-Qids berbanding produk lain ialah :-
  • Menggunakan bahan-bahan semulajadi
  • Diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri
  • HALAL, selamat dan berkesan
  • Sedap dan rasa coklat
  • Mudah diamalkan

Manfaat Eskayvie i-Qids Buat Anak-Anak
  • Merangsang sel-sel otak untuk berhubung
  • Menguatkan memori dan daya ingatan
  • Meningkatkan fokus dan daya tumpuan
  • Memperbaiki mood dan mengurangkan stress
  • Menyokong prestasi sekolah dan pembelajaran
  • Melengkapkan keperluan nutrisi dengan multivitamin dan mineral serta 22 ekstrak buahan dan sayuran

Cara Pengambilan Eskayvie i-Qids


Kalau korang nak tahu, Eskayvie i-Qids ini dikawal selia oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (KKM) dan mendapat pengiktirafan kilang oleh European Quality Award.. 

Apa yang bagusnya dengan Eskayvie i-Qids ni ia selamat diamalkan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi, tanpa perasa dan pewarna tiruan serta tanpa gula tambahan.. Sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun keatas. Eskayvie i-Qids sangat mudah diamalkan kerana ia dalam bentuk tablet kunyah dengan perasa coklat yang lazat.

Ok untuk cara pengambilan Eskayvie i-Qids pula, disyorkan 1 biji pagi dan 1 biji malam, selepas makan.

Jika umur dan berat (kg) anak berbeza, disyorkan untuk rujuk cara pengambilan Eskayvie i-Qids berdasarkan berat badan terkini..
  • 2 - 4 tahun ( berat badan <15 kg) : 1 - 2 biji sehari
  • 4 - 8 tahun ( berat badan 15.1 - 20.0 kg ) : 1 - 3 biji sehari
  • >9 tahun ( berat badan >20.0 kg ) : 1 - 4 biji sehari
Eskayvie i-Qids ini adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air. Kanak-kanak berumur 2 - 12 tahun disyorkan untuk mengambil 1 - 2 biji sehari, selepas waktu makan.

Testimoni Pengguna Eskayvie i-Qids

Dibawah ini aku kongsikan beberapa testimoni pengguna Eskayvie i-Qids yang rata-rata mereka memberikan maklumbalas yang positif selepas amalkannya.


2 bulan selepas amalkan Eskayvie i-Qids anak semakin mudah menghafal surah-surah yang ustazah berikan dan mudah serta teruja nak pergi sekolah hari-hari. Anak pun dapat no.1 dalam kelas dan dapat banyak A. Seronok kan bila anak gembira nak ke sekolah hari-hari dan dapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.


Ibu ni berkongsi anak umur 12 tahun ada masalah gagap dan anak yang 7 tahun kurang membaca. Tapi lepas amalkan Eskayvie i-Qids bacaan anak semakin baik dan anaknya yang berumur 7 tahun itu dah boleh mengira matematik dengan lancar. Dua beradik ini mengamalkan Eskayvie i-Qids dan Diffenz Junior setiap pagi.


Anak suka memberontak bila tak dapat barang yang dia nak. Masalah ini memang biasa untuk budak-budak. Tapi yang bestnya lepas amalkan Eskayvie i-Qids ni anak nampak ada perubahan, anak dah tak memberontak lagi serta mudah nak kejut bangun pagi ke sekolah.

Ikutkan banyak lagi testimoni-testimoni dari ibu bapa di luar sana lepas amalkan Eskayvie i-Qids ni. Kalau korang Google pun pasti akan jumpa banyak testimoni.

Amalkan Eskayvie i-Qids Untuk Minda Yang Cergas

Sekarang kita dah pun beralih ke fasa endemik dan anak-anak pun dah pun bersekolah semula.. Ini lebih menjadikan Eskayvie i-Qids ini sebagai inisiatif terbaik untuk membantu ibu bapa dalam meningkatkan fokus, daya ingatan serta memori anak-anak. Selain itu juga, Eskayvie i-Qids ini dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari..

Jadi, bagi ibu bapa di luar sana bolehlah dapatkan Eskayvie i-Qids ini untuk anak-anak supaya minda mereka lebih cergas.. Insyaallah..

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Eskayvie i-Qids ini, korang boleh layari :-

Facebook Page : Eskayvie Malaysia 
Instagram : Eskayvie Malaysia



2 comments:

  1. Replies
    1. betul, cuba dah ke? berbaloi sgt dgn khasiat yg byk dlm 1 tablet rasa coklat yg sedap sesuai utk anak saya yg picky eater, x mkn sayur dan buah. nampak lebih cerdik

      Delete